Malas Memasak? Dapatkan Menu Malas Khas Anda Di Sini!

The Menu by Butterkicap
Malas, Ringkas, Enak

Panduan kami ke dunia makanan, minuman dan hiburan Malaysia. Terokai sajian-sajian ringkas dan menyelerakan anda dapat sediakan dikala anda malas, penat atau ingin sesuatu yang ringkas. Semua resipi kami dicuba sendiri oleh cef bertauliah.



MENU MALAS

Ringkasan: Segala idea menu yang diperlukan keluarga yang sibuk dan malas.. Idea menu yang dicadangkan sesuai untuk menjamu 4 orang dengan bajet sebanyak RM 160 selama 6 hari (hari ahad hari untuk anda berehat). Semua sajian mengambil masa kira-kira 15 – 30 min untuk disediakan. 

 

Your Groceries Delivered
Rancang pembelian barangan dengan lebih teratur.

Muat turun senarai barang pelan malas masak ini dibutang di bawah!



Isnin

 

Sarapan-Char Kueyteow

char kway teow

Makanan bergoreng ialah penyelamat waktu malas. Campak semua dan siap!

Senarai Bahan: kway teow, taugeh, kerang, udang, kek & bebola ikan, telur, cili boh, kicap, sos tiram, karamel masakan, lada


Tengahari
Kari Ikan

slow cooker fish head curry

Masakan berkuah atau kari memang penyelamat. Sekali masak, boleh simpan sehingga malam.

Senarai Bahan: ikan, asam, serbuk kari, santan, bawang, daun kari, halba, bendi, jintan

 

Makan MalamAsparagus Belacan

Asparagus belacan

Walaupun anda ada kari untuk makan malam, takkan tak ada sayur. Dalam 5 minit sahaja, dah siap!

Senarai Bahan: asparagus, sambal belacan, bawang merah, udang kering, minyak



Selasa

 


Sarapan-Cucur Ikan Bilis

Nasib baik ada cucur! Kalau tidak, memang tak masaklah jawabnya.

Senarai Bahan: ikan bilis, kucai, bawang holland, cili merah, telur, tepung naik sendiri, serbuk ikan bilis, lada sulah, daun bawang


Tengahari
Kek Teh Tarik

Kalau dah malas, tak kuas nak keluar makan. Naikkan semangat kerja dengan kek teh tarik.

Senarai Bahan: teh, susu, tepung serbaguna, gula, serbuk penaik, minyak sayur, ekstrak vanila

 

Makan MalamNasi Goreng Kampung

Selepas kerja dan menghadap trafik, memang tak kuasa nak memasak! Nasi goreng memang membantu.

Senarai Bahan: nasi, hirisan daging, petai, kicap manis, telur, bawang, cili boh



Rabu

 


Sarapan-Mee Mamak

mi goreng mamak

Mee sebagai sarapan menjamin perut kenyang hingga tengah hari.

Senarai Bahan: mee, hirisan daging, telur, sawi, taugeh, kentang, tomato, tauhu goreng, cucur udang, cili hijau, kicap, bawang, cili boh


Tengahari
Sup Ekor

sup ekor

Sup menenangkan jiwa kerana tak merenyahkan. Masukkan bahan dan periuk tekanan buat kerja.

Senarai Bahan: ekor lembu, stok daging, rempah, halia, lengkuas, serai, bawang, saderi, daun sup

 

Makan MalamTelur Kukus Ala Cina

chef zam recipe chinese-style steamed eggs

Apabila makanan waktu tengah hari banyak, tak perlu berenyah pada waktu malam dengan telur kukus ala Cina ini.

Senarai Bahan: telur, daun bawang, cili merah, lada hitam, kicap

 


Khamis

 

 

Sarapan-Cekodok

mashed banana fritters

Anda mahu cepat dan dapat mengalas perut. Apa lagi? Buatlah cekodok!

Senarai Bahan: pisang, tepung serbaguna, tepung naik sendiri

 


Tengahari-Kari Ayam

chicken curry

Kari ayam merupakan pilihan terbaik kerana anda perlu masak sekali dan nikmati berkali-kali.

Senarai Bahan:  ayam, yogurt, bawang, cili hijau, tomato, kentang, daun kari, rempah ratus, serbuk kari

 

Makan MalamCapati

capati

Capati mudah untuk dipasangkan dengan apa-apapun. Memang cukup versatil!

Senarai Bahan: tepung atta, garam, tepung gandum

 


Jumaat

 

 

Sarapan-Pisang Goreng

Pisang goreng dimakan pada waktu petang tapi kalau dah lapar…

Senarai Bahan: pisang, tepung, serbuk penaik, mentega

 


Tengahari
Sandwic

daging cincang

Sediakan sandwic dengan daging cincang. Sesuai untuk  disediakan pada hari anda malas masak!

Senarai Bahan: daging, kentang, lobak, bawang, daun bawang, daun sup, stok ayam, kicap, sos tiram

 

Makan Malam-Kwayteow

kway teow halia daging

Alang-alang makan sajian daging pada waktu tengah hari, teruskan hingga ke malam.

Senarai Bahan: kwayteow, daging, bawang, halia, daun ketumbar, daun bawang, stok, tepung jagung, telur, kicap, sos tiram, minyak bijan

 


Sabtu

 

 

Sarapan-Cucur Udang

prawn fritters

Kami yakin, satu gigitan cucur udang ini pasti jadikan mood anda baik.

Senarai Bahan: kobis, cili, bawang, udang, tepung, stok

 


Tengahari-Kuah Kacang

slow cooker kuah kacang

Resipi kuah kacang ini sesuai untuk hari malas. Sikit saja masa diperlukan untuk disediakan.

Senarai Bahan: kacang tanah, bawang merah, lengkuas, serai, cili boh, gula melaka, belacan, asam jawa

 

Makan Malam-Sodhi

Sodhi

Asyik-asyik makanan bergoreng. Apa kata sediakan sodhi sebagai sajian makan malam?

Senarai Bahan: kelapa parut, halba, bawang merah, tomato, cili hijau, serbuk kunyit, jus limau  nipis, minyak sapi, daun kari, telur rebus

Ayuh Masak!

Anda suka tak menu malas kami? Menu ini memang ringkas dan cepat untuk disediakan khususnya ketika musim malas melanda tetapi kami jamin, setiap sajian malas anda sediakan pasti habis licin!

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.