Cara Menyediakan Capati Sempurna dan Gebu ala Tifin by Kumar’s

capati
Capati – 1% bahan, 99% skil

Pernahkah anda sediakan capati sebelum ini?

Setiap cef yang pandai memasak pasti menyimpan angan-angan untuk menyediakan roti yang sempurna. Sayangnya, kebanyakan cef-cef serba boleh di Malaysia hanya tumpukan usaha, tenaga dan tumpuan mereka untuk menyediakan roti dari negara Barat, khususnya Eropah, yang memerlukan mereka menguasai skil pembuatan roti yang kompleks. Mengikut golongan yang menggelar diri mereka “Pencinta Roti”, roti Barat seperti roti-biskut Texas, baguette Perancis dan focaccia Itali merupakan roti yang betul-betul menguji kemahiran mereka sebagai seorang cef.

Betul tak?

Kami mengaku roti-roti yang disediakan masyarakat Timur memang tidak kelihatan sehebat baguette dan focaccia, tetapi jangan pandang rendah roti-roti ini berdasarkan rupa sahaja. Bagi yang fikir anda boleh menyediakan roti seperti capati dengan tutup sebelah mata, anda sebenarnya menipu diri anda sendiri. Tanya diri anda, berapa ramai orang anda tahu yang betul-betul boleh buat capati yang bulat dan sempurna?

Sementara anda memerah otak untuk memikir identiti pakar capati yang anda kenal, mari kita belajar sedikit tentang roti ini.

Capati ialah sejenis roti leper yang merupakan makanan ruji bagi negara-negara di benua India seperti India (mestilah!), Pakistan, Nepal, Bangladesh dan Sri Lanka. Dengan sedikit tepung atta – iaitu tepung gandum lengkap, air dan garam, anda sudah boleh sediakannya.

Jadi, bagaimana? Sudah ada senarai nama pembuat capati yang anda kenali?

Bagi yang ada senarainya, tahniah kerana ada sifu yang boleh berkongsi rahsia pembuatan capati yang bulat sempurna. Bagi yang masih tercari-cari Yoda anda, tak perlu cari jauh kerana rakan kami di Tifin by Kumar’s ada resipi capati sempurna untuk anda ikuti. Terima kasih Tifin atas sumbangan yang diberi, kerana peristiwa capati kami… tak payahlah kami ceritakan buat masa sekarang!

Tanpa berlengah lagi, ayuh pakai apron dan cuba resepi berikut!

Bahan-bahan
  • 500g Tepung Atta Pillsbury
  • 250ml air suam
  • 1 sudu kecil garam
  • 100g tepung gandum
Kaedah
Menyediakan doh (masa penyediaan: 3 min)
  1. Masukkan tepung Atta dalam mangkuk besar.
  2. Tambahkan 1 sudu kecil garam di atas tepung.
  3. Masukkan125ml air suam di dalam mangkuk dan gunakan tangan untuk menggaul bahan sehingga sebati, kira-kira 10 saat. Jangan mula menguli lagi.
Masukkan air di atas tepung dan garam
Gunakan jari untuk menggaul bahan-bahan
  1. Tambah sedikit lagi air, kira-kira 25 ml, dan gunakan jari untuk menggaul air dan tepung sambil menguli sedikit kira-kira 20-25 saat untuk setiap masukan air. Teruskan menambah sedikit air dan uli sehingga sebola doh sempurna terbentuk. Pastikan hanya sedikit tepung melekat di sisi mangkuk. Doh juga mesti halus, tidak melekit dan agak kenyal.
  2. Apabila sudah capai konsistensi yang diingini, uli dan kaup serta balikkan tepung beberapa kali selama 1 minit.
Doh yang sempurna
  1. Biarkan doh di dalam mangkuk atau pindahkan ke mangkuk yang lebih kecil. Tutup mangkuk dengan pelapis saran (saran wrap) dan biar selama sejam.

Nota:

  1. Biarkan doh rehat selama 1 jam untuk menghasilkan capati yang lebih gebu dan lembut.
  2. Doh yang dibiarkan rehat selama 1 jam akan kering sedikit. Tambah sedikit air (50 ml) selepas direhatkan dan uli selama seminit sehingga air diserap sepenuhnya sebelum meneruskan ke langkah persediaan selanjutnya. Proses ini akan mengaktifkan gluten dalam doh dan membuatkan doh agak kenyal.
Meleperkan doh (masa penyediaan: 3 min)
  1. Selepas 1 jam, buka pelapis saran (saran wrap) dan cubit segenggam doh seberat 12-13g. Gelek doh di atas tapak tangan sehingga menjadi bebola doh yang halus kira-kira 4-5cm lebar.
Hasilkan bebolah doh yang kecil
  1. Gelek bebola doh dalam tepung gandum agar disalut sedikit tepung.
Salut bebola doh dengan tepung gandum
  1. Letakkan doh di atas permukaan tegap dan rata. Leperkan bebola doh dengan tapak tangan anda.
  2. Gunakan pencanai (rolling pin) dan leperkan doh sehingga menjadi nipis dan berbentuk bulat. Setiap dua gelekan pencanai, pusing doh 90° lawan jam atau arah jam (selagi ada memusing doh pada arah yang sama) untuk menghasilkan doh yang rata dan bulat sempurna. Anda tidak mahu doh melekat pada permukaan anda, jadi, taburkan sedikit lagi tepung gandum pada capati anda selang beberapa pusingan jika perlu. Kenipisan doh tersebut bergantung pada kesukaan anda. Bebola doh tersebut mampu menyediakan saiz capati yang agak besar kira-kira 20-25cm. Ketebalan sebanyak 1.5mm hingga 2mm ialah ukuran yang baik untuk anda cuba sehingga mendapat ketebalan yang anda sukai.
Mula leperkan doh
Anda mahu doh bulat dan nipis seperti ini
  1. Perlahan-lahan tos dan tepuk doh di yang dibulatkan di antara kedua tapak tangan untuk menghilangkan tepung berlebihan sebelum di letak tepi.
  2. Ulang langkah 1 hingga 5 untuk sediakan lebih banyak doh yang dileperkan.

Nota:

  1. Tabur tepung gandum di atas pencanai supaya doh tidak melekat semasa proses meleper.
  2. Tepung atta tidak digunakan dalam langkah ini kerana menjadikan doh kering.
  3. Proses tos dan tepuk doh yang dileperkan memastikan doh nipis secara rata.
Memasak capati (masa penyediaan: 2 min)
  1. Panaskan dua kuali leper, satu pada suhu rendah dan satu lagi pada suhu sederhana.
  2. Letakkan doh yang dicanai pada kuali leper bersuhu rendah. Terbalikkan selepas 10 saat.
  3. Selepas 10 saat lagi, pindahkan capati ke kuali leper bersuhu sederhana.
  4. Selepas 15-20 saat, terbalikkan capati. Ia akan mula mengembang. Selepas 25-30 saat, keluarkan capati dari kuali.
Capati pada suhu rendah (berdekatan dengan cef), satu lagi bersuhu sederhana (bahagian depan gambar), dan sepinggan yang sudah di masak di tepi
Kembang!
  1. Ulang langkah 1-4 untuk masakkan doh lain.
chapati
Sedia untuk dihidang!

Nota:

  1. Doh diletakkan pada kuali bersuhu rendah untuk memastikan doh masak sepenuhnya dan mengelakkannya daripada menjadi keras atau hangit.
  2. Bintik-bintik hitam pada capati adalah tanda ia sudah masak dengan sempurna. Bintik-bintik tersebut wujud apabila udara terperangkap dalam doh dikeluarkan. Sebab itulah capati mengembang apabila masak.
Tip tambahan
  1. Jika anda mahu rasa yang lebih lemak, sapu sedikit minyak sapi pada sekeping capati apabila masih panas.

Nampaknya rahsia capati yang sempurna sudah terbongkar!

Kami berharap tip, rahsia dan cara penyediaan yang dikongsi membantu anda menjadi pakar capati. Oleh sebab mood perayaan Deepavali masih lagi kuat dirasai, apa kata anda menyediakannya untuk rakan dan ahli keluarga sebagai peneman perut ketika menonton filem Hindi atau Tamil, ataupun untuk menunjukkan kemahiran anda membuat capati. Ianya senang dibuat sahaja kan? Anda boleh ikuti video tutorial kami di:

Jika anda sememangnya sudah pakar, kongsi cara penyediaan anda dengan kami. Nak lebih senang, kongsi sahaja gambar dan video capati anda! Jangan lupa sertakan hashtag #butterkicap.

Kalau anda masih tidak dapat menyediakan capati yang sempurna, kunjungi restoran Tifin by Kumar’s atau jamu mata anda di Instagram mereka, @tifinbykumars untuk mendapat inspirasi ataupun sekadar mengisi perut yang lapar!

 


Artikel lain:

Sodhi: Resepi Kari Bersantan Enak tapi Ringkas

Resepi Dhokla dan Cutni Hijau: Sedap dan Berkhasiat!

Resepi Puri – Roti Goreng Ringkas yang Pasti Enak!

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom giriş casibom bahsegel jojobet giriş HOLİGANBET jojobet Parents In College casibom giriş casibom giris