Itik Kut Teh Halal dalam 20 Minit!

Itik Kut Teh? Wujudkah resepi sebegitu, khususnya yang halal? Jawapannya; ya, ada.

Masyarakat Malaysia dikenali dengan sikap terbuka mereka. Hal ini mungkin mengejutkan sesetengah pihak tetapi itulah hakikatnya. Masyarakat Malaysia begitu unik kerana masih tetap dapat hidup dalam keadaan harmoni bersama walaupun terdiri daripada pelbagai kaum yang berbeza agama, kepercayaan, tradisi dan semestinya masakan.

Salah satu contoh ketara sikap toleransi antara kita ialah penciptaan resepi-resepi halal untuk masakan-masakan Cina popular seperti Bak Kut Teh. Bagi yang tidak mengetahui bahawa terdapat variasi resepi Bak Kut Teh halal menggunakan ayam ataupun itik, anda boleh dapatkan resepi dan ketahui cara resepi tersebut dijadikan halal di sini.

20 Minit Saja dah Siap!

Bagi yang tidak pernah cuba menyediakan Bak Kut Teh, anda mungkin akan berasa bahawa resepi ini sangat merenyahkan kerana memerlukan masa yang lama untuk mereneh herba Cina seperti beri goji, herba dong gui dan cendawan cina. Jika anda tidak mahu menunggu lama ataupun mahu satu resepi Bak Kut Teh halal yang mudah, resepi Itik Kut Teh yang dikongsi oleh Sidney Kan ini hanya memerlukan periuk multicooker Philips dan penggoreng kering Philips. Campak saja dan siap!

Bahan-Bahan:

Cara-Cara:

  1. Perap daging itik dengan kicap supreme dan pes Bak Kut Teh selama satu sejam.
  2. Tuang 1 cawan air ke dalam multi cooker dan letakkan rak pengukus.
  3. Letakkan daging itik di atas rak pengukus.
  4. Pilih mod kukus dan tetapkan pemasa selama 10 minit.
  5. Apabila masa tamat, keluarkan daging itik dari periuk dan goreng menggunakan penggoreng kering pada suhu 160˚C selama 5 minit. Kemudian, goreng selama 3 minit lagi pada suhu 200˚C.

Jimat Masa!

Hasil yang anda akan dapat menggunakan resepi ini ialah daging itik yang empuk dan mencair di mulut. Meskipun mengambil masa yang singkat untuk disediakan, daging Itik Kut Teh ini kaya dengan perisa herba yang direneh memang cukup enak dimakan bersama nasi panas.

Bagi yang pertama kali mencuba resepi Itik Kut Teh halal ini, jangan lupa untuk letakkan #butterkicap pada gambar anda agar kami dapat meraikan kejayaan anda menyediakan resepi ini. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang masakan Itik Kut Teh ini, khususnya dalam penggunaan jenis-jenis herba yang digunakan, anda boleh menghantar mesej ke profil Instagram Butterkicap. Apapun, selamat mencuba!

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.