Kuah Kacang: Resepi Mudah Teman Sejati Satay

kuah kacangKuah kacang – sedikit manis, sedikit kenyal, dan sangat sedap!

Kuah kacang benar-benar merupakan teman sejati satay. Daging dicucuk lidi dan dibakar di atas api arang ini sudah terkenal di seluruh dunia, dan ia tidak akan sama tanpa iringan kuah kacang yang agak pekat, manis dan kenyal ini. Tetapi hidangan ini lebih dari teman sajian satay sahaja – kuah kacang yang sangat sedap merupakan bintang tersendiri.

Ia juga hebat dihidang dengan nasi impit, lemang dan lodeh, menjadikannya hidangan yang semestinya ada di hampir setiap rumah terbuka Hari Raya yang menyidangi masakan-masakan ini (di mana satay jarang dijumpai).

Walaupun senarai bahan-bahan dan resepinya agak ringkas, banyak restoran menyidang kuah kacang yang kurang memuaskan. Kami telah merasa kuah yang kurang pekat dan tiada tekstur kenyal. Dan bagaimana pula dengan restoran (kebanyakannya di luar negara, nasib baik) atau resepi yang merosakkan hidangan penting ini dengan menggunakan mentega kacang?

Kami di sini untuk betulkan fikiran bahawa kuah kacang sukar dibuat. Ya, masakan kuah kacang memerlukan sedikit pernyediaan, sebagai contoh, bahan utamanya perlu disediakan semalam terlebih dahulu, jadi ia bukan salah satu hidangan anda boleh siapkan pada saat akhir. Tetapi, jika anda mengikuti langkah-langkah yang agak mudah di bawah, kami yakin anda boleh hampuskan kuah kacang kurang memuaskan untuk sepanjang hidup anda… jika anda memasaknya sendirilah.

Bahan-bahan

peanut sauce

  • 800g kacang tanah mentah, kulit dibuang
  • 700g bawang merah, dipotong halus
  • 27g lengkuas, potong kecil
  • 12g serai, akar sahaja
  • 61g cili boh
  • 105g gula Melaka
  • 26g belacan
  • 2 sudu besar pulpa asam jawa dicampur dengan ¾ cawan air
  • 1 cawan minyak masak

Hidangan untuk 10 orang

 

Penyediaan kacang – malam sebelum
  1. Mula penyediaan kacang anda pada malam sebelum anda merancang untuk memasak kuah kacang. Di atas dulang yang kering, panggang kacang pada suhu 180°C di dalam ketuhar selama 15 hingga 20 minit, bergantung kepada saiz kacang tanah anda.
  2. Setelah dipanggang dan disejukkan sedikit, gunakan pemproses makanan dan proses kacang tanah perlahan-lahan hingga sederhana kasar. Ia ok jika sebahagian daripada kacang tanah lebih halus atau kasar sedikit.
peanut sauce
Jika anda mempunyai banyak masa dan ingin membuat kuah ini secara tradisional, gunalah lesung batu untuk menghancurkan kacang tanah anda!
peanut sauce
Tahap kekasaran yang baik
  1. Pindahkan kacang tanah yang telah hancur ke dalam mangkuk besar dan tuangkan air. Biar pelepasan lebih kurang 5cm air di atas permukaan kacang tanah. Tutup dan biar kacang rendam semalaman di tempat yang kering.
peanut sauce
Kacang tanah hancur yang direndam
Kaedah
  1. Sediakan bahan-bahan anda. Bakar belacan di atas kuali kering sehingga perang.

peanut sauce

  1. Kisar lengkuas, serai dan belacan dengan sedikit air sehingga halus.
  2. Dalam periuk besar, panaskan minyak pada suhu api tinggi kemudian goreng campuran dikisar dan cili boh sehingga ia tidak kelihatan basah atau berair.
peanut sauce
Campuran tidak lagi kelihatan basah atau berair
  1. Masukkan bawang. Kacau dan goreng sehingga ia menjadi separuh kuantiti asal dan bawang telah berkaramel. Jangan lupa kacau bahagian bawah periuk sekali-sekala untuk memastikan bawang tidak melekat dan terbakar. Pastikan kebanyakan bawang hancur.
peanut sauce
Masukkan bawang
peanut sauce
Kacau. Bersabarlah. Ini akan mengambil sedikit masa
  1. Masukkan gula Melaka dan kacau sehingga hancur atau cair. Anda juga boleh memarut gula Melaka sebelum memasukkannya ke dalam periuk supaya ia cair dengan lebih cepat.

peanut sauce

  1. Bila gula Melaka sudah cair, tuangkan kacang yang direndam termasuk cecairnya. Kacau hingga sebati.

peanut sauce

peanut sauce

peanut sauce

  1. Tuangkan air asam jawa ke dalam penapis di atas periuk dan perah pulpa untuk keluarkan semua jusnya.

peanut sauce

  1. Masak hingga mendidih kemudian reneh untuk 5 minit atau sehingga cebisan kacang yang lebih besar sudah lembut.
  2. Hidang!
Alamak! Tiada kacang tanah yang sudah dibuang kulit!

Kacang tanah yang sudah dibuang kulit memang sebuah berkat kerana ia mengurangkan masa penyediaan dengan banyak. Walaubagaimanapun, jika pasar dan pasar raya tempatan anda sudah kehabisan, jangan rungsing. Anda masih boleh menggunakan kacang tanah berkulit. Berikan diri anda dua atau tiga jam tambahan dan ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Selepas memanggang kacang tanah di langkah penyediaan kacang 1 di atas, biarkan kacang di atas dulang sehingga sejuk sedikit untuk mengelakkan tangan anda terbakar.
  2. Dengan tangan yang bersih dan kering, gosok segenggam kecil kacang tanah dengan tapak tangan dan jari anda dan kulit akan mudah terkeluar. Akan ada beberapa yang degil. Biarkan sahaja.
  3. Kulit kacang akan menimbun dan mula berselerak. Lambungkan kacang dalam dulang atau bakul dan tiupkan kulit kacang keluar. Anda juga boleh gunakan kipas angin. Aktiviti ini agak bersemak jadi jika anda hanya mempunyai ruang yang kecil, lakukannya di atas singki kosong yang besar. Jika anda mempunyai ruang di luar rumah, ia ok untuk biar kacang kulit jatuh ke atas rumput anda.
  4. Hack! Kami menjumpai teknik untuk mengupas kacang tanah dengan senang melibatkan botol plastik air yang bersih dan kering, beg plastik dan pembersih vakum. Belum lagi kami mencubai teknik ini, jadi jika anda mencubanya jangan lupa beritahu kami keputusannya! Kami jangka teknik ini akan bekerja dengan lebih baik selepas kacang telah dipanggang.
peanut sauce
Cara dahulu mengupas kulit kacang… tetapi jika kami jujur, teknik ini tidaklah begitu tua!
Tips tambahan
  1. Lebih halus potongan bawang merah anda, lebih cepat ia akan hancur semasa memasak. Bersedialah untuk tangisan mata.
  2. Anda juga boleh campurkan bawang merah dan bawang kuning untuk mengurangkan kemanisan.
  3. Lebihan minyak mungkin akan naik ke permukaan kuah kacang bila ia sejuk dan bahagian kuah yang lebih berat telah tenggelam. Gunakan sudu atau senduk yang rata dan kering untuk mengaut keluar dan membuang minyak berlebihan. Tetapi, jangan lupa tinggalkan sedikit minyak supaya kuah anda tidak menjadi terlalu kering.

 

 

Cubalah resepi ini jika anda ingin untuk membuat kuah kacang di rumah. Anda pasti akan bangga dengan betapa mudahnya ia untuk memasak sesuatu hidangan yang sahih dan lazat. Amaran, anda mungkin hanya akan mahu makan kuah kacang yang dimasak sendiri selapas ini! Jangan lupa berkongsi gambar kerja keras anda dengan hashtag kami di #butterkicap.

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.