MENU MALAS
Ringkasan: Segala idea menu yang diperlukan keluarga yang sibuk dan malas.. Idea menu yang dicadangkan sesuai untuk menjamu 4 orang dengan bajet sebanyak RM 160 selama 6 hari (hari ahad hari untuk anda berehat). Semua sajian mengambil masa kira-kira 15 – 30 min untuk disediakan.
Isnin
Sarapan-Char Kueyteow
Makanan bergoreng ialah penyelamat waktu malas. Campak semua dan siap!
Senarai Bahan: kway teow, taugeh, kerang, udang, kek & bebola ikan, telur, cili boh, kicap, sos tiram, karamel masakan, lada
Tengahari–Kari Ikan
Masakan berkuah atau kari memang penyelamat. Sekali masak, boleh simpan sehingga malam.
Senarai Bahan: ikan, asam, serbuk kari, santan, bawang, daun kari, halba, bendi, jintan
Makan Malam–Asparagus Belacan
Walaupun anda ada kari untuk makan malam, takkan tak ada sayur. Dalam 5 minit sahaja, dah siap!
Senarai Bahan: asparagus, sambal belacan, bawang merah, udang kering, minyak
Selasa
Sarapan-Cucur Ikan Bilis
Nasib baik ada cucur! Kalau tidak, memang tak masaklah jawabnya.
Senarai Bahan: ikan bilis, kucai, bawang holland, cili merah, telur, tepung naik sendiri, serbuk ikan bilis, lada sulah, daun bawang
Tengahari–Kek Teh Tarik
Kalau dah malas, tak kuas nak keluar makan. Naikkan semangat kerja dengan kek teh tarik.
Senarai Bahan: teh, susu, tepung serbaguna, gula, serbuk penaik, minyak sayur, ekstrak vanila
Makan Malam–Nasi Goreng Kampung
Selepas kerja dan menghadap trafik, memang tak kuasa nak memasak! Nasi goreng memang membantu.
Senarai Bahan: nasi, hirisan daging, petai, kicap manis, telur, bawang, cili boh
Rabu
Sarapan-Mee Mamak
Mee sebagai sarapan menjamin perut kenyang hingga tengah hari.
Senarai Bahan: mee, hirisan daging, telur, sawi, taugeh, kentang, tomato, tauhu goreng, cucur udang, cili hijau, kicap, bawang, cili boh
Tengahari–Sup Ekor
Sup menenangkan jiwa kerana tak merenyahkan. Masukkan bahan dan periuk tekanan buat kerja.
Senarai Bahan: ekor lembu, stok daging, rempah, halia, lengkuas, serai, bawang, saderi, daun sup
Makan Malam–Telur Kukus Ala Cina
Apabila makanan waktu tengah hari banyak, tak perlu berenyah pada waktu malam dengan telur kukus ala Cina ini.
Senarai Bahan: telur, daun bawang, cili merah, lada hitam, kicap
Khamis
Sarapan-Cekodok
Anda mahu cepat dan dapat mengalas perut. Apa lagi? Buatlah cekodok!
Senarai Bahan: pisang, tepung serbaguna, tepung naik sendiri
Tengahari-Kari Ayam
Kari ayam merupakan pilihan terbaik kerana anda perlu masak sekali dan nikmati berkali-kali.
Senarai Bahan: ayam, yogurt, bawang, cili hijau, tomato, kentang, daun kari, rempah ratus, serbuk kari
Makan Malam–Capati
Capati mudah untuk dipasangkan dengan apa-apapun. Memang cukup versatil!
Senarai Bahan: tepung atta, garam, tepung gandum
Jumaat
Sarapan-Pisang Goreng
Pisang goreng dimakan pada waktu petang tapi kalau dah lapar…
Senarai Bahan: pisang, tepung, serbuk penaik, mentega
Tengahari–Sandwic
Sediakan sandwic dengan daging cincang. Sesuai untuk disediakan pada hari anda malas masak!
Senarai Bahan: daging, kentang, lobak, bawang, daun bawang, daun sup, stok ayam, kicap, sos tiram
Makan Malam-Kwayteow
Alang-alang makan sajian daging pada waktu tengah hari, teruskan hingga ke malam.
Senarai Bahan: kwayteow, daging, bawang, halia, daun ketumbar, daun bawang, stok, tepung jagung, telur, kicap, sos tiram, minyak bijan
Sabtu
Sarapan-Cucur Udang
Kami yakin, satu gigitan cucur udang ini pasti jadikan mood anda baik.
Senarai Bahan: kobis, cili, bawang, udang, tepung, stok
Tengahari-Kuah Kacang
Resipi kuah kacang ini sesuai untuk hari malas. Sikit saja masa diperlukan untuk disediakan.
Senarai Bahan: kacang tanah, bawang merah, lengkuas, serai, cili boh, gula melaka, belacan, asam jawa
Makan Malam-Sodhi
Asyik-asyik makanan bergoreng. Apa kata sediakan sodhi sebagai sajian makan malam?
Senarai Bahan: kelapa parut, halba, bawang merah, tomato, cili hijau, serbuk kunyit, jus limau nipis, minyak sapi, daun kari, telur rebus
Ayuh Masak!
Anda suka tak menu malas kami? Menu ini memang ringkas dan cepat untuk disediakan khususnya ketika musim malas melanda tetapi kami jamin, setiap sajian malas anda sediakan pasti habis licin!