Cubalah Resepi Cucur Udang Paling Sedap di Dunia!

Cucur udang – ketulan emas membangkit selera

Kita pasti biasa menikmati cucur udang, tetapi adakah kita tahu rahsia untuk membuatkan sajian mudah ini betul-betul sedap? Kami ada resepi yang pasti membuatkan anda terkesima dengan gigitan pertama anda.

Cucur udang biasanya dihidangkan sebagai snek minum petang di rumah, dan sajian bercucur ini boleh didapati di gerai-gerai makanan dan sesekali di restoran masakan Melayu. Kualiti cucur yang disediakan juga semestinya adalah berbeza-beza. Kebanyakan cucur yang dijual secara komersial biasanya agak berdoh dengan campuran sayur yang sedikit dan langsung tidak rangup. Di samping itu, cucur yang dibeli di luar sering menjadi kurang rangup semasa perjalanan pulang ke rumah.

Di dapur sendiri pula, masing-masing mempunyai resepi tersendiri untuk menyediakan cucur ini. Namun begitu, matlamat yang ingin dicapai masih sama, iaitu, cucur yang rangup di luar dan lembap di dalam. Itulah ciri-ciri cucur yang sempurna. Di Bait Badawi, cucur udang sememangnya sedap dan sering diminta oleh tetamu-tetamu yang selalu ke sana. Cucur mereka begitu enak sehingga kami terpaksa terjah ke dalam dapur mereka untuk belajar cara menyediakan snek selesa yang diburu ramai ini. Akhirnya, kami berjaya mengukur semua bahan-bahan yang diperlukan dan mencatat resepi tersebut untuk anda cuba di rumah.

Bahan-bahan

  • 240g kobis
  • 47g lobak merah
  • 10g (1) cili merah
  • 80g (1/2) bawang besar
  • 8g saderi Cina
  • 17g daun bawang
  • 57g (5) udang, dibuang kulit
  • 5g (1/2 sudu kecil) garam
  • 1/8 sudu kecil lada hitam
  • 1/8 sudu kecil serbuk kunyit
  • 230g tepung
  • 28g tepung jagung
  • 14g (2 ulas) bawang putih, dikupas kulit
  • 6g (2) buah keras
  • 14g (4) bawang merah, dikupas kulit
  • 50ml air
  • 14g (1 kiub) stok ayam bebas MSG yang dilarut dengan 105g air
  • minyak masak
Untuk sos:
  • 50g jus limau nipis
  • 14g kulit limau nipis
  • 13g bawang putih, dikupas kulit
  • 67g cili merah
  • 8g gula
  • 3g garam
  • 370g sos cili manis Thai

Cara-cara

 

Menyediakan adunan
  1. Hiris kobis, lobak merah, cili merah, bawang besar, saderi Cina dan daun bawang nipis-nipis, kira-kira 1mm.
  2. Belah empat udang yang sudah dibuang urat dan kulit.
  3. Kisar bawang merah, bawang putih, buah keras dan air sehingga halus
Kisar hingga halus
  1. Dalam mangkuk besar, masukkan kobis, lobak merah, cili merah, bawang besar dan daun bawang yang dihiris.
Bermacam warna di dalam mangkuk besar ini
  1. Masukkan lada hitam, garam dan serbuk kunyit.
Lada hitam, garam dan serbuk kunyit dimasukkan
  1. Masukkan tepung dan tepung jagung.
Tepung dimasukkan
  1. Seterusnya, masukkan bawang merah dan buah keras yang dikisar, diikuti dengan stok ayam yang dilarut.
  2. Gunakan tangan dan gaul bahan sehingga sebati.
Gaul bahan sehingga sebati
  1. Masukkan udang dan gaul adunan untuk pastikan udang diagih secara sekata.
Gabungan dan tekstur kesemua bahan yang sempurna
Menggoreng cucur udang
  1. Panaskan 3cm minyak masak dalam kuali dasar dalam pada suhu tinggi sehingga mencapai suhu menggoreng kira-kira 160°C.
  2. Gunakan senduk kecil – bersaiz kira-kira 2-3 sudu besar – untuk mencedok keluar adunan dan kemudian masukkannya ke dalam minyak panas. Cuba dapatkan sekurang-kurangnya satu ketul udang dalam setiap cedokan.
Cedokan pertama adunan digoreng
  1. Selepas beberapa saat, masukkan lagi satu cedok adunan dan seterusnya. Penuhkan kuali anda dengan sebanyak mana adunan yang boleh muat. Jangan lupa untuk letakkan sedikit jarak antara adunan agar tidak melekat semasa menggoreng.
Kuali dipenuhi cucur yang sedang digoreng
  1. Cucur udang sudah masak apabila seluruh permukaan adunan sudah menjadi rangup dan sebahagian daripada sayuran dalam adunan sudah masak. Proses ini mungkin mengambil sedikit masa, kira-kira 9 hingga 10 minit bergantung pada saiz adunan cucur anda.
Cucur sudah sedia untuk dikeluarkan daripada minyak
  1. Letakkan cucur yang sudah masak di atas rak atau pinggan yang dilapik tisu untuk mengeluarkan minyak lebihan.
Cucur udang yang sudah dimasak
  1. Cucur sudah masak dengan sempurna apabila bahagian luar cucur sudah rangup tetapi bahagian dalam masih sedikit lembap.
Cukup sempurna!
  1. Hidangkan cucur sementara masih panas dengan semangkuk sos cili.
Menyediakan sos
  1. Selepas memerah jus limau nipis, hiris sisa kulit limau nipis-nipis, kira-kira tebal 1mm atau lebih kecil.
  2. Potong cili dan bawang putih pada potongan yang besar.
  3. Kisar cili, bawang putih, jus limau, gula dan garam sehingga halus.
Campuran cili yang sudah dikisar, kulit limau yang dihiris nipis dan sos cili manis Thai
  1. Gabungkan cili yang dikisar, kulit limau dan sos cili manis Thai. Kacau sehingga sebati.
Campur semua bahan bersama
Sos cicahan sudah siap

Tip tambahan

  1. Jika anda mahu lebih banyak ketulan udang di dalam cucur anda, anda boleh gandakan kuantiti udang yang digunakan. Anda tidak perlu gandakan bahan-bahan lain.
  2. Anda boleh hidangkan cucur anda dengan sos cili biasa atau sos cili manis Thai jika anda kesuntukan masa tetapi resepi kami memberikan sentuhan inovatif pada hidangan klasik ini!

Adakah cucur udang akan menjadi snek popular di rumah anda? Beritahu kami hasil masakan anda dengan meletakkan hashtag #butterkicap pada gambar anda.



print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom giriş casibom bahsegel jojobet giriş HOLİGANBET jojobet Parents In College casibom giriş casibom giris