Kuih-Muih Enak di Kueh Tradisional dan Kek

Kalau hari itu,  Butterkicap mencadangkan kuih muih khusus untuk moreh dan berbuka, iaitu kuihmuih_by_supermom di Instagram, kini, kami membawa kepada anda seorang lagi vendor kuih-muih yang boleh memenuhi segala permintaan anda, baik  penyediaan kuih-muih untuk jamuan, majlis hari jadi, sambutan ulang tahun, berbuka puasa, moreh di masjid mahupun kuih-kuih untuk dijamu kepada tetamu menjelang Hari Raya, Kueh Tradisional dan Kek mampu berikan kepada anda.

Bertempat di Kampung Sungai Udang, Klang, perniagaan Kueh Tradisional dan Kek terdiri daripada kumpulan wanita yang membuka bisnes jualan kuih kecil-kecilan yang diajar dan dilatih dalam bidang penyediaan kek-kek dan kuih serta hiasan moden yang menepati citarasa pelanggan.

 

Kredit: kueh tradisional dan kek

 

Kredit: kueh tradisional dan kek

Antara hasil produk Kueh tradisional dan Kek yang diminati ialah kek-kek “customized” yang dibuat mengikut citarasa dan kehendak pelanggan, tat keju, puf krim dan kek cawan Hokaido. Semua produk yang dihasilkan boleh dilihat di sini.

Sempena bulan Syawal yang bakal menjelang, Kueh Tradisional dan Kek juga tidak melepaskan peluang untuk menerima tempahan kuih raya tradisional mahupun kuih tradisional yang dimodenkan untuk anda nikmati pada Hari Raya nanti. Jika anda ingin mencuba kuih raya jenis baru tetapi tidak tahu pilihan yang ada, anda boleh baca artikel kami tentang kuih tradisional dengan sentuhan moden di sini.

 

Kredit: kueh tradisional dan kek

 

Jadi, jika anda mahu satu pusat sehenti untuk mendapatkan kek-kek dan kuih-muih yang enak dan sedap serta menunjukkan tanda sokongan anda kepada ibu-ibu tunggal/suri rumah tangga yang menjadi sebahagian daripada Kueh Tradisional dan Kek, anda boleh hubungi mereka dengan cara di bawah:

 

A: No. C2, Lot 4224, Jalan Hassan, Kampung Sungai Udang, Klang
T: +6011 – 2829 0930
FB: Kueh Tradsional dan Kek
print
Azrene Jasmine

A true blue Penangite, Azrene Jasmine favourite thing to do is, well, eating. Though currently in a love/hate relationship with the weighing scale, she truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.