Ramadhan Tak Lengkap Tanpa Kuihmuih by Supermom

Ramadhan dan kuih tidak dapat dipisahkan sepertimana Hari Krismas dan kek buah. Kuih-muih ialah pencuci mulut kegemaran rakyat Malaysia. Meskipun terdapat pelbagai pilihan pencuci mulut Barat yang lebih cantik dan unik, kuih tradisional Malaysia masih menjadi kesukaan ramai. Dalam bulan Ramadan ini, tidak sah kalau anda tidak menghidangkan kuih untuk berbuka ataupun ketika moreh. Ramadhan tanpa kuih-muih di Malaysia tidak akan lengkap.

Namun begitu, adalah sukar untuk mencari kuih-muih yang betul-betul enak kerana cara pembuatan kuih tradisional memerlukan kemahiran yang tinggi, resepi kuih turun-temurun dan bahan berkualiti. Jika anda mahu kualiti kuih yang sama seperti nenek dan ibu anda buat di rumah, pastinya anda akan memperolehi kualiti kuih yang sama di kuihmuih_by_supermom.

Kredit: kuihmuih_by_supermom

 

Kredit: kuihmuih_by_supermom

 

Kredit: kuihmuih_by_supermom

Kuihmuih_by_supermom menawarkan kuih-muih tradisional pada harga yang berpatutan untuk segala acara,sambutan malahan untuk anda makan untuk jamuan berbuka puasa mahupun moreh. Kuih-kuih yang laris oleh Kuihmuih_by_supermom adalah kuih cara  berlauk, lepat pisang, bingka, kuih lapis dan apam.

Kuihmuih_by_supermom merupakan perkhidmatan jualan kuih dalam talian iaitu di laman media sosial Instagram dengan nama kuihmuih_by_supermom dan hanya menawarkan perkhidmatan penghantaran di kawasan Wangsa Maju dan Hulu Klang.

Kredit: kuihmuih_by_supermom

Jika anda mahu merasai sendiri kuih-muih hasi air tangan pemilik kuihmuih_by_supermom, Farhana Yusoff, anda boleh hubungi beliau di 019 242 2781 atau di Instagram beliau.

print
Azrene Jasmine

A true blue Penangite, Azrene Jasmine favourite thing to do is, well, eating. Though currently in a love/hate relationship with the weighing scale, she truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.