Seperti yang kita jangkakan, PKP atau Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan selama 2 minggu lagi hingga 28 April nanti.
Pasti ramai yang sudah mula rasa gelisah dan tak senang duduk di rumah. Saya faham. Saya pun mula rasa begitu juga. Tetapi, demi kebaikan bersama, kita sama-sama perlu terus kuatkan diri dan pastikan #kitajagakita.
Hikmah di Sebalik PKP
Setelah sebulan menjalani perintah PKP, saya menyedari betapa sejuknya cuaca sekarang. Langit sentiasa cerah, udara terasa bersih. Jarang sekali, kita mendapat peluang untuk menikmati perkara-perkara kecil seperti ini sebelum PKP bermula.
Siapa kata PKP ini hanya membawa kesan negatif saja?
Oleh itu, daripada berasa tertekan kerana asyik terperap di rumah, wujudkan suasana lebih positif dan riang di rumah, tambah-tambah lagi dengan resepi kek lapis cendol yang pasti membuatkan hari anda lebih ceria, khususnya apabila anda menikmati kek ini bersama keluarga.
Bahan-Bahan:
a) Adunan Kek Pandan A
- 4 telur kuning sederhana besar
- 45g gula kastor
- 60g mentega tak asin, dicairkan dan disejukkan hingga capai suhu bilik
- 90ml susu
- 4 titis esen pandan
- 140g tepung kek
- 1 sudu besar serbuk penaik
- 1 sudu teh garam
b) Adunan Kek Pandan B
- 8 telur putih
- 55g gula kastor
- 1 sudu teh krim tartar
c) Lapisan Agar-Agar Pandan A
- 600ml air
- 4 sudu besar serbuk agar-agar putih
- 80g gula kastor
- 50g mentega tak asin
- 1 sudu teh garam
- 40ml jus pandan
d) Lapisan Agar-Agar Pandan B
- 1 sudu teh garam
- 240g santan
- 70g tepung kacang hijau
- 5 titis esen pandan
e) Lapisan Agar-Agar Gula Melaka A
- 300ml air
- 2 sudu besar serbuk agar-agar putih
- 25g garam tak asin
- 2 ketul gula melaka
- 1 sudu teh garam
f) Lapisan Agar-Agar Gula Melaka B
- 1 sudu teh garam
- 120g santan
- 35g tepung kacang hijau
g) Lapisan Agar-Agar Santan & Cendol A
- 300ml air
- 2 sudu besar serbuk agar-agar putih
- 25g mentega tak asin
- 1 sudu teh garam
h) Lapisan Agar-Agar Santan & Cendol B
- 1 sudu teh garam
- 120g santan
- 35g tepung kacang hijau
- 3 sudu besar cendol
Cara-Cara:
a) Kek Span Pandan
- Lapik dasar dulang kek bulat 3 x 8 inci dengan kertas bakar. Jangan minyakkan dulang kek.
- Panaskan ketuhar pada suhu 175°C.
- Dalam mangkuk adunan yang besar, pukul telur kuning dan gula kastor hingga sekata. Masukkan mentega cair, kemudian tuang susu dan pes pandan. Kacau hingga sebati.
- Ayak tepung kek, serbuk penaik dan garam. Kemudian masukkan dalam adunan telur dan kacau hingga sebati.
- Menggunakan pengadun elektrik, pukul telur putih hingga gebu. Masukkan krim tartar. Pukul hingga buih pekar terhasil. Sedikit demi sedikit, masukkan 1 sudu besar gula kastor pada satu-satu masa hingga sebati. Teruskan memukul hingga memuncak.
- Kaup adunan telur putih perlahan-lahan ke dalam adunan telur kuning. Masukkan adunan telur putih dalam 4 bahagian dan kaup hingga adunan sebati.
- Tuang adunan ke dalam dulang kek. Perlahan-lahan, ketuk dulang atas permukaan meja untuk pastikan adunan anda sekata.
- Letakkan dulang di rak bawah ketuhar dan bakar selama 20 minit atau hingga perang keemasan dan lidi yang dicucuk bersih.
- Keluarkan kek dari ketuhar dan benarkan untuk kek menyejuk sikit. Gunakan pisau untuk pastikan kek tak melekat pada dulang.
- Keluarkan kek dan letakkan atas papan kek. Tanggalkan kertas bakar. Buang lapisan kulit di permukan kek. Letakkan atas rak wayar dan biar kek menyejuk sepenuhnya.
b) Menyediakan Jus Pandan
- Buang akar dan cuci daun pandan. Hiris menjadi kepingan sepanjang 4cm.
- Masukkan hirisan daun pandan dan 40ml air ke dalam pengisar. Kemudian kisar hingga halus.
- Tapis masuk ke dalam cawan sukatan, masukkan air tambahan agar anda mendapat 80ml jus pandan. Ketepikan.
c) Menyediakan Agar-Agar Pandan
- Masukkan 600ml air ke dalam periuk kecil. Masukkan gula, mentega tak asin, jus pandan dan garam. Panaskan hingga mentega dan gula dicairkan. Padamkan api.
- Tuang santan dalam mangkuk. Masukkan tepung kacang hijau. Kacau sebati.
- Tapis campuran santan dan masukkan ke dalam adunan pandan. Masukkan esen pandan dan kacau hingga sebati.
- Masukkan serbuk agar-agar dan kacau rata.
- Panaskan atas api sederhana kecil. Biar masak dan kacau hingga menjadi cukup pekat untuk menyelaputi periuk.
- Alihkan periuk dari dapur dan kacau hingga menyejuk.
d) Menyusun Kek dengan Sapuan Pandan Kaya
- Lapik dulang kek bersaiz 8 inci yang dasarnya boleh dikeluarkan.
- Tuang sedikit agar-agar pandan untuk hasilkan lapisan nipis di dasar dulang kek. Ketuk dulang kek di permukaan meja untuk pastikan lapisan itu sekata. Benarkan lapisan agar-agar menyejuk selama 1 minit.
- Letakkan 1 lapisan kek span di atas agar-agar pandan, potong lebihan kek jika perlu agar ada ruang kosong di bahagian tepi.
- Letakkan lapisan kaya yang lebih tebal di atas. Pastikan anda tuang sedikit kaya di sekeliling kek juga. Benarkan sapuan pandan kaya ini mengeras sedikit selama 30 saat. Kemudian, letakkan lapisan kek yang kedua di atas.
d) Menyediakan Agar-Agar Gula Melaka
- Didihkan air, mentega, garam dan gula melaka hingga semua bahan larut. Angkat dan ketepikan.
- Tuang santan dalam mangkuk. Masukkan tepung kacang hijau dan kacau hingga sekata.
- Tapis campuran santan ke dalam campuran gula melaka dan kacau hingga sebati.
- Masukkan serbuk agar-agar dan kacau rata.
- Panaskan cecair atas api sederhana rendah. Biar cecair masak hingga cukup pekat untuk menyelaputi periuk. Alihkan periuk dari api dan kacau hingga cecair menyejuk.
e) Menyusun Kek dengan Lapisan Agar-Agar Gula Melaka
- Tuang sedikit agar-agar gula melaka untuk hasilkan lapisan agar-agar nipis pada lapisan kek kedua.
- Letakkan lapisan kek ketiga di atas.
f) Menyediakan Agar-Agar Santan Cendol
- Didihkan mentega, air dan garam di dalam periuk hingga terlarut sepenuhnya. Angkat periuk dari dapur.
- Letakkan santan di dalam mangkuk. Masukkan tepung kacang hijau dan kacau hingga rata.
- Tapis campuran santan dan masukkan ke dalam cecair gula melaka dan kacau rata.
- Masukkan cendol.
- Masukkan serbuk agar-agar dan kacau rata.
- Panaskan cecair atas api sederhana kecil. Biar masak hingga cukup pekat untuk menyelaputi periuk. Alihkan dari dapur dan kacau hingga menyejuk.
g) Meletakkan Lapisan Agar-Agar Santan
- Tuang agar-agar santan cendol untuk menghasilkan lapisan agar-agar nipis dan sekata di atas lapisan kek ketiga.
- Biar kek berada pada suhu bilik sebelum menyimpan di dalam peti sejuk, sekurang-kurangnya, 4 jam.
- Untuk menghidang, hati-hati semasa menolak dasar dulang kek ke atas, kemudian pindahkan kek atas papan kek. Potong dan hidang semasa sejuk.
Menyejukkan, Menyegarkan dan Menyelerakan!
Meskipun ada perlu bertahan tinggal di rumah selama dua minggu lagi, itu tak bermakna anda perlu biar diri anda dan keluarga diselubungi rasa bosan. Jadikan resepi kek lapis cendol ini sebagai satu projek yang boleh dilakukan oleh seisi keluarga. Hasilnya akan menjadi lebih enak, percayalah!
Jangan lupa untuk kongsi dengan saya masakan Nyonya kegemaran anda atau pencuci mulut anda. Jika anda ada permintaan masakan yang anda ingin saya dan Butterkicap kongsikan.
Kalau ada permintaannya, jangan lupa untuk mengikuti Butterkicap dan saya di laman Instagram. Senang untuk kami penuhi permintaan anda itu!