Milo Minuman Coklat Malaysia Setiap Generasi

Milo minuman coklat kegemaran semua.  Apa? Anda tak sukakan serbuk coklat ini? Kalau ya, anda perlu pergi ke kedai dan beli sekotak Milo sekarang!

Kredit: milo.com.au

Apabila bercakap tentang kenangan zaman kanak-kanak, perkara yang paling sinonim dengan kanak-kanak Malaysia, tanpa mengira umur ialah minum secawan milo panas pada waktu petang atau segelas milo ais pada waktu panas. Baik ketika sedih atau gembira, Milo minuman coklat yang menjadi peneman setia anda!

Serbuk coklat ini merupakan produk terkenal di bawah jenama Nestle dan bermatlamat untuk memberikan minuman bercoklat yang penuh rasa dan penuh dengan nutrien yang diperlukan untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Pada tahun 1912, Milo telah diimport ke Malaysia pada tahun 1912 dan kekal menjadi pilihan utama minuman bercoklat rakyat Malaysia hingga sekarang.

Diperbuat daripada serbuk malt dan coklat yang dinyahwap, Milo mengekalkan rasa dan nikmat coklat yang disukai ramai sehingga sekarang menerusi proses yang cukup teliti. Oleh itu, rasa Milo masih kekal konsisten sehingga ke sekarang.

Kredit: MILO Philippines

Kini, ia bukan sahaja digunakan untuk membuat air bercoklat yang boleh didapati di kedai-kedai mamak di seluruh Malaysia malah serbuk coklat ini boleh diguna pakai dalam pelbagai masakan Malaysia yang unik dan pelik digemari rakyat Malaysia seperti roti Milo dan Maggi Milo (Ya…maggi dan milo).

Kredit: stayathomemum.com.au

Demi memenuhi permintaan pelanggan yang kian berubah dan bersaing dengan jenama-jenama coklat lain yang didapati di pasaran, Produk ini telah divariasikan menjadi dalam pelbagai bentuk lain seperti makanan bijirin, coklat, aiskrim dan juga dalam bentuk nuget yang menjadi kegilaan ramai.

Kredit: chemistryproduction

Pasti anda dah teringinkan rasa bercoklat minuman tersebut sekarang, bukan? Anda boleh dapatkan pelbagai produk Milo yang anda sukai di kedai-kedai berdekatan atau buat tempahan di sini dan bancuh Milo untuk waktu makan anda nanti. Jika sudah bosan dengan minuman bercoklat ini, anda boleh cuba resepi-resepi Milo Butterkicap untuk hidangan minum petang atau pencuci mulut nanti.

print
Azrene Jasmine
Azrene Jasmine

Azrene Jasmine is a Penangite with a stomach of gold. Though currently she is in a love/hate relationship with the weighing scale, Azrene truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More