Adabi, bersih dan asli. Itulah prinsip Adabi yang dipegang sejak diasaskan tahun 1984.

Syarikat ini bermula dengan pusat pengeluaran kecil-kecilan di Batu Caves pada tahun 1984 dan kini, telah berkembang pesat dengan penubuhan tapak pengeluaran, gudang, pejabat korporat dan kemudahan pentabiran lain di Kawasan Perindustrian Bersepadu Rawang supaya dapat memenuhi permintaan yang kian meningkat dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Kenapa jenama kegemaran semua ini berjaya mengatasi pengeluar-pengeluar rempah yang lain? Hal ini demikian kerana ia mendapat tempat di setiap rumah rakyat Malaysia sebagai rempah ratus kegemaran dalam penyediaan masakan Melayu bercitarasa asli.

Bukan sekadar pengeluar rempah, cabang produk yang dikeluarkan jenama tempatan terkemuka ini dikembangkan dengan menyediakan produk-produk tepung cucur segera, rangkaian sos dan kicap, perencah masakan, makanan bertin seperti sardin, sup dan rendang malah kopi bagi memastikan jenama ini kekal relevan dan mengikut rentak permintaan dan tuntutan semasa pengguna setia jenama berprestij ini. Nak tahu apa lagi produk yang ditawar oleh syarikat rempah ratus terkemuka ini? Bolehlah layari di sini.
Artikel Lain:
Rempah Ratus Mak Siti Hidupkan Semula Seni Rempah
Restoran Songket: Gabungan Klasik dan Makanan Melayu Asli
Pengalaman Nasi Kandar Sebenar di Tajuddin Hussain