7 Perisa Kiub Ais untuk Anda Sejukkan Diri Musim Panas Ini

Kredit: asiatatler.com

Perisa-perisa kiub ais yang kami kongsi dalam artikel ini pasti membuatkan tekak anda sejuk dan menjadikan musim panas ini lebih menggembirakan untuk diri anda.

Panasnya Cuaca Sekarang!

Kini Malaysia sedang mengalami cuaca panas dan kering. Walaupun hujan, ada kalanya, turun membasahi bumi dan mengurangkan haba panas di udara, malangnya, hujan yang turun tidak cukup untuk mengurangkan keterikan matahari yang membuatkan anda tidak bermaya, mengantuk, letih dan malas.

Musim inilah sebenarnya musim yang melariskan segala makanan sejuk seperti cendol, ais kacang atau air batu campur, laici kang, aiskrim dan pelbagai makanan lain sejuk lain kerana pada waktu inilah, badan anda yang terasa kering dan kurang air dambakan sesuatu yang menghilangkan haus anda.

Perisa Kiub Ais Menyejukkan Tekak

Daripada berhabis wang setiap hari untuk membeli makanan sejuk ini, inilah waktu yang paling sesuai untuk anda bereksperimen dan cuba sesuatu yang baru untuk menjadikan musim panas anda lebih menyeronokkan dan lebih sejuk.

Di Butterkicap, kami ada 7 perisa kiub ais yang menyelerakan untuk anda cuba buat di rumah tanpa memerlukan kos yang tinggi atau mengambil masa yang lama untuk anda sediakan.

Perisa #1 – Cendol

Kredit: Letsgoholiday

Cendol merupakan pencuci mulut kegemaran rakyat Malaysia. Siapa yang boleh puas makan semangkuk sahaja? Rasa lemak santan dan manis gula melaka berserta pulut dan cendol bukan sahaja menyejukkan lidah malah membangkitkan selera anda. Semangkuk cendol berharga RM 4 dan jika dimakan setiap hari boleh membuatkan poket anda kering. Jadi, cara yang paling mudah adalah menyediakan cendol ringkas di rumah dalam bentuk air batu.

Bahan-Bahan:

  • 1/2 cawan gula melaka, dicairkan
  • 1/2 cawan air pandan
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan air gula
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan cendol
  • garam secukup rasa

Cara-Cara:

  1. Cuci bekas ais.
  2. Masukkan satu sudu kecil cendol, satu sudu besar santan,  setengah sudu kecil air gula, setengah sudu kecil air pandan, setengah sudu besar gula melaka dan sedikit garam ke dalam bekas ais. Ulang sehingga semua lubang diisi.
  3. Masukkan ke dalam peti sejuk.

Perisa #2 – Cincau

Kredit: chamchamguide

Perisa seterusnya yang boleh dijadikan perisa kiub ais yang menarik adalah dengan menggunakan cincau. Cincau merupakan bahan yang bewarna hitam dan mempunyai tekstur lembut seperti agar-agar. Ramai yang memikirkan cendol dan cincau adalah sama tetapi tidak. Cincau datang daripada tumbuh-tumbuhan sementara cendol diperbuat daripada tepung. Cincau seringkali diminum pada waktu panas kerana sifat cincau yang menyejukkan. Untuk menjadikan cincau dalam bentuk kiub ais adalah mudah sahaja. Lihat cara-cara di bawah ini;


Bahan-Bahan:

  • 1 cawan cincau
  • 1 cawan air gula
  • 1/2 cawan air

Cara-Cara:

  1. Cuci bekas ais.
  2. Masukkan setengah sudu besar cincau dan sesudu kecil air gula ke dalam bekas ais. Tambah sedikit air jika merasakan air gula terlalu banyak.
  3. Penuhi bekas ais.
  4. Masukkan ke dalam peti sejuk.

Perisa #3 – Bandung

Kredit: Free Malaysia Today

Air bandung ialah minuman yang digemari oleh pencinta air manis dan aiskrim Malaysia. perisa sirap dan susu pekat ini cukup enak dan lemak sehingga membuatkan sesiapa sahaja yang haus hilang dahaganya. Air bandung sedap dinikmati dalam keadaan yang sejuk. Oleh itu, air bandung cukup sesuai untuk dijadikan sebagai perisa kiub ais istimewa pada waktu musim panas ini.


Bahan-Bahan:

  • 1 cawan sirap, dilarut dengan air gula
  • 1 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan air

Cara-Cara:

  1. Campur air sirap dan susu pekat untuk membuat air bandung. Tambah sedikit air untuk menyeimbangkan rasa manis air bandung.
  2. Cuci bekas ais.
  3. Penuhkan bekas ais dengan bancuhan air bandung.
  4. Masukkan ke dalam peti sejuk.

Perisa #4 – Milo

Credit: myrecipes.com

Milo dan rakyat Malaysia tidak dapat dipisahkan. Mana tidaknya, Milolah air berperisa coklat yang paling enak di Malaysia ini. Kalau pergi ke kedai mamak, inilah minuman wajib yang dipesan. Perkara yang paling tidak menyeronokkan apabila memesan Milo ini adalah apabila ais mencair dan menghilangkan rasa kaw Milo tersebut. Dengan resepi ais kiub ini, anda tak perlu lagi risau dengan Milo cair lagi.

Bahan-Bahan:

  • 3 sudu besar serbuk Milo
  • 1 cawan air
  • 1/4 cawan susu pekat

Cara-Cara:

  1. Campur serbuk Milo, susu pekat dan air untuk membancuh air Milo. Tambah sedikit air untuk menyeimbangkan rasa Milo.
  2. Cuci bekas ais.
  3. Penuhkan bekas ais dengan bancuhan Milo.
  4. Masukkan ke dalam peti sejuk.

Perisa  #5 – Kopi

Kredit: youworkforthem.com

Sepertimana masalah yang dihadapi dengan Milo, air kopi juga tidak enak diminum apabila ais sudah mencair rasa dan perisa kopi tersebut. Apa gunanya air kopi kalau tiada rasa kopi? Dengan resepi ini, anda tidak perlu lagi risau tentang kehilangan rasa kopi apabila ais mencair.


Bahan-Bahan:

  • 3 sudu besar serbuk kopi / 1 paket kopi segera
  • 1 cawan air
  • 1/4 cawan susu pekat

Cara-Cara:

  1. Campur serbuk kopi, susu pekat dan air untuk membancuh air kopi.
  2. Cuci bekas ais.
  3. Penuhkan bekas ais dengan bancuhan air kopi.
  4. Masukkan ke dalam peti sejuk.

Perisa #6 – Bunga Kekwa (Krisantimum)

Kredit: Instructables

Seperti cincau, bunga kekwa dan krisantimum menjadi pilihan minuman di kala waktu panas kerana sifat bunga krisantimum yang boleh menyejukkan badan. Selain daripada sifat bunga yang sejuk, air ini juga wangi dan manis secara semula jadi. Oleh itu, perisa air batu ini sesuai untuk diminum bersama air perisa atau air kosong untuk menyegarkan badan anda.

Bahan-Bahan:

  • Beberapa kuntum bunga kekwa
  • 1/2 cawan air gula
  • 1 cawan air

Cara-Cara:

  1. Cuci bekas ais.
  2. Penuhkan bekas ais dengan sesudu kecil air gula dan satu kelopak bunga krisantimum.
  3. Tambahkan air sehingga penuh bekas.
  4. Masukkan ke dalam peti sejuk.

Perisa #7 – Sirap Selasih

Kredit: Cookpad

Air sirap selasih merupakan perisa air klasik yang digemari oleh masyarakat Melayu. Air sirap selasih mempunyai sifat sejuk dan nilai khasiat menerusi biji selasih yang dimasukkan ke dalam minuman sirap tersebut. Tak percaya? Anda boleh cuba perisa ini dan nikmati kesegaran minuman ini.


Bahan-Bahan:

  • 1 cawan biji selasih, sudah direndam dan kembang
  • 1/2 cawan air gula
  • 1 cawan air
  • 3 sudu besar cecair sirap

Cara-Cara:

  1. Bancuh air sirap.
  2. Cuci bekas ais.
  3. Masukkan setengah sudu kecil biji selasih ke dalam bekas ais.
  4. Tuang air sirap ke dalam bekas ais.
  5. Penuhkan bekas ais.
  6. Masukkan ke dalam peti sejuk.

Jika anda merasakan kering tekak dan tidak bermaya pada hari-hari panas, anda boleh cuba membancuh dan sediakan kiub-kiub ais berperisa ini untuk memberikan tenaga kepada diri anda semula dan menaikkan mood anda.

print
Azrene Jasmine

A true blue Penangite, Azrene Jasmine favourite thing to do is, well, eating. Though currently in a love/hate relationship with the weighing scale, she truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş