Sejarah Ketupat: Nama, Keenakan dan Kepentingan

Kredit: papasemar.com

Sejarah ketupat, siapa yang tahu?

Apabila membayangkan kemeriahan perayaan Aidilfitri yang bakal menjelma kelak, pasti anda turut membayangkan aneka juadah yang bakal dihidang untuk para keluarga dan tetamu. Pastinya, hidangan yang wajib ada ialah ketupat. Dengan peredaran masa, kini hidangan istimewa ini juga turut dinikmati oleh pelbagai kaum di Malaysia, masyarakat Melayu khususnya, pada hari perayaan seperti hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Terasa tidak lengkap tanpa ketupat sebagai salah satu hidangan utama yang disaji di meja.

Bahan-Bahan Ketupat

Ketupat merupakan sejenis makanan yang menggunakan satu bahan masakan sahaja, iaitu beras (ataupun beras pulut) yang diisi ke dalam sama ada daun kelapa muda atau daun palas yang dianyam. Setelah daun kelapa atau daun palas diisi dengan beras, sebelum   direbus sehingga masak sebelum dapat dihidangkan. Apabila bercakap mengenai ketupat, pasti kita tidak hanya memperkatakan tentang rasanya yang lazat apabila digandingkankan bersama rendang, kuah kacang dan serunding, namun juga tentang kehebatan sejarah yang wujudnya.

Kredit: en.wikipedia.org

Asal-Usul Ketupat Di Nusantara

Bukan sahaja di Malaysia, ketupat juga sebenarnya turut dinikmati di negara-negara Asia Tenggara yang lain seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan Filipina. Malah, sejarah asal-usul ketupat itu sendiri sebenarnya dikatakan bermula di Jawa, Indonesia.  Ketupat pertama kali diperkenal oleh Sunan Kalijaga kepada masyarakat Jawa setelah kedatangan Islam ke Tanah Jawa. Namun begitu, berbeza dengan hari ini yang mana ketupat akan disediakan sebelum hari raya sebagai juadah utama hari raya, Sunan Kalijaga pertama kali membudayakan ketupat sesudah hari lebaran itu sendiri berlalu.

Hari itu disebut sebagai Bakda Lebaran dan Bakda Kupat. Bakda Kupat bermaksud seminggu sesudah hari raya atau lebaran. Pada hari Bakda Kupat tersebut, masyarakat Jawa akan menganyam ketupat yang diperbuat daripada daun kelapa muda dan kemudiannya akan diberi kepada mereka yang lebih tua sebagai simbol kesatuan dan jalinan silaturrahim sesama masyarakat. Kupat di perantauan dikaitkan dengan aspek keagamaan di mana ketupat dianggap sebagai kiblat papat limo pancer yang melambangkan empat arah mata angin utama iaitu timur, barat, selatan dan utara.

Asal-Usul Ketupat Di Malaysia

Di Malaysia, sejarah paling awal yang boleh dikaitkan dengan ketupat adalah apabila makanan itu disebut dalam Hikayat Inderaputera yang mana catatan tarikh hikayat tersebut ditulis  pada tahun 1700. Meskipun begitu, info secara lisan berkaitan ketupat dipercayai bermula lebih awal dari itu dan berdasarkan catatan pendeta Buddha, ketika zaman Srivijaya, sudah terlihat keutamaan ketupat dalam majlis-majlis penting seperti majlis berbuka puasa yang diadakan ketika pesta agama.

Ketupat juga makanan yang dianggap mulia kerana ia dinobat setingginya di upacara Hindu di alam Melayu. Sehingga kini, di bali, terdapat ritual Perang Ketupat atau dikenali juga sebagai Aci Rah Pengangon yang merupakan upacara yang memanjatkan rasa syukur terhadap Sang Hyang Widhi atas hasi tuaian dan berfungsi untuk memohon keselamatan dan kesejahteraan manusia.

Seperti yang sedia maklum, bangsa Arab telah menyebarkan agama Islam di tanah melayu. Pada masa yang sama dengan penyebaran Islam yang menyebabkan ramai orang Melayu ketika itu menganut agama Islam, budaya Melayu juga telah dipengaruhi oleh budaya lain dengan menggunakan ketupat sebagai makanan utama bagi perayaan Aidilfitri.

Kredit: frozenkuihtradisi.com

 

Jenis-Jenis Anyaman Ketupat

Menurut para penyelidik, sejarah ketupat itu sendiri datang dari seribu satu makna tersirat di sebaliknya yang menjadikan makanan ini istimewa. Anyaman ketupat merupakan simbol berbagai-bagai jenis dosa dan kesalahan manusia  yang dilakukan manakala nasi ketupat yang putih mencerminkan kebersihan dan kesucian hati sesudah saling bermaafan sesama manusia. Bentuk jalinan yang wujud pada anyaman ketupat itu sendiri pula melambangkan kesatuan dan hubungan yang wujud sesama masyarakat.

Istimewanya, ketupat tidak hanya mempunyai satu jenis anyaman sahaja, malahan mengikut maklumat yang diberi, terdapat beribu jenis cara anyaman ketupat yang boleh dilakukan seperti ketupat jantung, ketupat kotak, ketupat bawang, malahan ketupat juga boleh dianyam menjadi aneka bentuk binatang seperti kucing, angsa, merpati dan banyak lagi.

Selain sebagai hidangan ketika perayaan dan upacara tertentu, ketupat juga dianyam khas untuk hanya menjadi perhiasan dan biasanya dibentuk-bentuk menjadi bentuk yang luar biasa.

Kredit: flickr.com via Michelle Chan

 

Jenis-Jenis Ketupat Di Malaysia

Di Malaysia, terdapat dua jenis ketupat yang biasa dibuat iaitu ketupat yang berbentuk segi empat yang menggunakan daun kelapa dan ketupat palas yang berbentuk segi tiga. Ketupat yang menggunakan daun kelapa muda diisi dengan beras dan mempunyai rasa yang tawar, serta selalunya dimakan bersama lauk pauk atau kuah savori seperti rendang daging atau ayam, serunding, kuah lodeh dan kuah kacang.

Ketupat daun palas pula diisi dengan beras pulut yang kemudiannya direbus atau digoreng. Terdapat dua jenis ketupat palas iaitu yang lemak manis dan yang diletakkan serunding di dalamnya. Ketupat palas biasanya dimakan begitu sahaja ataupun dicicah bersama manisan tebu atau gula Melaka.

Masyarakat Malaysia pada hari ini mungkin menyediakan hidangan ketupat bersusur-galur daripada sebuah tradisi turun-temurun tanpa mengetahui tentang sejarah ketupat dan makna di sebalik makanan itu sendiri.

Walau apa pun, adanya ketupat pada hari-hari keraian seperti hari raya dan rumah terbuka ternyata mampu menambahkan lagi kemeriahan majlis yang ada, mencetus semangat muhibbah sesama masyarakat yang majmuk di samping mencipta suasana perayaan yang ternyata lebih bermakna.

 

print
Bibi Mokrat
Bibi Mokrat

Fresh-from-the-oven writer who actually takes pride in the quote 'Women belongs in the kitchen' because that's exactly where she wants to be - most of the time

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More