Menambah 1001 Manfaat Sesudu Avokado Dalam Resepi Kegemaran Anda

Buah avokado sudah diketahui umum sebagai buah yang mempunyai manfaat kesihatan yang tinggi. Hal ini demikian kerana avokado mempunyai kandungan lemak sihat yang tinggi. Jadi, memang tak menghairankan apabila anda melihat lambakan resepi berasaskan avokado yang dikongsi di Internet.

Namun begitu, untuk jadikan buah istimewa ini sebagai sebahagian daripada diet anda, anda perlulah terlebih dahulu mengetahui apakah kebaikan yang anda akan perolehi jika anda mula mengamalkannya. Jadi, bacalah 5 trivia avokado pendek di bawah!


5 Trivia Avokado

1.Kaya Vitamin

Dalam 100g avokado, anda akan mendapat:

  • 26% Vitamin K
  • 20% Folat
  • 17% Vitamin C
  • 14% Potasium
  • 14% Vitamin B5
  • 13% Vitamin B6
  • 10% Vitamin E

2.  Kaya Serat

Avokado mempunyai kadar serat larut sebanyak 25% yang dapat memberikan nutrien kepada bakteria dalam perut agar dapat berfungsi secara optimum dan kadar serat tak larut sebanyak 75% yang membantu dalam pengurangan berat badan, merendahkan kadar gula dalam darah dan merendahkan risiko jangkitan penyakit.

3. Perlindungan Mata

Avokado kaya dengan antioksidan seperti karotenoid lutein dan zeaxantin yang penting untuk kesihatan mata. Kedua-dua antioksidan ini penting untuk mengurangkan risiko katarak mata dan pengecutan otot mata.

4. Mengurang Artritis

Bagi yang banyak bekerja di depan skrin komputer dan melakukan kerja menaip, anda mungkin perlu mula jadikan avokado sebagai sebahagian daripada pemakanan anda. Minyak yang keluar daripada avokado didapati dapat mengurangkan risiko artritis dalam tempoh jangka panjang.

5. Sedap dan Berlemak

Untuk makanan yang sihat dan bermanfaat, Avokado mempunyai rasa dan tekstur yang cukup sedap dan berlemak. Tak perlu nak menipu dri anda dengan meletakkan bahan-bahan lain apabila nak menikmati hidangan beravokado.

Ubah Suai Resepi Kegemaran dengan Sesudu Avokado

Kalau anda ingin mula menggunakan avokado dalam pemakanan anda sekeluarga, ambillah langkah pertama dengan memasukkan avokado dalam sajian-sajian mudah dan ringkas seperti cucur ikan bilis dan jemput-jemput pisang dahulu.

Apabila anda sudah biasa dengan rasanya, barulah anda boleh bereksperimen dengan resepi-resepi lain. Jika anda tak ada resepi cucur ikan bilis atau jemput-jemput pisang anda sendiri, anda bolehlah cuba resepi kami.

Hanya masukkan sesudu besar isi avokado dalam adunan dan lihatlah bagaimana snek anda bertukar menjadi sesuatu yang lebih sihat!

Avokado Murah dan Segar di Jaya Grocer

Anda sudah tahu manfaatnya. Anda sudah tahu resepi untuk dicuba. Sekarang, anda cuma perlu tahu di mana anda boleh dapatkan avokado yang murah dan segar.

Kunjungi Jaya Grocer dan dapatkan avokado segar dan berpatutan yang disumber terus dari ladang di Australia. Anda pasti akan berasa puas dengan kualiti buah avokado Australia ini. Jadi, apa lagi? Jom beli buah avokado dan mula bereksperimen!

print
Butterkicap Team
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More