5 Resepi Jimat Masa yang Sedap untuk Pelajar Malas

Kata orang, zaman belajar adalah zaman yang paling best. Masa ini lah masa korang nak kenal kawan-kawan baru yang datang dari pelbagai latar belakang dan tempat, kenal tempat dan cara hidup baru. Tapi, masa ini jugalah zaman yang paling mencabar untuk korang.

Dengan nak uruskan jadual belajar lagi, kejar deadline tutorial, assignments dan nak join aktiviti kokurikulum lagi, sampai nak makan pun tak sempat. Duduk jauh dengan family buatkan korang selalu buntu nak makan apa kan? Kami faham bila jadi student yang duduk jauh dari rumah, korang akan rasa sesusah-susah soalan final, susah lagi soalan:

“Nak makan mana?” dan “Nak makan apa?”

 

Last-last sebab tak ada jawapan, tempat yang korang tuju untuk makan adalah mamak yang sama jugak, pagi petang siang malam.

So, apa kata kali ni korang ubah selera dengan masak sendiri menu yang ringkas dan sedap. Tugas kami kat sini akan bantu korang semua yang bergelar student, yang rasa nak masak tapi malas dan tak ingin dah makan mamak harini. Di sini, kami dah sediakan satu list resepi jimat masa, senang dan sesuai untuk dimakan untuk seorang atau dua orang yang korang akan rasa kacang je nak buat!

 

1. Ikan Masak Singgang

Resepi Jimat Masa

Resepi jimat masa ini teramat mudah dan sedap untuk di cuba dan sesuai untuk di makan begitu sahaja, TETAPI resepi ini boleh juga di makan dengan nasi, supaya lebih mengenyangkan. Bahan bahan yang di gunakan juga sangat mudah di dapati di pasar pasar (bukan bahan yang fancy dan susah dikenali). Okay, jom cuba!

 

Bahan-Bahan:

  • 1 batang serai-dititik
  • 1 atau 2 keping asam keping
  • 4 biji cili api(dibelah dua)
  • 3 ekor ikan selar kuning(boleh juga menggunakan ikan tongkol)-disiang
  • ½ inci lengkuas
  • 1 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 1 atau 2 keping asam keping
  • 4 biji cili api(dibelah dua)
  • 3 ekor ikan selar kuning (boleh juga menggunakan ikan tongkol)-disiang
  • ½ inci lengkuas
  • 1 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih

 

Cara-Cara:

  1. Hiris bawang merah,bawang putih dan lengkuas.
  2. Panaskan air dalam periuk sehingga menggelegak (pastikan air yang digunakan menutup semua bahan)
  3. Masakkan bahan yang dihiris,serai,asam keping dan cili api sekali gus.
  4. Tunggu sebentar sehingga bawang agak layu dan masukkan garam secukup rasa, kemudian kacau dengan perlahan (supaya ikan tidak hancur)
  5. Tutup periuk sebentar sementara menunggu ikan masak
  6. Apabila ikan sudah masak,ia sedia untuk di makan begitu sahaja (atau bersama nasi!)

 

2. Salad Kentang

Resepi jimat masa seterusnya ni bukan saja senang nak buat, tapi kos hidangan ini murah dan menyihatkan. Sesuai untuk korang yang nak diet tu sebab walaupun nampak simple tapi salad kentang ini sebenarnya agak mengenyangkan.

 

Bahan-Bahan:

  • 2 biji kentang (direbus dan dipotong dadu)
  • 1 biji telur (direbus)
  • Mayonis
  • Daun sup
  • Serbuk lada hitam berperasa

 

Cara-Cara:

  1. Ubi kentang dan telur direbus sehingga empuk kemudian tuskan.
  2. Setelah itu, kupas dan lecek telur tersebut di dalam bekas.
  3. Tambahkan mayonis, kemudian masukkan ubi kentang yang telah dipotong dadu.
  4. Masukkan serbuk lada hitam secukup rasa dan gaul sebati.
  5. Tabur hirisan daun sup.
  6. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dihidang.

 

3. Cucur Ayam

Kalau sebelum ini, petang-petang korang akan turun ke bawah asrama untuk beli pisang goreng untuk minum petang, kali ni boleh try resepi cucur ayam yang best ini. Makan cucur ayam ni panas-panas sambil cicah sos cili dan mayonis dengan secawan kopi sambil ambil angin di beranda, mesti syok habis! Dalam senarai resepi jimat masa ini, cucur ayam ni mungkin yang paling senang dan cepat untuk masak.

 

Bahan-Bahan

  • 500gram tepung gandum
  • Dada ayam bersaiz sederhana (dipotong dadu)
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 1 biji kentang bersaiz kecil (dipotong dadu kecil)
  • Daun bawang/daun sup
  • 1/3 sudu teh soda bikarbonat
  • Garam secukup rasa
  • Air
  • Minyak masak (untuk menggoreng)

 

Cara-Cara:

  1. Campurkan gandum, ayam, bawang besar, kentang dan soda bikarbonat ke dalam sebuah mangkuk besar dan gaul.
  2. Tambahkan air sedikit demi sedikit dan gaul sehingga ia menjadi likat (jangan sampai terlalu cair)
  3. Tambahkan garam secukup rasa dan taburkan daun bawang/sup yang telah dihiris, kemudian gaul sehingga sebati kesemua bahan-bahan tersebut.
  4. Tutup mangkuk adunan dan biarkan sehingga kira-kira 30 minit.
  5. Setelah 30 minit, panaskan minyak masak di dalam kuali. Dengan menggunakan sudu, ambil adunan tersebut dan masukkan ke dalam kuali (pastikan minyak telah betul-betul panas).
  6. Goreng sehingga keperangan, angkat dan tuskan.

 

 

 

4. Spaghetti Bolognese ala Malaysia

Korang mesti pernah rasa spaghetti bolognese kan? Kami di Butterkicap percaya ada yang tak berapa gemar dengan rasa asli spaghetti Bolognese ini, lebih lebih lagi kuahnya. Sebab yalah, rasa sebenar spaghetti kan masam sikit sebab diorang  selalunya menggunakan tomato dalam kuantiti yang banyak untuk kuah spaghetti itu sendiri kan.

Jadi, sememangnya tak kena dengan lidah Malaysian kita yang selalunya inginkan rasa pedas.  Sekarang, kami akan ajarkan resepi jimat masa dan mudah untuk masak spaghetti Bolognese yang kena dengan lidah Malaysia kita dan resepi ini dinamakan spaghetti bolognese ala Malaysia (memang pasti sedap!)

 

Bahan-Bahan:

  • 250g Prego cendawan
  • Spaghetti ½ bungkus
  • Cendawan butang 5 biji
  • Daging cincang
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • ½ biji lobak merah
  • 3 sudu besar cili kisar/boh
  • 1 sudu kecil oregano
  • Satu sudu Planta
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak

 

Cara-Cara:

  1. Jerang air sehingga mendidih. Kemudian, masukkan spaghetti dan sedikit garam. Masak sehingga kembang.
  2. Setelah masak,angkat spaghetti ke dalam penapis dan jirus air ke atas spaghetti agar ia tidak melekat.
  3. Toskan spaghetti dan gaulkan sedikit bersama planta
  4. Bawang merah,lobak merah dan cendawan butang dipotong halus.
  5. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak.
  6. Setelah minyak panas,masukkan bawang putih yang telah diracik dan bawang merah.
  7. Kemudian,masukkan cili kisar/boh,lobak merah dan daging cincang. Masak sehingga cili agak garing.
  8. Masukkan Prego cendawan dan kacau. Setelah itu, masukkan cendawan butang,oregano dan serbuk perasa. Jika kuah terlalu pekat, digalakkan sedikit air.
  9. Hidangkan spaghetti dan kuah di atasnya!

 

5. Tortilla Wrap

Resepi jimat masa ni buat korang yang betul-betul nak cepat dan tak nak makan makanan yang leceh untuk disediakan. Selain menyihatkan dan mengenyangkan, wrap ini juga mudah untuk korang makan ‘on the go’.

 

Bahan-Bahan:

  • 1 kepingan ‘tortilla’ (boleh didapati di kebanyakan pasar raya)
  • Separuh dada ayam saiz sederhana (dipotong dadu)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • Bawang merah (dimayang)
  • Timun (dipotong dadu)
  • Daun bawang/sup/ketumbar
  • Salad
  • Sos cili
  • Mayonis
  • Serbuk lada hitam
  • Garam
  • Minyak zaitun/minyak masak (untuk menumis)

 

Cara-Cara:

  1. Panaskan satu sudu besar minyak masak di atas pan.
  2. Masukkan bawang putih dan kacau seketika, kemudian masukkan ayam.
  3. Letakkan serbuk lada hitam dan sedikit garam.
  4. Setelah ayam hampir masak, masukkan timun dan kacau-goreng seketika kemudian tutup api kuali.
  5. Letakkan kepingan tortilla di atas pinggan dan susun daun salad ke atasnya.
  6. Letakkan ayam yang telah siap dimasak diatas susunan tortilla dan salad dan taburkan bawang merah yang telah siap dimayang dan daun bawang/sup/ketumbar di atasnya.
  7. Letakkan sos cili dan mayonis
  8. Gulung dan siap!
print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.