Idea Makanan Sihat yang Boleh Disediakan Dalam 20 Minit

Idea makanan sihat yang kami paparkan disini semua boleh disiapkan dalam masa 20 minit saja! Sekarang, anda berpeluang untuk menjamah makanan sihat lepas balik dari kerja dengan cepat dan mudah.

Dalam penulisan bertajuk The Cheapskate’s Survival Guide kami berkongsi cara untuk anda menjimatkan wang dalam perbelanjaan makanan anda. Tetapi, kami merasakan tidak berguna untuk anda ada petua-petua menjimatkan wang  jika anda tiada masa untuk mengguna pakai petua-petua tersebut. Jadi, kami di Butterkicap memberikan beberapa resepi yang mudah, pantas dan sihat untuk anda sediakan walaupun ketika sibuk.

 

Idea Makanan Sihat #1: Sup Ayam

Idea Makanan Sihat

Semua orang tahu bahawa sup ayam ialah ubat untuk jiwa. Pada hari-hari yang teruk, setelah pulang daripada menghadap bos yang garang dan keadaan trafik yang sesak, bukankah semangkuk sup ayam panas dapat memulihkan mood anda untuk menjadi lebih baik?

Jadi, sebelum anda pergi ke kerja, anda boleh masak siap-siap hidangan ini supaya anda tinggal hangatkan semula untuk anda nikmati pada waktu petang. Mudah, cepat dan sedap dimakan baik bersama nasi mahupun dicicah roti, inilah hidangan sihat dan enak untuk semua.

 

Idea Makanan Sihat #2: Salad Peria

Idea Makanan Sihat
Kredit: blogspot.com

Ramai orang tidak sukakan rasa peria yang pahit dan payau tetapi tidak ramai yang tahu tentang khasiat serta kebaikan peria ini. Pada hari-hari anda inginkan diet yang lebih sihat, anda boleh cuba resepi salad peria ini yang boleh dinikmati sebagai hidangan sampingan bersama pelbagai jenis lauk lain seperti sup ayam.

Jangan rasa gerun untuk mencuba hanya sebab rasa peria yang pahit itu. Anda boleh ubah suai tahap kepahitan peria dengan menambah perahan limau, cili, bawang mahupun telur ke dalam salad ini. Tak percaya? Anda boleh mencuba resepi ini di sini.

 

Idea Makanan Sihat #3: Tauhu Goreng Sambal Pedas

Idea Makanan Sihat

Idea makanan sihat seterusnyaSebenarnya, menyediakan hidangan tauhu goreng ini memerlukan skil yang unik. Hal ini demikian kerana tekstur tauhu yang lembut dan rasa tauhu yang tawar membuatkan masakan yang berasaskan tauhu lebih mencabar untuk disediakan.

Jangan risau, resepi tauhu goreng dengan sos pedas istimewa Butterkicap pasti membuatkan anda mengubah persepi anda terhadap tauhu dan membuatkan sesiapa sahaja termasuk peminat daging tegar sekalipun akan meminati masakan sihat anda ini.

 

Idea Makanan Sihat #4: Ayam Kicap Special Ekspres

Idea Makanan Sihat
Kredit: blogspot.com

Ayam kicap, makanan selesa kedua terbaik selepas sup ayam. Kalau sup ayam ialah ubat untuk jiwa, ayam kicap ialah pengubat hati yang merindukan masakan ibu. Penyediaan ayam kicap adalah mudah dan pantas. Walaupun rata-rata pembaca akan mengatakan, “Oh, ayam kicap bukannya hidangan sihat sebab ayam digoreng dalam minyak dan diletakkan kicap yang banyak”, kami di Butterkicap, ada penyelesaian dilema ini.

Gantikan saja minyak dengan sesudu mentega (bukan marjerin ya) dan panggang ayam dahulu sebelum digaul dengan kicap dalam kuali panas. Apa-apa masakan boleh dijadikan sihat kalau anda tahu caranya. Resepi ayam kicap ini pasti mengubatkan kerinduan anda terhadap masakan ibu anda dan membuatkan anda terus menempah tiket untuk pulang ke kampung! Tak percaya, cubalah!

Tapi kalau anda masih rasa ragu-ragu yang mungkin hidangan ini tak seberapa sihat, cuba sihatkan makanan anda dengan teknik-teknik ini.

 

Idea Makanan Sihat #5: Selada

Idea Makanan Sihat

Selada adalah satu makanan sihat yang sangat ‘under-rated’. Sejenis hidangan tradisional masyarakat Banjar, Selada terdiri daripada bergedil yang diletak atas kentang lenyet yang dibulatkan dan dinikmati bersama telur rebus dan kuah daging yang pekat. Memang enak, bukan?

Daripada memilih untuk makan salad dan makanan sihat Barat yang lain, hidangan ini lebih mengenyangkan dan kena dengan citarasa kita yang ketimuran ini. Anda boleh cuba sendiri resepi Selada Butterkicap dan beritahu kami sama ada anda dapat turun berat badan atau tidak dengan hidangan ini.

 

Idea Makanan Sihat #6: Ikan Masak Stim Ekspres

Idea Makanan Sihat
Kredit: blogspot.com

Siapa yang tak sukakan ikan masak stim tambah-tambah lagi pada waktu hujan? Bertambah selera untuk kita nikmati hidangan ini.

Namun begitu, tidak ramai yang memilih untuk menyediakan hidangan ini, khususnya sebagai hidangan makan malam pada hari anda bekerja kerana beranggapan hidangan ini mengambil masa yang malam untuk disediakan.

Sekarang, anda boleh nikmati hidangan ini pada bila-bila masa kerana kami mempunyai resepi ikan stim ekspres yang dapat dinikmati dalam masa 30 minit sahaja. Nak tahu resepi ekspres ini? Klik sahaja di sini.

Jika anda memang suka idea makanan sihat ikan stim, pastikan ia disediakan dengan cara dan teknik terbaik. Klik di sini untuk nasihat chef cara kukus ikan yang terbaik

 

Idea Makanan Sihat #7: Ayam dan Sayur Berkuah

Idea Makanan Sihat

Dalam kalangan pembaca pasti ada ibu-ibu dan wanita bujang yang inginkan satu sajian yang bukan sahaja senang untuk disediakan, pantas dan sihat. Kami ada satu resepi idea makanan sihat untuk anda yang menepati ketiga-tiga kriteria yang anda cari ini selain daripada boleh diubah suai menjadi hidangan lain jika tidak dihabis dimakan dalam sehari.

Resepi yang kami maksudkan ini ialah resepi ayam panggang dan sayur berkuah Butterkicap. Kelaziman masyarakat Malaysia adalah untuk mempunyai beberapa hidangan lauk untuk dimakan dan penyediaan beberapa jenis lauk yang berlainan ini adakalanya, memakan masa yang lama.

Dengan memanggang seekor ayam sebagai hidangan makan malam anda pasti menjimatkan masa dan mengenyangkan seluruh keluarga anda juga. Jika tidak habis, jangan risau! anda boleh sediakan sandwic ayam untuk anak-anak anda ataupun salad ayam mudah untuk anda nikmati pada waktu kerja. Jimat, bukan?

 

 

Kini, anda tidak perlu lagi berasa tertekan untuk berhabis wang membeli makanan yang tidak sihat (dan kurang sedap) untuk anda nikmati setelah penat bekerja seharian. Dengan tip-tip penjimatan yang kami kongsikan ditambah pula dengan resepi-resepi mudah masak ini, tiada lagi penghalang untuk anda mencari idea makanan sihat dan berkhasiat selepas ini.

Masih malas? Pesan saja makanan sihat dari luar! Jika ada resepi lain yang anda boleh kongsi bersama kami, jangan segan-segan kerana kami sedia menerimanya di sini.

Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan!

print
Azrene Jasmine

A true blue Penangite, Azrene Jasmine favourite thing to do is, well, eating. Though currently in a love/hate relationship with the weighing scale, she truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.