Resepi Pavlova Mudah dan Sesuai untuk Sebarang Acara!

Resepi pavlova
Pavlova putih gebu yang sempurna!

Ada apa pada pavlova yang membuatkan rakyat Malaysia gilakan sajian pencuci mulut ini? Rasa manis pavlovalah yang membuatkan sesiapa pun terasa teruja untuk mencuba. Tambahan pula krim dan meringue yang lembut serta gebu adalah cara yang terdekat untuk kita mengalami pengalaman lanskap musim sejuk di negara kita yang beriklim panas dan lembap ini. Kalau pengalaman itu boleh dimakan, lagi cun!

Berasal dari Australia atau New Zealand (perdebatan masih diteruskan!), pavlova bukanlah resepi yang berasal dari Malaysia. Sebenarnya, populariti pencuci mulut ini di Malaysia boleh dijejak kembali pada serangkaian restoran yang masih menjual sajian manisan ini sehingga hari ini, walaupun sudah dua puluh tahun berlalu sejak resepi pavlova di perkenalkan di Malaysia.

Resepi pavlova versi Malaysia?

Rakyat Malaysia memang sangat kreatif dan suka berinovasi. Percayalah, dalam beberapa dekad lagi, resepi pavlova versi Malaysia akan menjadi satu sajian unik sama seperti nasi lemak.

Namun begitu, sebelum kita mula bereksperimen dengan perisa, anda perlu pastikan asas penyediaan untuk resepi pavlova anda adalah betul. Walaupun dilihat sebagai hidangan yang kompleks dan merenyahkan, tetapi pavlova sebenarnya mudah untuk disediakan selagi anda menyediakannya menurut cara yang betul.

Sebagai contoh, anda perlu gunakan telur putih yang sejuk. Anda juga boleh membuat pesanan pavlova di kafe atau pembuat kek untuk menikmati sajian pencuci mulut ini, tetapi kerap kalinya pavlova yang dipesan terlalu manis.

Gula sememangnya satu komponen penting (anda boleh gantikan gula putih dengan gula mentah organik), tetapi kami ada satu teknik yang pasti memberikan pavlova anda keseimbangan rasa manis dan lemak garam yang akan membuat anda ingin makan pavlova sepanjang masa.

Orang Malaysia suka letakkan secubit garam dalam pencuci mulut, dan kami berjaya mencari cara untuk berikan rasa lemak garam tersebut dalam resepi pavlova kami. Kami tidak maksudkan hiasan atas bergaram ya. Inilah cara kami untuk menjadikan pavlova sebahagian daripada pencuci mulut Malaysia.

Jika anda ikuti arahan yang kami beri, kami pasti pavlova anda akan menjadi dengan sempurna sekali pada percubaan pertama anda!

 

Resepi pavlova

 

Bahan-bahan

  • 4 biji telur putih sejuk
  • 3g garam halus (1/2 sudu kecil)
  • 2g ekstrak vanilla (1/2 sudu kecil)
  • 215g gula (1 cawan)
  • 400g krim putar sejuk

 

Hiasan atas
  • pisang & karamel masin
  • strawberi, beri biru & gula aising
  • pic & madu

 

Atau anda boleh gunakan apa-apa buah dan hiasan atas yang anda mahu. Coklat, kepala parut panggang, markisa, mangga atau apa-apa perisa masam, manis atau hiasan yang anda rasa sesuai dengan pavlova anda.

 

Menyediakan 4-5 pavlova sederhana besar

 

Cara-cara

 

Persediaan
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 120°C.
  2. Lapik dulang pembakar dengan Silpat atau hamparan pembakar silicon. Jika anda tidak memiliki hamparan tersebut, anda juga boleh menggunakan kertas pacmen.
  3. Asingkan telur putih ke dalam mangkuk jika belum diasingkan lagi.
  4. Masukkan garam dan ekstrak vanilla ke dalam telur putih dan kacau sedikit agar sebati.

Resepi pavlova
Masukkan garam…

Resepi pavlova
Seterusnya, vanila

 

Menyediakan meringue
  1. Masukkan telur putih ke dalam mangkuk adunan.
  2. Dengan pemutar, pukul telur pada kelajuan perlahan selama seminit, kemudian tingkat kelajuan ke sederhana laju. Pukul sehingga telur berbuih sepenuhnya.

Resepi pavlova
Bermula dengan kelajuan perlahan

Resepi pavlova
Pukul sehingga telur berbuih sepenuhnya

Tip penting: kecuali jika anda menggunakan pengadun tangan, kebanyakan pemutar mesin tidak sampai ke dasar mangkuk adunan. Buka dan angkat mangkuk semasa memukul untuk memastikan telur di dasar mangkuk juga berbuih.

  1. Apabila telur sudah berbuih, tetapkan semula pada kelajuan rendah.
  2. Masukkan gula ke dalam adunan telur perlahan-lahan, 1 sudu besar pada satu-satu masa. Biar telur dipukul selama 10-20 saat untuk membenarkan gula larut sedikit sebelum memasukkan sudu gula seterusnya sehingga habis. Pukul sehingga adunan teremulsi. Angkat mangkuk adunan sesekali agar dasar mangkuk dipukul juga supaya adunan dipukul dengan rata.
Resepi pavlova
Masukkan 1 sudu besar gula pada satu-satu masa
  1. Apabila adunan mula memuncak, hentikan pengadun dan kikis bahagian tepi mangkuk.
  2. Tetapkan pengadun pada kelajuan sederhana laju dan lihatlah meringue anda terbentuk. Anda akan terlihat tanda bergaris yang dihasilkan oleh pemutar. Lebih tetap meringue anda, lebih jelas garisan-garisan itu. Pukul adunan sehingga terdapat puncak yang jelas pada adunan.

Resepi pavlova
Puncak-puncak pada adunan anda menandakan meringue anda sudah cukup sempurna

Resepi pavlova
Anda boleh terbalikkan meringue anda dan ia tidak akan tumpah. Jika ya, maksudnya meringue anda tidak siap lagi!

Tip penting: telur lama dan sejuk mempercepatkan lagi proses ini. Jika meringue anda tidak terbentuk, masukkan 2 sudu kecil cuka putih disuling. Apabila adunan hampir tetap, masukkan 3 sudu kecil kanji jagung.

 

Membentuk ‘mangkuk’ pavlova
  1. Pindahkan meringue ke beg paip.
Resepi pavlova
Lapikkan mangkuk dengan beg tersebut dan pindah
  1. Tolak adunan meringue ke satu sudut beg untuk keluarkan poket udara lebihan. Jangan tekan terlalu kuat atau meringue anda akan kempis!
  2. Putar untuk tutup bahagian terbuka beg di atas meringue. Pastikan betul-betul kedap agar anda mendapat tekanan dan aliran meringue yang bagus ketika paip keluar meringue.
  3. Gunting sudut beg paip.
  4. Letakkan cincin pembakar di satu sudut dulang pembakar yang dilapik.
  5. Paipkan meringue ke dalam cincin pembakar dan isi sehingga mencapai 2.5cm tinggi. Cincin pembakar akan membentuk saiz pavlova yang seragam. Anda boleh menggunakan apa-apa saiz yang anda mahu. Kami menggunakan cincin pembakar dengan diameter 8 cm dan ketinggian 4cm (anggaran). Anda boleh menggunakan cincin pembakar yang lebih besar atau kecil, menurut citarasa anda. Kami mencadangkan anda menggunakan saiz yang sedikit kecil untuk menghasilkan saiz hidangan individu yang ideal.

Resepi pavlova
Paip meringue ke dalam cincin pembakar satu per satu

Resepi pavlova
Sempurna!

  1. Anda boleh biarkan meringue anda memuncak tetapi kami mencadangkan anda menggunakan belakang sudu untuk membentuk ‘mangkuk’ pada meringue anda. Cara ini membantu menetapkan krim dan hiasan atas anda. Pastikan dinding mangkuk pavlova anda cukup tebal, kira-kira 1.5 cm sudah memadai dan jangan tekan sehingga ke bawah.
Resepi pavlova
Gunakan belakang sudu untuk membentuk lengkungan
  1. Puas hati? Putar dan keluarkan cincin pembakar. Jika ada meringue yang melekat, tidak mengapa.
  2. Ulang langkah 17 hingga 19 sampailah meringue habis.
  3. Jangan berasa takut untuk betulkan meringue anda dengan sudu jika anda merasakan meringue anda tidak begitu sekata.

Resepi pavlova
Mangkuk pavlova yang sempurna

Resepi pavlova
Cantik!

Nota penting: jika anda sukakan menringue yang mempunyai tekstur seperti marshmallow, jadikan mangkuk pavlova anda lebih tebal.

 

Membakar meringue
  1. Bakar meringue. Bergantung pada saiz, proses ini akan mengambil masa selama sejam atau sehingga permukaan pavlova mengeras. Bahagian luar mestilah pejal apabila disentuh.
  2. Apabila siap dibakar, padamkan ketuhar dan buka pintu ketuhar sedikit. Biarkan meringue di dalam ketuhar selama sejam sebelum menyediakan pavlova anda. Proses ini menyejukkan pavlova perlahan-lahan dan membenarkan pavlova menjadi rangup dan mengering tanpa merekah!

 

Pukul krim
  1. Sementara menunggu meringue dibakar, sediakan krim putar. Oleh sebab meringue agak manis, anda tidak perlu tambahkan gula di dalam krim anda.

Nota penting: Bekukan atau sejukkan mangkuk adunan dan pemukul agar krim anda kekal sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

  1. Masukkan krim putar ke dalam mangkuk adunan dan pukul dengan kelajuan rendah sebelum tingkatkan ke kelajuan tinggi. Bergantung pada kepekatan krim anda, jumlah krim yang diputar, suhu dan sebagainya, proses ini mengambil masa lebih kurang 7 minit. Seperti meringue anda, krim putar anda siap untuk dihidang apabila sudah mengembang dan memuncak.
Resepi pavlova
Sudah siap diputar

 

Masa untuk sediakan pavlova!
  1. Apabila meringue sudah siap, keluarkan daripada ketuhar. Berhati-hati ketika berbuat demikian kerana meringue anda boleh merekah.
Resepi pavlova
Memang cantik!
  1. Sediakan hiasan atas anda.
Resepi pavlova
Buah-buahan sudah siap dipotong
  1. Sudukan krim putar ke dalam setiap mangkuk pavlova. Jangan kedekut tetapi jangan letak terlalu banyak kerana anda tidak mahu krim tumpah.
Resepi pavlova
Sudukan krim ke dalam mangkuk meringue
  1. Akhir sekali, letakkan hiasan atas kegemaran anda. Anda boleh hidang dalam dulang atau secara berinidividu.
Resepi pavlova
Letakkan hiasan atas kegemaran anda

 

Tip tambahan

  1. Tiada beg paip? Gunakan beg kedap udara!
  2. Meringue dan pavlova yang siap dibakar boleh rosak jika berada di persekitaran lembap. Oleh itu, jangan sediakan pencuci mulut ini terlalu awal dan simpan. Menyimpannya di dalam peti sejuk akan membuatkan pavlova menjadi berair. Oleh itu, simpan di dalam bekas kedap udara di kawasan kering dan sejuk.
  3. Anda boleh menyediakan pavlova bersaiz seperti kek menggunakan resepi di atas tetapi jika anda tidak menyediakannya dengan betul, terdapat risiko tinggi intik meringue anda mendap. Kami cadangkan anda mula dengan meringue yang kecil. Tambahan pula, pavlova bersaiz kecil lebih sesuai untuk dihidangkan secara individu.
  4. Untuk menambahkan lagi kemeriahan di meja makan anda, benarkan tetamu anda hias sendiri pavlova mereka dengan krim dan hiasan atas.
  5. Resepi pavlova biasanya mengandungi kandungan gula yang tinggi. Pavlova sememangnya hidangan pencuci mulut yang enak untuk dimakan sekali-sekala tetapi jangan makan sajian manis ini setiap hari!

 

Jadi, bagaimana dengan hasil pavlova anda? Adakah ia menjadi dalam percubaan pertama anda? Tunjukkan hasil dari resepi pavlova anda yang cantik itu dengan meletakkan hashtag #butterkicap pada gambar anda!


 


print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.