Kek Cawan Kopi Cip Coklat: Kelazatan Kopi dan Coklat!

Kek cawan kopi cip coklat
Kek cawan kopi cip coklat – memang sempurna!

Coklat dan kopi merupakan kombinasi yang digemari semua. Rasa manis dan pahit ini membuatkan bunga memekar, bidadari menyanyi dan unikorn menari di atas pelangi – sekurang-kurangnya di lidah anda. Oleh itu, selain daripada golongan perendang pemurni, mocha merupakan minuman yang popular baik di restoran-restoran bercawangan mahupun kafe hipster di seluruh negara dan dunia. Mocha ialah minuman ideal untuk golongan yang tidak sukakan minum kopi begitu sahaja. Mocha juga merupakan satu kombinasi rasa popular dalam menyediakan pencuci mulut juga seperti kek, brownie, biskut dan mousse biasa menggunakan kombinasi perisa kopi serta coklat.

Jika coklat sesuai dengan kopi luar, pastinya ia sesuai digabungkan dengan kopi kampung juga, betul? Lagipun, biji kopi kampung dipanggang dengan gula dan kopi kampung lazimnya digandingkan dengan susu pekat untuk memberikan rasa pahit manis. Kopi juga merupakan satu bahan popular dalam penyediaan kek. Jadi, menggabungkan kopi, coklat dan kek merupakan langkah yang logik. Walau bagaimanapun, menyediakan kek memerlukan sedikit usaha dan sesuatu yang anda tidak boleh sediakan dengan pantas. Di situlah kek cawan memainkan peranan.

Kami tidak pasti siapakah pencipta kek cawan ini tetapi sesiapa yang mencadangkan idea untuk menyediakan kek di dalam cawan menggunakan ketuhar mikro sememangnya sangat bijak. Selepas mengkaji pelbagai resepi kek cawan yang terdapati, kami menyediakan resepi kek cawan kopi cip coklat yang menggabungkan dua profil perisa yang panas, enak dan menyelesakan. Hasil kek cawan kopi cip coklat kami yang lembap, wangi, dan melazatkan menjangkaui jangkaan kami. Kek kami tak sempat menyejuk kerana kami menikmatinya sehingga licin. Oleh sebab resepi ini hanya mengambil masa beberapa minit untuk menukar bahan mentah menjadi makanan yang cukup lazat, resepi ini semestinya sangat bagus di mata kami.

Cubalah sediakan apabila tetamu datang bertandang ataupun untuk anda sendiri! Percayalah, resepi kek cawan kopi cip coklat ini akan mengubah hidup anda.

 

Bahan-bahan

  • 1 sudu kecil serbuk kopi
  • 2 sudu besar susu
  • 2 sudu besar tepung serbaguna
  • 1 ½ sudu besar gula kasar
  • ¼ sudu kecil serbuk penaik
  • 1/8 sudu kecil garam
  • ¾ sudu besar minyak sayuran + ekstra untuk mengris cawan
  • ¼ sudu kecil ekstrak vanila
  • 1 sudu besar cip coklat

 

Cara-cara

  1. Dalam mangkuk atau cawan selamat ketuhar, panaskan susu pada suhu tinggi selama 30 saat.
  2. Masukkan serbuk kopi dan kacau sehingga rata. Ketepikan dan biar kopi meresap ke dalam susu.
Kopi meresap dalam susu
  1. Dalam mangkuk berasingan, masukkan tepung, gula, serbuk penaik dan garam. Gunakan pemukul untuk kacau bahan sehingga sebati.
Bahan kering
  1. Tuang campuran kopi menerusi penapis ke dalam mangkuk berisi bahan kering. Jangan risau jika terdapat sedikit serbuk kopi yang masuk ke dalam mangkuk. Kacau dengan pemukul sehingga sebati.
  2. Seterusnya, masukkan minyak masak dan vanila ke dalam adunan dan kacau rata menggunakan pemukul.
  3. Masukkan beberapa titis minyak ke dalam cawan selamat ketuhar. Anda boleh menggunakan berus atau tisu dapur untuk menyapu minyak di dinding dalaman cawan. Cara lain ialah menggunakan penyembur minyak masakan.
  4. Tuang adunan ke dalam cawan yang digris.
  5. Tabur cip coklat dengan banyak di bahagian atas adunan. Jangan kacau kerana akan membuatkan cip coklat mendap ke bawah.
  6. Bakar di dalam ketuhar pada suhu tinggi selama 1 minit dan 30 saat.
  7. Biar sejuk selama seminit sebelum menghidang.

 

Tip tambahan

  1. Gunakan jenama kopi kampung kegemaran anda untuk resepi ini. Jika kopi anda dalam uncang, rendam 1 uncang di dalam susu dan jangan lupa untuk perah semua cecair dari uncang sebelum tuang kopi susu di dalam bahan kering.
  2. Jangan guna kopi tiga-dalam-satu kerana kopi tersebut mempunyai campuran gula dan krimer yang akan membuatkan ukuran bahan lain tidak seimbang.
  3. Tiada serbuk kopi kampung, cuma serbuk kopi luar? Kami tidak pasti jika pilihan alternatif ini akan berhasil atau tidak tetapi anda boleh mencuba dan beritahu kami. Anda mahu serbuk kopi yang halus untuk hasil terbaik. Merendam biji kopi tidak akan memberikan perisa yang kuat dalam tempoh masa singkat yang digunakan.
  4. Minyak masak yang tidak mempunyai rasa yang kuat paling sesuai digunakan dalam resepi ini seperti minyak biji anggur, jagung atau bunga matahari. Gunakan minyak kelapa, bijan atau zaitun anda untuk resepi lain.
  5. Cip coklat biasa, separa manis atau hitam? Kesemuanya sesuai untuk resepi ini. Pilih cip coklat yang anda paling gemari!
  6. Jika anda sukakan serakan cip coklat yang serata dalam kek cawan kopi cip coklat anda, tuang separuh adunan ke dalam cawan dahulu, kemudian tabur separuh cip coklat. Kemudian, tuang baki adunan dan tabur baki cip coklat di atas.
  7. Kek cawan ketuhar mikro akan mengeras dan menjadi liat dan kenyal apabila sejuk. Pastikan anda makan kek ini sementara masih panas!
  8. Untuk rasa yang lebih kaya, hidang dengan aiskrim vanila atau krim putar atau kedua-duanya sekali!
  9. Anda tidak begitu sukakan kopi tapi lebih sukakan teh tarik? Jangan risau kerana kami ada resepi kek cawan teh tarik cip coklat untuk anda!

 

Jom cuba

Memang sedap, bukan? Ia boleh membuatkan anda ketagih juga. Namun begitu, ingat! Pengambilan kek cawan kopi cip coklat yang berlebihan boleh menyebabkan perut berlapis lemak dan kandungan gula dan tekanan darah yang tinggi. Jika anda pandai mengawal diri, anda akan seronok menikmati kek ini. Jangan lupa untuk kongsi hasil kek cawan kopi cip coklat anda dengan meletakkan hashtag #butterkicap!


 


print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.