Resepi Ringkas Kek Vanila Butter Vanila SugarLou

Satu gigitan kek ringkas ini adalah seperti anda telah didakap oleh rakan erat anda. Resipi yang ringkas ini turut boleh dijadikan sebagai asas untuk membuat kek yang lain. Oleh itu, saya akan membuat kek Victoria sandwich daripada kek vanila butter ini.

 

Bahan-bahan

Resepi ini akan membuat 2 lapisan yang kek berukuran 6 inci.

 

Kek ringkas vanilla butter Sugarlou.

  • 1 ½ cawan tepung naik sendiri
  • 1 cawan gula
  • Secubit garam
  • 2 telur
  • ½ cawan susu
  • 1 sudu besar ekstrak vanila
  • 125 gram butter

 

Kek Victoria Sandwich 

  • Kek Vanila butter Sugarlou
  • ½ cawan jam strawberi (Lebih baik untuk anda buat sendiri atau anda boleh gunakan jam strawberi chia oleh Mangolicious)
  • Krim keju sugarlou.

 

Langkah–langkah

Kek ringkas vanila butter

  1. Panaskan oven sehingga 175 celcius
  2. Sediakan dua bekas kek berukuran 6 inci (sapukan kuali anda dengan mentega dan tepung).
  3. Pukul mentega dan gula sehingga ia menjadi putih dan kembang sehingga dua kali ganda. (Ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya 7 minit)
  4. Masukkan ekstrak vanila dan kemudian masukkan telur satu per satu agar ia sebati dengan mentega.
  5. Tambahkan garam dan gaulkannya.
  6. Tambahkan tepung dan kemudian susu secara bergiliran. Ingat bahawa anda harus mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung. JANGAN GAUL TERLALU LAMA. Campur ramuan tersebut sehingga ia sebati.
  7. Bahagikan ramuan anda kepada 2 bekas kek tadi.
  8. Bakar selama 30 hingga 40 minit. (Tip: Bagi memastikan kek anda sudah masak cucuk lidi dan jika lidi yang dikeluarkan tersebut bersih, maka ia sudah masak)
  9. Sejukkannya dahulu selama 20 minit sebelum memindahkannya keluar dari bekas kek.
  10. Anda boleh terus makan kek tersebut atau anda boleh biarkannya untuk sejuk dan menukarkan kek ini kepada kek Victoria Sandwich

 

Kek Victoria Sandwich

  1. Sapukan jam di atas salah satu kek butter vanilla tersebut.
  2. Kemudian, sapukan krim keju di atas permukaan tersebut dan letakkan kek vanila yang lain di atasnya.
  3. Selepas itu, hiaskan krim keju tersebut di atas permukaan kek vanila tersebut. Jika anda tidak pasti cara membuatnya, lihat video saya dibawah untuk mengetahui cara membuatnya atau sapukan sahaja keju krim tersebut. Ia akan rasa enak juga.

Buatkan ini untuk rakan baik anda, anak anda atau ibu anda. Satu sahaja permintaan saya; anda harus cuba membuatnya dan merasanya!. Jika anda suka akan kek yang cantik, ikuti saya di Instagram saya atau facebook. Jangan lupa untuk kongsi bersama saya dengan hastag #butterkicap jika anda membuatnya.

print
Yasmin Hasan

Guest Baker

Being a former news anchor, student of architecture and self-professed beauty addict, Yasmin Hasan prefers her cakes sky high and pretty as a picture. She first fell in love with cakes due to pregnancy cravings and has never recovered. From baking for her family to now having her own home cake business called SugarLou, named after her daughter who started it all; every cake she creates is made from scratch, with only the best ingredients and always a healthy serving of love.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.