Cutni Boleh Dikitar Semulakah?

Cutni selalunya dianggap sebagai hidangan sampingan yang hanya dimakan untuk melengkapkan perisa-perisa yang serba kekurangan dalam sesuatu hidangan, baik rasa masam, manis, masin dan pedas. Lazimnya, cutni disediakan bersama-sama kebanyakan masakan kaum India seperti nasi daun pisang, naan, paratha dan sebagainya.

 

Kredit: epicurious.com

Namun begitu, cutni yang disediakan pada kuantiti yang banyak hanya dicubit sedikit atau tidak disentuh langsung apabila dihidangkan kerana kebanyakan rakyat Malaysia, khususnya yang bukan berbangsa India, tidak begitu mengetahui cara atau kegunaan cutni ini dalam makanan yang dimakan oleh mereka. Selain itu, rasa cutni yang sedikit unik dan menggabungkan rasa pedas, masam dan manis, tidak begitu disukai. Daripada membiarkan cutni yang anda makan dibazir begitu sahaja, apa kata anda belajar untuk gunakan cutni dalam hidangan-hidangan lain, baik sebagai snek, sapuan, atau dalam masakan hidangan berat supaya anda mengetahui betapa kosongnya makanan tanpa cutni ini. Bak kata pepatah Melayu, tak kenal maka tak cinta!

 

1. Jem/Sapuan Lepa

Kredit: spices galore

Cutni sebagai sapuan? Sedapkah? 

Ya dan jauh lebih enak berbanding sapuan jem, mentega mahupun mayonis. Rasa cutni yang unik membuatkan sandwic ataupun roti yang disapu dengan sedikit sapuan istimewa ini yang mempunyai perisa yang unik dan memberikan perspektif baru serta pengalaman menarik kepada anda untuk makan sandwic yang anda sediakan untuk sarapan, makan tengah hari mahupun sebagai snek.

 

2. Perapan

Kredit: saltysweetlifedotcom

Perapan menggunakan cutni bukan sahaja mengelakkan pembaziran malah menjadikan makanan anda lebih enak, berperisa dan berlainan berbanding hari-hari anda sediakan hidangan tersebut sebelum ini! Cutni mempunyai rasa yang kuat dan kaya dengan perisa. Makanan yang diperap dengan hidangan ini, khususnya daging, akan lebih empuk dan berair (berjus) apabila dimasak. Tak percaya? Cubalah petang nanti.

 

3. Sos Pencicah

Kredit: The Partial Ingredients

Cutni sememangnya dibuat sebagai pencicah untuk snek-snek India seperti samosa dan bhurji sebagai penyeimbang rasa pedas inti snek tersebut. Namun begitu, anda boleh asimilasikan penggunaan cutni sebagai sos pencicah bagi snek-snek Malaysia seperti popia, pau savouri dan cucur yang disediakan sebagai hidangan minum petang atau ketika tetamu berkunjung ke rumah. Pastinya, rasa cutni yang menyegarkan akan membuatkan anda bertambah selera untuk makan snek-snek tersebut.

 

4. Kuih Savouri

Kredit: thestingyvegan.com

Kuih-kuih di Malaysia yang bersifat savouri sangatlah sedikit dan kini, ramai yang mahukan perisa kuih-kuih savouri Malaysia seperti karipap dan cucur badak yang berlainan dan eksotik kerana masyarakat Malaysia kini lebih berani dan ingin mencuba hidangan-hidangan baru yang kreatif. Anda boleh mengejutkan tetamu-tetamu anda dengan citarasa unik dalam karipap ayam anda dengan sedikit rasa masam mangga atau rasa tomato yang mencuka. Pasti membuatkan mereka asyik bercakap dan minta anda buat lagi!

 

5.  Bes Kuah

Kredit: cooksrecipecollection.com

Selain daripada cara-cara masakan di atas, anda juga boleh gunakan hidangan sampingan ini dalam penyediaan sos anda, baik dalam masakan Melayu, Cina, India mahupun Barat. Anda mungkin berasa pelik dengan cadangan ini tapi pernahkah anda mengalami masalah tidak cukup rasa dalam masakan anda dan masalahnya, anda tidak tahu apa yang tidak kena? Masukkan sesudu sahaja dan hidangan anda akan bertukar daripada serba kekurangan menjadi serba lengkap.

 

Itulah antara beberapa cara anda untuk mengitar semula hidangan sampingan ini supaya dapat menjadikan masakan anda lebih enak, unik dan menarik supaya pengalaman makan anda lebih menyeronokkan! Jika anda setuju dengan cadangan-cadangan saya dan anda sukakannya, sila komen dan ceritakan pengalaman anda dengan Butterkicap!

print
Azrene Jasmine

A true blue Penangite, Azrene Jasmine favourite thing to do is, well, eating. Though currently in a love/hate relationship with the weighing scale, she truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.