12 Jenis Telur Yang Perlu Anda Ketahui

Ada banyak sebenarnya jenis telur yang boleh dimasak kepada pelbagai rasa. Tahukah anda bahawa telur merupakan antara sumber protin yang murah selain daripada daging? Ya, telur merupakan salah satu bahan protin yang bukan sahaja murah tetapi berkualiti tinggi.

Telur terbahagi kepada putih telur dan juga kuning telur. Kedua-dua bahagian ini mempunyai manfaat kesihatan yang baik untuk tumbesaran manusia. Khasiat yang terdapat pada bahagian telur ialah

Putih Telur: Protin telur lebih banyak ditemui pada bahagian putih telur dengan Vitamin B2 dan ianya juga kaya dengan selenium, Vitamin D, B6 dan mineral seperti zink dan besi.

Kuning Telur: Kuning telur merupakan sumber kolestrol, vitamin larut lemak A, D, E, K dan lesitin yang merupkan pengemulsian untuk resipi mayonis.

Sesetengah jenama dan jenis telur pada masa kini turut mengandungi asid lemak omega-3 yang boleh mengekalkan paras kolestrol yang sihat. Selain daripada mengawal kadar kolestrol, telur omega-3 juga mengalakkan kesihatan jantung dan menyumbang kepada perkembangan otak, fungsi sistem saraf dan kesihatan mata.

Kami di Butterkicap sedari bertapa pentingnya sebiji telur kepada kehidupan seharian kita dan ingin menyenaraikan jenis-jenis makanan berasaskan telur yang perlu anda tahu. Telitilah senarai jenis telur ini dan agar ianya boleh membantu anda mengenali makanan berasaskan telur yang terdapat di Malaysia.

 

1. Telur Mata/Telur Mata lembu/Telur Mata Kerbau.

Kami tahu bahawa anda mesti tahu apa itu telur mata (Kalau tak tahu itu, tsk tsk tsk). Telur mata antara masakan telur yang paling senang dan boleh dimakan dengan apa-apa sahaja. Nasi goreng lah, mee goreng lah, Maggi goreng lah dan macam-macam lagi.

Amatlah pelik jika anda tidak pernah mendengarnya (Kalau yang tidak makan telur itu, ketahuilah bertapa ruginya anda). Telur mata atau telur mata lembu (biasanya orang Johor cakap sebegini) merupakan asas kepada segala telur, jika anda tidak boleh membuat telur lembu janganlah harap anda boleh kahwin (eh wah).

 

2. Telur Hancur Masak Kicap

Kredit: raihannavanilla.blogspot.my

Telur hancur masak kicap merupakan salah satu juadah yang sudah semestinya membawa kembali nostalgia lama. Teringat kepada ibu anda yang walaupun penat pulang dari kerja tetap boleh masak telur hancur masak kicap untuk anda. Telur hancur masak kicap kepada kami merupakan satu juadah yang amatlah ringkas dan semua rakyat Malaysua harus tahu cara membuatnya.

Sedap dimakan dengan roti atau begitu sahaja tetapi pada kami telur hancur masak kicap amatlah enak dimakan dengan nasi panas yang baharu keluar daripada periuk nasi. Ingatlah bahawa walaupun cara membuatnya ringkas, anda perlu tahu cara membuatnya dengan betul agar ianya tidak hanyir.

 

3. Telur Dadar

Kredit: resepbunda.platechno.com

Telur Dadar atau Omelette dalam Bahasa Inggeris merupakan salah satu cara masakan telur yang kami pasti ramai yang gemarinya. Telur dadar merupakan salah satu jenis masakan telur yang enak dimakan dan boleh dikongsi dengan ramai orang.

Telur dadar seperti biasa enak dimakan dengan nasi dan kepada mereka yang pernah memesan nasi bujang mesti tahu telur dadar sering kali menjadi sebahagian daripada nasi bujang selain daripada nasi putih, kuah sup kosong dan sambal belancan.

kami di butterkicap turut ingin berkongsi satu tip cara mendapatkan telur dadar yang kembang. Semasa anda memukul telur anda untuk membuat telur dadar, tambahkan sedikit susu bagi membuatnya gebu dan lebih enak.

 

4. Telur Bistik

Kredit: nonie2you.blogspot.my

Seterusnya ialah telur bistik. Kami pasti anda pernah perasan telur bistik ini pada menu makanan terutamanya makanan ala-thai kerana telur ini merupakan salah satu telur yang agak unik serta popular antara rakyat Malaysia.

Keunikan telur bistik ini ialah ianya seperti gabungan antara telur dadar dengan telur bungkus. Daging atau seafood yang dimasak masam manis akan diletakkan diatas telur dadar tersebut. Kuahnya yang banyak akan meresap dalam telur dadar tersebut dan menjadikan ianya sebagai satu juadah yang lengkap.

 

5. Telur Bungkus

Kredit: pinterest.com

Telur bungkus merupakan salah satu jenis makanan yang anda boleh buat dengan telur. Telur bungkus mempunyai bahan yang hampir sama dengan telur bistik tetapi yang membezakan antara telur bungkus dengan telur bistik ialah cara ianya dipersembahkan.

Bahan-bahan seperti daging ataupun seafood akan dibungkus dalam selaput telur dan ianya sedap dimakan dengan nasi putih. Salah satu cara untuk mengetahui atau mengetahui jikalau telur bungkus itu sedap ataupun tidak ialah dengan menilai bahagian telur telur serta baunya.

Jikalau kulit telur bungkus tersebut tidak hangus dan tidak berbau hangit, maka telur bungkus itu sedap dimakan.

 

6. Telur Ceplok Sambal

Kredit: ayo-masak123.blogspot.my

Telur ceplok merupakan salah satu kegemaran kami. Telur ceplok kepada yang tidak mengetahuinya ialah telur mata dimana bahagian kuning telurnya masih lagi mentah dan dimasak dengan sambal.

Kepada mereka yang meminati sesuatu yang pedas, telur ceplok sambal merupakan hidangan telur untuk anda. Kesimbangan yang terdapat pada telur ini sangat unik kerana anda mendapat kehangatan daripada sambal dan kuning telur tersebut akan mengawal tahap kepadasan hidangan ini.

Mereka yang sukakan rasa pedas, cubalah telur ceplok sambal.

 

7. Telur Masin

Kredit: telurasinmasir.wordpress.com

Telur masin ini merupakan salah satu jenis telur yang agak unik dari cara membuatnya hingga ke rasanya. Seperti yang kita tahu telur biasanya agak berlemak dan siapa sangka rasa masin ini menjadi ranjutan ramai.

Telur masin ini biasanya dimakan dengan bubur bagi memberikan perisa masin dan lemak. Telur masin boleh dibuat dengan menggunakan telur ayam namun begitu amatlah digalakan membuat telur masin dengan menggunakan telur itik kerana rasanya lebih enak.

 

8. Telur Setengah Masak

Kredit: bicikut.blogspot.my

Cara masak menggunakan telur yang seterusnya ialah dengan cara setengah masak. Selalunya cara masakan sebegini boleh didapati di kedia kopitiam. Cara telur ini dimasak ialah seperti yang telah namanya iaitu dengan merebus telur selama 5-10 minit.

Telur ini biasanya dimakan dengan meletakkan kicap manis dan lada sulah untuk memberikan satu rasa yang enak. Telur setengah masak enak dimakan pada waktu pagi kerana ianya memberikan tenaga yang berpanjangan untuk seharian.

 

9. Telur Pindang

Kredit: catatanbelajarmasak.blogspot.m

Kami pasti anda mesti pernah melihat telur pindang. Telur pindang merupakan salah satu syarat bagi majlis perkahwinan melayu tradisional dan ianya sangat terkenal di Johor.

Cara merebus telur pindang berlainan dengan telur rebus biasa kerana ianya menggunakan daun seperti daun jambu batu, daun pokok senduduk, daun serai, daun lengkuas, daun pandan, daun salam dan lain-lain lagi.

Telur pindang mempunyai bau yang agak aneh tetapi sedap dimakan dengan begitu sahaja. Kami turut mencadangkan anda makan dengan kicap atau begitu sahaja.

 

10. Telur Rebus

Salah satu jenis telur yang paling kerap dimakan, cara masakan telur rebus juga merupakan salah satu yang paling ringkas. Hanya masukkan sebiji telur dalam air panas yang mendidih dan jadilah telur rebus anda.

Telur rebus biasanya dimakan dengan nasi lemak dan juga mee rebus. Ada juga yang menghancurkan telur rebus dan membuat sandwic. Mereka yang ingin berkelah atau pergi berkhemah itu, mungkin anda boleh bawa sandwich?

 

11. Telur Goyang

Kredit: foodformybelly.blogspot.my

Telur goyang ini pula seperti poached egg bagi mereka yang inginkan satu visual. Telur goyang yang dimasak sama seperti poached egg akan mengekalkan lemak kuing telur apabila anda memotong kuning telur tersebut.

Sedap dimakan dengan roti canai dan dibanjiri dengan kuah dal, kami jamin anda mesti akan rasa puas hati sangat dengan kelemakan kuning telur yang dicampuri dengan kepedasan dan kemanisan kuah kari atau dal.

 

12. Telur Herba

Kredit: kelanamusafir1973.blogspot.my

Telur herba merupakan jenis telur terakhir yang ingin kami ketengahkan. Telur herba ini biasanya didapti dikedai ubatan cina. Walaupun aroma telur ini tidak menyenangkan namun begitu rasa dan kesihatan yang terdapat pada telur rebusan herba ini pasti membuatkan anda melupakan baunya.

Telur herba ini kaya dengan Vitamin B  dan Vitamin A serta ianya randah dalam kandungan lemak tepu. Mereka yang mahu mencubanya kami cadangkan agar anda bersedia dengan rasa serta baunya dengan telur herba ini bukan untuk semua. Ianya hanya untuk mereka yang berani mencuba.

 

Maka itulah merupakan 12 jenis masakan yang anda boleh buat dengan telur. Tujuan artikel ini bukanlah untuk menunjukkan cara pembuat tetapi lebih kepada memperkenalkan jenis makanan telur yang terdapat di Malaysia.

Adakah terdapat jenis telur yang kami tidak meletakkan dalam senarai ini yang anda tahu? Jika begitu , bagitahulah kami dan mungkin kami boleh mencubanya pula.

print
Y. Helmy

Yusof Helmy is a lover of all things rainbow; be it from rainbow cupcakes to rainbow bagels. He believes that in order to enjoy and love food, one must throw the weighting scale in the trash and eat those who say that you are on the fluffier side ( He practise cannibalism sometimes ). He is on the journey of finding his joie de vivre.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.