Kuah: Satu Resepi Anda Perlukan untuk Sediakan Kuah Sempurna

kuah
Kuah – kesempurnaan yang menyelerakan

Kuah paling sesuai diterangkan sebagai sos keemasan yang dituang dengan banyaknya di atas kambing panggang, ayam belanda panggang, ayam panggang dan pelbagai sajian panggang lagi. Sos yang pekat dan berlemak, ia mungkin tidak baik sangat untuk kesihatan anda. Oleh sebab sajian panggang lazimnya dianggap sebagai hidangan yang agak sihat, kuah membantu memberikan keseimbangan pada hidangan tersebut. Tambahan pula, kita sebagai rakyat Malaysia sangat sukakan hidangan berkuah. Kuah dan sajian panggang sememangnya gabungan yang tidak dapat dipisahkan. Di mana ada daging panggang, di situlah kuahnya.

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa anda perlu menyediakan sajian panggang terlebih dahulu untuk menyediakan kuah. Apabila jus daging panggang sudah diperoleh, semuanya menjadi mudah dan cepat untuk disediakan. Anda hanya perlu cincangkan bawang putih, bawang merah, dan herba sehalus yang boleh. Oleh sebab kuah mudah untuk disediakan, tiada alasan untuk anda tidak hidangkannya bersama sajian panggang anda.

Oh, ya! Jangan lupa untuk sediakan sudu sekali. Resipi Butterkicap ini terlalu sedap hingga anda mahu menghirupnya seperti sup.

 

Bahan-bahan

  • Jus panggang (daripada daging panggang)
  • 17g bawang putih, dicincang halus
  • 50g bawang merah, dicincang halus
  • 1 sudu kecil daun taim (kira-kira 3 tangkai), dicincang halus
  • 45g mentega
  • 90g tepung
  • 750ml stok ayam
  • 3 sudu kecil cuka balsam
  • 45g krim

 

Opsyenal
  • 1 sudu kecil daun rosemary, dicincang halus
  • ½ sudu kecil caramel masakan
  • Secubit garam

 

Penyediaan

  1. Sediakan bahan-bahan dengan mencincang halus bawang putih, bawang merah, daun taim dan daun rosemary (jika digunakan).
  2. Jika jus panggang anda mempunyai minyak yang banyak, buang sedikit minyak tersebut. Pastikan cukup untuk menutup bahagian gelap jus panggang.

 

Menyediakan kuah
  1. Tuang jus panggang ke dalam periuk bersaiz sederhana dan letakkan di atas api sederhana panas.
Tuang jus panggang ke dalam periuk
  1. Masukkan mentega dan biar cair sepenuhnya.
Masukkan mentega
  1. Apabila cecair mula menggelagak, masukkan bawang putih dan kacau. Kemudian masukkan bawang kecil. Kacau sekali lagi dan biar mengelegak selama 1 minit. Anda tidak mahu bawang putih atau kecil menjadi hangit. Tunggu sehingga bawang menjadi sedikit lembut.
  2. Masukkan daun taim dan rosemary. Kacau rata selama 1 minit.
Masukkan taim dan rosemary yang dicincang
  1. Masukkan tepung. Gunakan pemukul untuk kacau rata sehingga roux terbentuk. Proses ini mengambil masa kira-kira 3 minit.
Masukkan tepung
Terus mengacau dengan pemukul sehingga roux berketul tetapi tidak kering terbentuk
  1. Masukkan stok ayam dan terus mengacau dengan pemukul sehingga sekata dan halus, kira-kira 3 hingga 4 minit jika anda kacau dengan laju. Terus mengacau jika terdapat ketulan dalam sos anda. Anda perlu pastikan sos tersebut menjadi sehalus yang mungkin.
Pukul… pukul dengan laju
Sudah menjadi
  1. Masukkan cuka balsam untuk warna dan sedikit kemasaman. Kacau (atau perlahan-lahan pukul) kira-kira 1 minit.
  2. Seterusnya, masukkan krim dan kacau selama 1 atau 2 minit lagi.
Sedikit krim sudah mencukupi
  1. Jika anda sukakan kuah anda untuk menjadi lebih gelap lagi, masukkan sedikit karamel masakan pada peringkat ini. Kacau rata. Jangan letak terlalu banyak kerana rasa kuah anda akan lari.
Sedikit karamel masakan untuk warna

 

Menghidang
  1. Sebelum menghidang, tapis kuah yang sudah masak untuk keluarkan ketulan.
Tapis kuah untuk keluarkan ketulan
  1. Hidang dalam mangkuk jongkang atau mangkuk biasa dengan secubit garam ditabur di atas sebelum menghidang.

 

Tip tambahan

  1. Anda boleh gunakan apa-apa jus panggang untuk resipi ini termasuklah kambing panggang, ayam belanda panggang, ayam panggang dan daging panggang.
  2. Guna daun rosemary jika anda menyediakan kuah dengan jus kambing kerana rosemary dan kambing merupakan gabungan yang hebat.
  3. Terdapat resipi kuah yang tidak memerlukan jus panggang yang boleh didapati di luar sana. Jika anda ada resipi yang bagus, kongsilah dengan kami!
  4. Oleh sebab resipi kuah ini mengandungi krim, kuah ini tidak dapat disejuk beku kerana mungkin akan pecah selepas dipanaskan semula. Kuah ini boleh disimpan dalam peti sejuk selama beberapa hari. Tetapi, lebih baik anda habiskannya sekaligus!

 

Apakah sajian panggang yang anda nikmati bersama kuah ini? Adakah anda tuang kesemuanya sekali? Selain sajian panggang, kuah juga sesuai dimakan dengan kentang putar. Memang sehingga menjilat jari! Tunjukkanlah sajian panggang anda dengan meletakkan hastag  #butterkicap pada gambar anda!

 


 

Artikel lain:

Resipi Kambing Panggang – Sajian Klasik Krismas & Acara Istimewa

A Dude’s Guide to Succulent Roast Chicken and Veggies

Kentang Putar Trufel – Lemak Berkrim & Penuh Berperisa

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.