Hidangan Mee Tarik Warisan Asli Yang Membuka Selera!

Credit: Fb: Mee Tarik Warisan Asli

Hidangan kegemaran ramai masyarakat Malaysia selain daripada nasi ialah mee. Mee di Malaysia boleh didapati di dalam pelbagai jenis sebagai contoh mee kuning, mee hong kong, dan kuetiau. Mee kuning ialah salah satu jenis mee yang boleh dihidangkan dalam resepi-resepi yang menyelerakan bersama bahan bahan yang berlainan seperti mee goreng mamak atau mee yang dimasak bersama sup yang pada asalnya diperbuat daripada doh yang tidak beragi dan dibentuk menjadi jaluran nipis lalu dimasak dalam air yang mendidih. Sementara itu, mee tepung nipis pula digunakan untuk menyediakan hidangan cili pan mee.

Credit: Fb: Mee Tarik Warisan Asli

Restoran Mee Tarik Warisan Asli ialah salah satu tempat makan yang semakin melonjak naik dan telah membuka cawangan di lokasi-lokasi tarikan ramai di dalam Malaysia. Bahan yang menjadi perhatian dan popular dalam masakan Restoran Mee Tarik Warisan Asli ini ialah hidangan mee mereka yang dibuat sendiri menggunakan tenaga manusia. Hidangan mee tarik ini pada asalnya diperbuat daripada doh yang diuli menggunakan tangan dan dibentuk seperti jaluran panjang menggunakan jari mengikut cara-cara tertentu supaya mee yang dibuat mempunyai ciri ciri bahan asli dan mencapai tahap rasa yang lebih sedap berbanding mee yang diperbuat daripada mesin.

Credit: Fb: Mee Tarik Warisan Asli

Terdapat pelbagai jenis makanan di dalam menu restoran ini yang menggunakan mee tarik sebagai bahan utama seperti dalam hidangan mee sup bersama telur, mee sup yang dihidangkan bersama daging dan sup kambing bersama daging. Kekuatan masakannya terletak kepada bahan utama mereka iaitu mee tarik dan bahan tambahan lain yang pastinya membuka selera. Selain itu, ruang makan yang disediakan di restoran ini juga amat selesa dan sesuai untuk keluarga atau rakan-rakan.

Credit: Fb: Mee Tarik Warisan Asli

Restoran yang semakin mendapat perhatian ramai ini juga sudah membuka beberapa cawangan baru dan sedia ada disekitar Malaysia seperti di Ipoh, Johor, Kedah, Kelantan, Kuantan dan Melaka. Kepada sesiapa yang mahu mencuba masakan di Restoran Mee Tarik Warisan Asli boleh terus ke cawangan berhampiran anda!

A: 51A, Jalan Tasik Utama 3, Kuala Lumpur
W: Meetarik 
FB: Mee Tarik Warisan Asli
T: 03-9055 4557

 

Artikel Lain:

Mi Goreng Mamak: Mi Goreng untuk Ketenangan Jiwa, atau pada Bila-bila Masa Sahaja

Kaki Bihun? Cubalah Resepi Mee Siam Singapore Ini!

Savory Pan Mee Recipe: She-Ra of Comfort Food

print
Ili Sakinah

Ili Sakinah loves to lepak at mamak and definitely go with teh anytime, anywhere!

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.