Resipi Popia Sayur dan 7 Bahan Dapur Boleh Meredakan Gout

Popia Sayur a-la Vietnam

Gout ialah keadaan yang menyebabkan radang pada sendi. Orang yang mengalami gout mengalami serangan sakit, bengkak dan keradangan di sendi mereka secara tiba-tiba. Nasib baik, gout dapat dikawal dengan ubat-ubatan, diet dan perubahan gaya hidup.

Pada suatu ketika dulu, penyakit gout dikatakan sebagai penyakit ‘orang kaya’ kerana hanya golongan bangsawan sahaja yang berkemampuan untuk membeli daging, ayam dan ikan manakala kebanyakan rakyat biasa mengamalkan diet yang kaya dengan sayur-sayuran. Tambahan pula, golongan bangsawan ini juga tidak melakukan aktiviti fizikal dengan kerap. Akibatnya, terdapat lebihan asid urik yang terkumpul di kawasan sendi, biasanya sendi di kaki dan menyebabkan bengkak dan menyekat aliran darah.

Apa itu Asid Urik?

Asid urik merupakan kumuhan yang terhasil daripada protein purin. Protein purin ini diperoleh melalui pengambilan makanan berlemak seperti organ dalaman haiwan, daging merah, sesetengah ikan seperti salmon dan juga makanan laut lain seperti kerang, udang karang dan ketam. Protein purin ini merupakan sumber tenaga yang bagus tetapi perlu diambil dalam kuantiti yang sederhana.

Apabila tubuh badan memetabolisme purin, bahan kumuh yang dihasilkan ialah asid urik. Jika kadar asid urik adalah normal, lazimnya, asid urik meresap ke dalam darah dan disalurkan ke hati sebelum keluar dalam air kencing. Jadi, bilakah gout berlaku? Apabila asid ini terlalu banyak di dalam badan (hiperurisemia), iaitu melebihi bacaan 420 μmol/L (7.0 mg/dL), ia akan terkumpul di kawasan sendi seperti ibu jari, belakang kaki, buku lali, lutut dan beberapa kawasan sendi lain.

Makan Banyak Sayuran untuk Melegakan atau Mencegah Gout

Gout dapat dikawal dengan ubat, perubahan gaya hidup dan mengelakkan makanan dengan kadar purin yang tinggi. Satu pengecualian ialah sayur-sayuran. Penyelidikan menunjukkan bahawa sayur-sayuran bernanah tinggi tidak mencetuskan serangan gout. Diet mesra gout termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, kacang-kacangan, biji-bijian, produk tenusu dan telur.

Sekiranya anda mencari resipi mesra gout untuk dimasak, terdapat banyak resipi vegetarian untuk dicuba. Sementara itu, berikut adalah resipi popia sayur ala Vietnam. Bukan sahaja sihat dan menyelerakan, resepi popia ini juga cukup mudah dan cepat untuk disediakan.

Bahan-Bahan:

Butterkicap Vegetarian Spring Rolls Popia Sayur Vietnam

a) Sos Cicahan Kacang

  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu besar bawang, dihiris kasar
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 4 sudu besar mentega kacang
  • 1 cawan air

b) Popia

  • 9 helai daun kobis, dicuci
  • 9 keping kulit popia Vietnam (rice paper)
  • 1/2 biji timun, dipotong 4-inci panjang
  • 1 biji lobak merah kecil, dipotong 4 inci panjang
  • 1/4 biji lada benggala merah, kuning dan hijau, dihiris nipis
  • 1/2 cawan daun ketumbar
  • 1/2 cawan daun selasih
  • 1/4 bungkusan suun, dicelur
  • 2 biji telur, digoreng, digulung dan dihiris nipis
  • 1/2 cawan biji bijan, digoreng hingga sedikit keperangan

Cara-Cara:

a) Sos Cicahan Kacang

  • Dalam kuali, panaskan minyak dan masukkan bawang yang dihiris kasar. Goreng hingga bawang menjadi lembut dan sedikit keperangan.
  • Masukkan air, kicap cair dan mentega kacang. Kacau rata.
  • Biar sos mereneh dan memekat sebelum anda padamkan api.

b) Popia

  • Dalam piring besar, tuang sedikit air suam. Rendam kulit popia hingga semua permukaan basah dan alihkan ke papan pemotong.
  • Letakkan 1 helai daun kobis di tengah-tengah kulit popia, diikuti sedikit suun, 3 hirisan timun, 3 hirisan lobak merah, campuran hirisan lada benggala, sedikit daun ketumbar dan sedikit daun selasih.
Butterkicap Vegetarian Vietnamese Spring Roll Popia sayur Vietnam
  • Letakkan telur yang dihiris nipis dan tabur sedikit biji bijan.
Butterkicap Vietnamese Spring Roll Popia sayur Vegetarian
  • Lipat kulit popia hingga cukup-cukup menutupi segala isi popia tadi.
Butterkicap Vietnamese Spring Roll Vegetarian Folding Rice Paper
  • Lipat di kedua-dua sisi kulit popia dan gulung ke hadapan.
Butterkicap Popia sayur Vietnam Spring Roll Fold
  • Ulang langkah 1-3 hingga semua bahan habis digunakan.

Penawar di dalam Rumah!

Sekiranya anda mencari ramuan mudah, anda tidak perlu mencari lebih jauh daripada beberapa bahan yang anda boleh dapati di dapur anda sendiri. Berikut adalah beberapa rawatan di rumah untuk meredakan simptom-simptom gout. Sebagai langkah berjaga-jaga, tanya doktor anda dulu sebelum mencuba rawatan berikut sekiranya anda mempunyai keadaan lain seperti tekanan darah tinggi.

1. Cuka Epal

Butterkicap Apple cider Vinegar Cuka Epal

Cuka epal bukan saja boleh meredakan simptom-simptom awal gout malah bilah menghilangkan sakit kepala dan sakit kerana artritis. Anda hanya perlu mencampurkan satu sudu teh cuka epal bersama sedikit madu dalam segelas air. Petua ini dapat membantu melegakan kesakitan akut. Fungsi cuka epal ini adalah meneutralkan asid urik dalam badan.

2. Timun

Butterkicap cucumber timun gout

Jus timun mempunyai kelebihan untuk mengurangkan asid urik dalam badan. Terdapat kajian yang telah membuktikan bahawa timun dapat meredakan suhu badan yang panas dan mampu meredakan kesakitan pada sendi-sendi akibat serangan gout. Untuk jadikan timun sebagai bahan pelega gout, hiris timun nipis-nipis dan lekapkan pada kawasan yang terkena gout. Biarkan selama 15 minit sebelum membilas kawasan tersebut dengan air suam.

3. Halia

Butterkicap Halia ginger gout

Tahukah anda, sifat anti-radang halia mampu melegakan kesakitan dan keradangan yang berlaku di badan anda. Sama ada menjadikan halia sebagai bahan masakan atau ramuan ubat sapuan, kepanasan halia dapat membantu melegaka kesakitan yang dihadapi akibat serangan gout. Satu petua yang anda boleh pratikkan adalah dengan mencampurkan halia bersama serbuk halba dan kunyit dengan air suam. Amalkan minuman ini dua kali sehari secara konsisten untuk mendapatkan kesan yang positif dan baik.

Selain itu, anda juga boleh menambahkan halia dalam minuman atau air panas untuk membuang toksin dan angin dalam badan. Ambil minuman ini sekurangnya sekali sehari. Jika anda mahu kelegaan pantas, campurkan pes halia dengan sedikit air lalu sapu di kawasan yang sakit. Biarkan selama setengah jam sebelum membilas.

4. Jus Lemon

Butterkicap Lemon 7 Ramuan Bersih Dapur

Jus lemon berupaya meneutralkan asid urik yang tidak diperlukan dalam badan. Anda hanya perlu mencampurkan jus daripada 1 biji lemon bersama setengah sudu teh serbuk penaik. Tunggu selama beberapa saat hingga bunyi berdesis hilang sebelum tuang sedikit air. Kacau dan minum.

5. Serbuk Penaik

Butterkicap Flour Baking Powder Soda serbuk penaik

Serbuk penaik dikatakan sebagai bahan paling berkesan untuk menghilangkan tanda-tanda awal gout. Anda hanya perlu mencampurkan satu sengah sudu teh serbuk penaik dengan segelas air. Amalkan petua ini empat kali hari selama 2 minggu secara konsisten setelah anda menyedari bahawa anda mengalami tanda-tanda awal gout. Jika anda berusia 60 tahun dan ke atas, anda disarankan untuk mengamalkan petua ini hanya sebanyak 2 kali sehari. Penghidap darah tinggi tidak disarankan untuk mengamalkan petua ini.

6. Pisang

Butterkicap Banana Pisang

Jika anda penggemar buah pisang, anda boleh berasa gembira dan lega kerana pisang merupakan antaran buah-buahan terbaik untuk melegakan gout. Kandungan kalsium pisang yang tinggi mampu menukarkan kristal asid ke bentuk cecair yang boleh keluar dari badan melalui sistem perkumuhan. Kandungan vitamin C dalam pisang dapat mengurangkan kesan bengkak dan kesakitan di kawasan yang terjejas. Makan 1 biji pisang bersama sedikit yogurt untuk melancarkan proses rembesan asid dalam badan.

7. Daun Saderi

Butterkicap Celery Daun Saderi

Untuk melegakan sakit gout, amalkan jus daun saderi dalam diet anda. Saderi diperkaya dengan anti-oksida dan polisakarida tinggi yang mampu meredakan kesakitan dan keradangan akibat gout.

Jaga Pemakanan Anda

Dengan semua bahan yang disenaraikan di atas, anda boleh melakukan rawatan gout anda sendiri di rumah tanpa mengeluarkan kos yang tinggi. Namun begitu, anda disarankan untuk mendapatkan juga nasihat doktor dahulu sebelum memulakan amalan petua-petua ini untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan daripada berlaku.

Walau apapun, perkara paling penting sekali yang anda perlu lakukan untuk mencegah gout atau meredakan simptom gout yang dihadapi, anda perlu menjaga pemakanan anda, khususnya dalam mengehadkan pengambilan makana tinggi purina, terutamanya ketika kita semakin berusia. Untuk lebih banyak petua berkaitan kesihatan, muat turun Pulse by Prudential.

Apapun jaga pemakanan dan kesihatan anda sementara masih awal lagi.

print
Butterkicap Team
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Access Token is invalid, please get it again