Resepi Nasi Ulam Bunga Kobis Keto

Nasi ialah makanan ruji bagi kebanyakan penduduk di negara Asia, khususnya rakyat Malaysia. Oleh itu, memang tidak menghairankan apabila kebanyakan rakyat Malaysia yang ingin berdiet mencari diet yang tidak mewajibkan mereka untuk berhenti makan nasi.

Tapi, adakah cara nak berdiet dengan nasi?

 

Nasi Ulam Kobis Bunga?

Otak manusia senang sahaja nak dimanipulasi. Semuanya bergantung pada mainan visual. Oleh itu, anda perlu menajdi sedikit kreatif. Dalam berdiet, anda hanya perlu menggantikan nasi dengan bahan-bahan yang lebih sihat tetapi kekalkan dalam bentuk nasi. Percayalah, orang yang paling sukar nak tinggalkan nasi pun dapat berdiet dengan cara ini.

Puan Roslina Manaf, figura diet ketogenik tempatan, berkongsi resipi nasi diet keto yang bukan sahaja lazat malah mudah untuk disediakan. Perkara yang membuatkan resipi ini berbeza daripada resipi diet lain ialah nasi diganti dengan kobis bunga.

Untuk menjadikan hidangan ini lebih sihat, masukkan pelbagai jenis ulam seperti bunga kantan, daun selom, daun selasih, kacang botor dan bermacam lagi ulam yang anda suka dalam nasi yang anda sedang goreng. Mudah dan senang sahaja untuk disediakan. Bahagian yang sukar adalah mencari ulam!

 

Mari Memasak

Anda pasti berasa sangat teruja untuk mencuba resipi ini. Resipi ini dapat menyediakan tiga hidangan. Jika anda mempunyai rakan-rakan yang ingin berdiet, anda boleh memperkenalkan resipi ini untuk menguatkan lagi keazaman mereka untuk berdiet.

Apa anda tunggu lagi? Jom ke dapur dan masak!

Nilai Nutrisi:

144 kcal
9g  lemak
44g karbohidrat bersih
05g serat
113g protein

 

Bahan-Bahan

  • 1/2 helai daun kunyit
  • 1 helai daun limau purut
  • 2 helai daun kaduk
  • 1 tangkai serai
  • 2 biji cili padi
  • 4 kacang botol
  • 1 kacang panjang
  • 5 helai daun kesum
  • Bunga kantan (opsyenal)
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 biji bawang merah
  • 3 cawan bunga kobis, diracik
  • 2 sudu besar kerisik
  • 3 biji petai (opsyenal)

 


Cara-Cara

  1. Racikkan bunga kobis dan gaul dengan sedikit garam. Biar selama 5-10 minit dan perahkan air keluar.
  2. Letakkan kuali leper di atas penunu dapur. Hidupkan api dan panaskan kuali.
  3. Setelah kuali panas, masukkan bunga kobis yang diracik ke dalam dan masak sehingga lembut.
  4. Apabila bunga kobis sudah masak, keluarkan dari kuali dan ketepikan.
  5. Hiris semua herba dan sayur nipis-nipis dan masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan kerisik dan gaul rata.
  6. Untuk menghidang, bentukkan nasi bunga kobis menggunakan cawan. Letakkan ulam di tepi nasi bunga kobis.

 

Tip

  1. Untuk tahu nasi bunga kobis sudah masak, nasi bunga kobis akan menjadi lutsinar.
  2. Anda boleh masukkan cebisan ikan parang ke dalam kerisik sebagai penambah perisa.
  3. Anda boleh menikmati hidangan ini dengan ayam percik ataupun daging panggang. Untuk menyediakan daging panggang, anda boleh mencuba resipi stik daging rusuk panggang keto.

 

Resepi Nasi Ulam Bunga Kobis Keto yang tertera di atas menarik bukan? Sememang gaya hidup keto amat berbeza dan unik dari diet lain. Oleh itu, mereka yang mengamalkan gaya hidup keto amat menitikberatkan hal ehwal makanan kerana makanan merupakan fokus utama bagi menjayakan diet tersebut. Untuk tahu lebih lanjut tentang diet keto yang diamalkan oleh pemilik Asianketo, Puan Roslina Manaf, klik disini

 

Tidak tahu bagaimana untuk memulakan diet keto? Usah risau kerana kami mempunyai artikel khas yang ditulis sendiri oleh permilik Asianketo iaitu Puan Roslina Manaf tentang cara yang anda boleh lakukan untuk memulakan diet keto. Kami juga mempunyai artikel ringkas berkenaan diet keto yang boleh anda dapati disini. 

 

Antara resepi inovatif yang berasaskan diet keto termasuklah :

print
Sabrina Amran

Sabrina Amran, a precarious girl in her 20s who loves anything that screams ‘food!’ . She is convinced that food-romance is real and the only form of true love on planet earth. From day one, she knows she’ll find true love if she follows her passion, which is none other than eating! From Curry to Coffee to Cinnamon Rolls, she consumes almost everything edible but not everything la (obviously!). This is Sabrina, a girl in her 20s, she is most definitely ready to explore the world of cuisine and more with her audacity.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.