Resepi Agar-Agar Lumut Keto yang Penuh Berkrim

Salah faham paling besar dalam kalangan golongan berdiet atau ingin berdiet ialah pencuci mulut adalah satu tabu yang besar. Sebenarnya, anda perlu mengelakkan atau paling kurang pun, adalah mengurangkan kadar pengambilan makanan manis atau bergula.

Pencuci mulut tidak semestinya perlu manis ataupun bergula. Jika bergula pun, terdapat pelbagai rangkaian produk pemanis yang organik dan tidak meningkatkan berat badan anda yang boleh didapati di pasaran.

Puan Roslina Manaf ataupun AsianKeto mencadangkan anda untuk menggunakan pemanis lakanto untuk resepi agar-agar lumut beliau yang sesuai untuk dinikmati oleh golongan berdiet.

Kenapa perlu berasa bersalah jika anda memasak dengan bijak?

Resepi agar-agar ini membuat sejenis hidangan yang boleh dinikmati secara berseorangan atau beramai-ramai. Nasihat kami, kongsilah dengan orang lain agar anda tidak makan secara berlebihan!

 

Nilai Nutrisi:

  • 190 kcal
  • 11g lemak
  • 4.2g karbohidrat bersih
  • 0.2g serat
  • 11.4g protein

 

 

Bahan-Bahan

  • 1 paket agar-agar
  • 1 kotak krim kelapa Kara
  • 4 sudu besar pemanis lakanto
  • 2 cawan air
  • 1 cawan air , dikisar dengan tiga helai daun pandan
  • secubit garam Himalaya
  • 2 biji telur sederhana besar

 

Cara-Cara

  1. Kisar daun pandan dengan secawan air
  2. Panaskan periuk dan masukkan air, jus pandan dan pemanis. Kacau sehingga rata. Masukkan krim kelapa dan kacau rata.
  3. Pukul telur dan masukkan ke dalam periuk.
  4. Masukkan garam dan serbuk agar-agar.
  5.  Biarkan masak sehingga mendadih dan kelihatan seperti berlumut.
  6. Tutup api dan biarkan adunan menyejuk.
  7. Setelah sejuk, tuang ke dalam acuan dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 1 jam atau sehingga mengeras.

 

Jadi, bagaimana dengan hasil resepi agar-agar lumut keto anda? Jangan lupa untuk berkongsi gambar hasil agar-agar lumut anda bersama kami dengan meletakkan #butterkicap dan juga #asianketo agar dapat menyebarkan lagi kebaikan diet keto kepada orang ramai yang ingin berdiet dengan bijak.

Selamat mencuba dan semoga berjaya!

 

 

Resepi agar-agar lumut keto yang tertera di atas menarik bukan? Sememang gaya hidup keto amat berbeza dan unik dari diet lain. Oleh itu, mereka yang mengamalkan gaya hidup keto amat menitikberatkan hal ehwal makanan kerana makanan merupakan fokus utama bagi menjayakan diet tersebut.

Untuk tahu lebih lanjut tentang diet keto yang diamalkan oleh pemilik Asianketo, Puan Roslina Manaf, klik disini.

Tidak tahu bagaimana untuk memulakan diet keto? Usah risau kerana kami mempunyai artikel khas yang ditulis sendiri oleh permilik Asianketo iaitu Puan Roslina Manaf tentang cara yang anda boleh lakukan untuk memulakan diet keto. Kami juga mempunyai artikel ringkas berkenaan diet keto yang boleh anda dapati disini. 

 

Antara resepi inovatif yang berasaskan diet keto termasuklah :

print
Sabrina Amran

Sabrina Amran, a precarious girl in her 20s who loves anything that screams ‘food!’ . She is convinced that food-romance is real and the only form of true love on planet earth. From day one, she knows she’ll find true love if she follows her passion, which is none other than eating! From Curry to Coffee to Cinnamon Rolls, she consumes almost everything edible but not everything la (obviously!). This is Sabrina, a girl in her 20s, she is most definitely ready to explore the world of cuisine and more with her audacity.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.