10 Katering Sajian Melayu Berbaloi Anda Boleh Tempah

Katering sajian Melayu, khususnya semakin mendapat tempat kerana untuk menjayakan sesebuah majlis bukannya mudah, tambahan lagi apabila majlis tersebut memerlukan penyediaan makanan kepada tetamu dalam skala yang besar. Anda tentulah mahu yang terbaik ketika majlis anda berlangsung, lebih-lebih lagi apabila majlis itu merupakan majlis istimewa bagi anda seperti majlis perkahwinan, majlis aqiqah anak, rumah terbuka hari raya dan sebagainya.

Ada yang lebih suka memasak sendiri juadah untuk dihidang kepada para tetamu dan ada juga yang lebih suka menempah katering sahaja kerana lebih mudah dan senang. Kedua-duanya tidak ada salahnya, tetapi bagi anda yang berhasrat untuk menempah katering bagi majlis anda dan buntu dalam  membuat pilihan makanan untuk dihidang, di sini kami telah menyenarai pendek 10 katering sajian Melayu yang sihat dan berbaloi yang mungkin dapat membantu membuat pilihan yang tepat.

 

1. Teaffani Catering

Diasaskan pada tahun 2011, Teaffani Catering memberi pengkhususan katering bagi majlis-majlis korporat, perkahwinan, hari jadi dan sebagainya. Falsafah utama yang dipegang mereka adalah untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan mereka dengan menyediakan servis bertaraf 5 bintang tetapi pada harga yang berbaloi. Mereka juga mengamalkan penyediaan makanan yang halal, bersih dan mengikut piawaian yang ditetapkan. Teaffani Catering menyediakan servis kepada mereka yang berada di sekitar Lembah Klang.


A
 Pejabat Utama Teffani Catering, Blok D 42-2, Zenith Corporate Park, Jalan SS 7/26, 47301 Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor
T 603-78876789 @ 010-2312860
E info@teaffani.com
L teaffani.com

 

2. Anjung Ekslusif Catering

Anjung Ekslusif Catering menawarkan pakej untuk majlis perkahwinan serendah RM6.90 bagi satu kepala (tempahan minimum yang diterima adalah 1000 orang) dengan menu hidangan nasi minyak, nasi putih, Ayam Masak Merah, Kari Daging Masala, Dalca Sayur, Papadom, buah oren dan air kordial. Selain itu, anda juga boleh memilih set menu lain pada harga berbeza. Terdapat juga pakej yang ditawar oleh Anjung Eksklusif Catering berserta perkhidmatan sistem PA dan DJ, baju pengantin, pelamin, mekap dan dandanan dan sebagainya yang memudahkan anda yang berkira-kira untuk mengadakan sebuah majlis perkahwinan tanpa perlu bertukar menjadi Bridezilla. Signature dish Anjung Ekslusif Catering ialahNasi Arab Yamani dan Daging Masak Hitam yang dimasak oleh cef mereka yang mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam bidang kulinari dan katering.


A
 No. 71 Jalan Pasir Tengah Kg. Pasir Baru, Petaling, 58200 Kuala Lumpur
T +603-77726610 @ +6019-3699802
E sales@anjungcatering.com.my
L www.anjungcatering.com
FB Anjung Catering Ekslusif

 

3. LC Catering

LC Catering merupakan sebuah syarikat katering profesional yang menawarkan servis katering dan kulinari kepada para pelanggannya di Johor Bahru. Dengan pengalaman selama 23 tahun dalam bidang katering dan penyediaan makanan, syarikat ini sudah mengendalikan pelbagai servis katering di restoran, majlis perkahwinan, dewan bankuet dan dewan konvesyen.  Pakej-pakej yang boleh anda tempah daripada LC Catering ialah Menu 3 Sesi Makan, Menu Minum Petang, Pakej Perkahwinan (1-3), Menu Set Makanan Cina, Menu Makan Tengah Hari/Makan Malam dan juga pakej Perkahwinan, Pertunangan serta Nikah.


No. 340, Jalan Balau 1, (Jalan Tebrau) Taman Melodies, 80250, Johor Bahru
T +607-3357355 @ +607-3348355 @ 012-7708606
E: info@lc-catering.com.my
L www.lc-catering.com.my

 

4. Luxury Catering Food Services

Luxury Catering memulakan perniagaan pada tahun 2012 dan menawarkan para pelanggannya beraneka jenis pilihan pakej dan makanan bagi menjamu para tetamu di majlis-majlis penting seperti jamuan hari raya, minum petang, seminar latihan korporat, pertunangan dan perkahwinan. Selain daripada pilihan sajian makanan Melayu, terdapat juga menu makanan Barat, Arab, Asia dan juga Fusion bagi pelanggan mereka yang inginkan kelainan. Luxury Catering Food Services menjanjikan servis yang terbaik kepada para pelanggannya dan menggunakan bahan-bahan makanan  halal, tanpa pewarna dan perasa tiruan dengan kaedah penghidangan yang lazat dan terbaik. Syarikat katering ini menawarkan servis di sekitar Kuala Lumpur, Shah Alam dan Lembah Klang. Antara keistimewaan yang mereka tawarkan ialah hidangan kambing yang lazat, aiskrim durian organik dan pencuci mulut dan coklat organik daripada jenama mereka sendiri.

A Jalan Perdana 2, CBD2 (Cyberjaya Business District 2), Block 4808, Building #22, Ground Floor, Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan
T 03-86885972 @ 019-3330630
E contact@luxurycatering.com.my
L culinarypleasure.com

5. Amy Catering

Kepakaran Amy Catering adalah dalam menyediakan sajian Melayu asli untuk majlis-majlis penting. Diasas oleh Aminah Mohamed pada tahun 2008, antara majlis yang telah menggunakan khidmat Amy Catering termasuklah Majlis Santapan Diraja Perak, majlis makan untuk VIP, majlis perkahwinan selebriti anak Chef Wan iaitu Chef Ridz dan Ana Dahlia dan banyak lagi. Pilihan makanan Melayu yang boleh anda tempah daripada mereka termasuklah Ayam Percik, Gulai Nangka, Rendang, Daging Kurma, Rebung Madu dan sebagainya. Harga bagi pakej yang tersedia juga ternyata murah dan berbaloi. Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi mereka pada butiran di bawah.

A Taiping, Perak
T 012-468 4782
FB Amy Catering

 

6. Sutera Catering Event & Services

Hanya daripada Sutera Catering sahaja, anda boleh mendapatkan pakej katering serendah RM5900 untuk 1000 orang yang terdiri daripada set hidangan masakan Melayu seperti Nasi Beriani, Ayam Masak Merah/Kari Kambing, Daging Masak Hitam dan beberapa lagi menu lain termasuklah menu istimewa untuk pengantin.Syarikat katering ini berperanan sebagai  one stop centre untuk majlis perkahwinan (dan lain-lain majlis keramaian) dengan servis yang bermutu dan berkualiti pada harga yang berpatutan. Sutera Catering menawarkan khidmat mereka bagi sesiapa yang tinggal di sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur dan Selangor.

A Sutera Catering, Event & Services, 22F & 22G, Jalan DC 4/3, Desa Coalfields, Sungai Buloh, Selangor
T 019-3239436
E kateringsutera@gmail.com
L suteracatering.com
FB Sutera Catering

 

7. Uniq Catering Services

Dengan permulaan operasi sejak tahun 1999 secara kecil-kecilan, Uniq Catering kini telah berkembang menjadi sebuah syarikat servis katering yang mampu menyediakan tempahan lebih daripada 2000 hidangan sehari bagi majlis-majlis perniagaan dan juga industri yang berlainan. Misi mereka adalah untuk menjadi katerer terbaik di Lembah Klang dengan menyediakan makanan yang lazat dan menepati selera tetamu yang hadir di samping memberikan servis yang mesra dan ramah. Anda boleh memilih pakej yang bersesuaian dengan bajet dan tema majlis anda seperti pakej parti perayaan, parti makan malam, minum petang, parti hari jadi dan juga pakej pertunangan dan perkahwinan yang ditawar oleh Uniq Katering.


A
No. 32, Jln Industri PBP 7, Taman Industri Pusat Bandar Puchong, 47170 Puchong, Selangor
T +603-58790110/0112
E catering@citarasauniq.com.my
FB Citarasa Uniq Catering Services

 

8. Pavillion Catering

Di Pavillion Catering, mereka menyediakan beraneka jenis makanan Melayu seperti Ayam Masak Kurma, Daging Dinding, Kambing Masak Hitam dan pelbagai lagi pilihan masakan kampung seperti Daging Masak Lemak Cili Api, Ikan Masak Asam Pedas, Pucuk Ubi Masak Lemak dan sebagainya. Selain daripada masakan Melayu, Pavillion Catering juga turut menawarkan beberapa jenis lagi pakej makanan lain seperti masakan Cina, Arab, Barat dan Antarabangsa.  Mereka sedia untuk memberikan servis mereka untuk apa juapun majlis yang anda ingin anjurkan seperti majlis korporat, akad nikah, minum petang, majlis persaraan dan sebagainya.


A
6044, Kg. Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor
T 03-89123360 @ 013-6053535 @ 019-3577883
E pavillioncaterer@yahoo.com
L pavillioncatering.webs.com
FB Pavillion Catering

 

9. Bagus Event & Catering

Dengan pengoperasian sejak tahun 1997, Bagus Event & Catering mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang servis katering secara buffet di sekitar negeri Selangor. Mereka menitikberatkan soal kebersihan dalam penyajian makanan dan memastikan makanan yang dihidang adalah halal, bersih dan segar. Terdapat lebih daripada 12 pakej menu yang boleh anda tempah melalui mereka yang bersesuaian dengan kehendak anda seperti Menu Buffet, Menu Pakej Penuh, Menu Minum Petang dan banyak lagi. Harga bagi setiap menu pula adalah berbeza-beza, tetapi, pastinya berbaloi.


A
No. 20, Jalan SS 4/17, 47301 Petaling Jaya, Selangor
T 03-78754222 @ 03-78754233
L bagusevent.campaigns.my
FB Bagus Event and Catering

 

10. Mahabbah Catering & Services

Mahabbah Katering menjanjikan servis yang terbaik melalui pakej yang mereka tawarkan dan mengikut bajet anda. Terdapat 5 pakej di Mahabbah Catering yang boleh anda pilih, termasuklah pakej yang turut menyediakan servis lain seperti kanopi, system PA, rakaman video, fotografi dan yang berkaitan. Ia merupakan 100% syarikat Bumiputera dan operasinya telah ditubuhkan di Lembah Klang.


A
No. 10-1, Jalan SR 4/1F Saujana Rawang, 48000 Rawang, Selangor
T 019-2903318 @ 019-2903381
L www.mahabbahcatering.com
FB Mahabbah Catering & Services

 

 

 

 

print
Bibi Mokrat
Bibi Mokrat

Fresh-from-the-oven writer who actually takes pride in the quote 'Women belongs in the kitchen' because that's exactly where she wants to be - most of the time

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Access Token is invalid, please get it again