Daging Dendeng: Resepi Klasik Hidangan Khas

daging dendeng
Daging dendeng gelap bagaikan malam – sedap dihidangi majlis khas atau sebagai makanan harian

Daging dendeng sering dianggap sebagai hidangan yang sukar disediakan. Gelap, berminyak, dengan rasa manis pedas, ia sering menjadi hidangan tumpuan bila dihidangi semasa Hari Raya, majlis perkahwinan atau untuk makanan harian.

Berasal dari Indonesia, daging dendeng juga merupakan hidangan Malaysia yang unik. Di Indonesia, dendeng biasanya merujuk kepada daging kering yang dipotong nipis. Manakala di Malaysia pula, ia membangkitkan imej sebuah hidangan yang berlemak, hitam seakan waktu malam, dengan daging kering yang kenyal dikunyah direndam sekolam minyak yang sama gelapnya.

Mungkin inilah, kelemakkan dan warna gelapnya, yang membuat kami menganggap daging dendeng adalah jenis hidangan yang memerlukan banyak titik peluh dan berjam-jam waktu memasak di atas dapur yang panas, dan hanya boleh dibuat oleh chef-chef dan makcik-makcik yang penuh berpengalaman. Memang benar, resepi dan kerumitan mungkin berbeza dari dapur ke dapur, tetapi, bagaimana jika kami memberitahu bahawa anda boleh membuat daging dendeng yang hebat dan tidak kurang lazatnya dengan hanya sedozen bahan dan kira-kira satu jam masa memasak?

Ya, betul bacaan anda. Hidangan yang seakan rumit ini sebenarnya sangat mudah dibuat. Ada yang perlu diketuk-ketuk sedikit, jadi mintalah bantuan dari yang lebih berotot atau dari anak-anak yang besar sedikit. Mesti mereka suka tolong ketuk-ketuk! Jadi, cubalah memasak resepi daging dendeng ini. Pasti akan mengkagumi diri anda, keluarga anda, dan tetamu anda sekali!

Bahan-bahan

  • 500g daging lembu
Untuk perapan:
  • 64g kicap pekat lemak manis (3 sudu besar)
  • 1 sudu besar gula
  • 1g garam (1 sudu kecil)
  • 1g lada hitam, dihancur kasar (1 sudu kecil)
Untuk memasak:
  • 110g cili merah, kira-kira 5 biji besar
  • 460g bawang merah besar
  • 30g bawang putih, kira-kira 5 ulas
  • 20g halia
  • 20g asam jawa, biji dibuang & direndam dengan ¼ cawan air
  • 21g kicap pekat lemak manis (1 sudu besar)
  • 2 sudu kecil cuka putih
  • 2 sudu kecil gula
  • 1g garam (1 sudu kecil)
  • 3/4c minyak masak

Hidangan: 6 orang (sebagai hidangan sampingan)

Kaedah
Sekurang-kurangnya dua jam atau sehari sebelum memasak
  1. Potong daging lembu menjadi saiz 4cm x 4cm x 1cm. Jangan risau jika potongan lain-lain sedikit.
Potong seperti ini
  1. Perap daging dengan kicap pekat lemak manis, lada, garam dan gula. Gaul sehingga daging diselaputi bahan perap sepenuhnya. Keluarkan cecair berlebihan atau alihkan daging masuk ke dalam beg ziplock, tutup, dan perap di dalam peti sejuk untuk sekurang-kurangnya dua jam atau se malam.
Daging sedang diperap. Gunakan sarung tangan jika anda tidak mahu mengotorkan tangan.
Menyediakan bahan aromatik
  1. Kupas dan potong bawang putih, bawang merah dan halia menjadi kepingan kecil.
  2. Gunakan lesung batu untuk hancurkan bawang putih, bawang merah dan halia sederhana kasar. Anda boleh gabungkan bawang putih, bawang merah dan halia, atau hancurkan bahan-bahan ini secara berasingan kerana tak muat kot kalau diletak dalam mangkuk lesung sekaligus. Cuba elak mengguna pengisar makanan, kerana anda akan mahu tekstur yang agak kasar dan tidak seragam. Simpan tepi.
Bawang putih, bawang merah dan halia sudah dipotong kecil. Jangan letak terlalu banyak bahan-bahan di dalam lesung batu seperti diatas… ini untuk penggambaran sahaja!
Tumbuk, tumbuk, tumbuk
Jenis tekstur tidak serata yang anda mahukan
  1. Buang batang cili dan potong menjadi kepingan kecil. Gunakan lesung batu yang sama untuk menghancurkan cili sedikit. Masukkan cili bersama dengan bawang putih, bawang merah dan halia.
Cili yang sudah ditumbuk sedikit. Cuba jangan hancurkan kulitnya terlalu banyak
Cili, bawang putih, bawang merah dan halia sudah bersama
Menggoreng daging dendeng
  1. Masukkan minyak ke dalam periuk yang berat dasarnya dan panaskan pada api tinggi hingga mencapai suhu gorengan (kira-kira 180°C hingga 200°C). Jika anda tidak mempunyai termometer memasak, minyak akan mula berasap untuk menandakan minyak sudah cukup panas.
Panaskan minyak di dalam periuk yang berat. Boleh anda melihat haba dan asap yang sudah naik?
  1. Biarkan api pada suhu panas dan goreng kepingan daging lembu sehingga gelap dan rangup, kira-kira 4 minit. Jangan menindih daging semasa menggoreng – anda mungkin perlu mengulangi langkah ini beberapa kali jika periuk anda tidak cukup besar. Jangan lupa panaskan minyak sekali lagi di antara kumpulan daging kerana suhu minyak akan jatuh sedikit. Alihkan daging yang sudah dimasak ke dalam mangkuk tapis untuk mengeluarkan minyak berlebihan. Tutupkan api, tetapi jangan buang minyak yang telah diguna.
Daging sedang digoreng
Kegelapan dan kerangupan yang diingini
  1. Selepas daging sudah dimasak, gunakan lesung tumbuk dengan permukaan yang rata untuk menumbuk kepingan daging sehingga nipis. Jika anda tidak mempunyai lesung tumbuk yang rata, tumbuk di atas permukaan yang keras dan tahan lasak, seperti papan pemotongan tebal.
Tumbuk, jangan tak tumbuk! Anak-anak yang besar sedikit boleh membantu anda lakukan langkah ini!
Jom sambung masak
  1. Gunakan periuk bersih dan tapiskan setengah kuantiti minyak yang digunna untuk menggoreng tadi kedalamnya.
  2. Panaskan minyak di atas api tinggi kemudian masukkan campuran bawang putih, bawang merah, halia dan cili. Tumis untuk 10 minit, dan kacau sekali-sekala.
Tumis bawang putih, bawang merah, halia dan cili bersama-sama. Gunakan periuk bersih!
  1. Selepas 10 minit, masukkan air asam jawa. Gunakan tapis untuk mengelakkan pulpa asam jawa termasuk dalam periuk.
  2. Masukkan garam, kicap pekat lemak manis, cuka dan gula. Kacau sehingga dicampur rata dan masak selama kira-kira 3 minit. Kacau sekali-sekala.
Dah nampak sedap pun!
  1. Masukkan daging yang sudah dileperkan. Kacau sehingga dan masak selama 10 minit lagi. Kacau sekali-sekala.
Masukkan daging
Kacau sehingga campur rata
  1. Hidang dengan nasi panas. Jika anda memasak hidangan ini untuk Hari Raya atau majlis khas, daging dendeng juga sedap dihidangi dengan nasi impit, lemang dan kuah lodeh.
Tip tambahan
  1. Daging lembu batang pinang paling sesuai untuk masakan ini, tetapi anda juga boleh menggunakan potongan daging yang murah sedikit kerana ia akan ditumbuk penyet.
  2. Jangan hancurkan cili bersama bawang putih, bawang merah dan halia ok!
  3. Daging juga boleh dimasak dan diketuk terlebih dahulu dan dimasak dengan bahan-bahan lain kemudian atau esok hari jika anda kesuntukan masa. Tetapi, jangan lupa menapis dan menyimpan minyak yang digoreng untuk digunakan kemudian.
  4. Jangan lupa untuk menapis minyak untuk memastikan cebis-cebisan terbakar tidak termasuk kedalam periuk kerana ini akan memberi hidangan anda perisa yang pahit.
  5. Daging dendeng dimasak hari ini lebih sedap dimakan esok.
  6. Daging dendeng juga boleh dibekukan dan dipanaskan semula untuk makan pada hari yang lain, menjadikannya hidangan yang sangat baik untuk dimasak awal-awal, terutamanya pada musim perayaan.
  7. Sesetengah orang lebih suka kepingan daging yang lebih kecil di dalam dendeng mereka. Jika anda mahu kepingan daging kecil, kami nasihati anda memotongnya kecil selepas ia telah dileperkan. Dengan cara ini, anda tidak perlu risau tentang menyesuaikan masa menggoreng, dan anda tidak perlu mengetuk satu juta keping daging! Juga, jangan risau sekiranya saiz daging tidak seragam.

Tidak perlu anda menempah daging dendeng lagi dengan resipi ini. Malah, anda mungkin teringin memakannya setiap minggu pula! Tetapi, dengan jumlah minyak yang digunakan, janganlah makan hidangan ini hari-hari pulak kalau nak jaga kesihatan ya.

Cubalah memasak hidangan yang agak mudah ini. Kami tidak sabar untuk melihat hasil masakan anda. Jangan lupa hashtag kami dengan #butterkicap untuk menunjuk kami gambar dendeng anda!

 


Artikel lain:

Resepi Lodeh: Sup Sayur Enak dan Lemak

Rendang Daging: Resepi Masakan Rendang Tradisional

Rendang Ayam: Resepi Rendang Klasik

print
Butterkicap Team
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Access Token is invalid, please get it again