Rendang Daging: Resepi Masakan Rendang Tradisional

rendang dagingRendang daging – lembut, kompleks dan benar-benar lazat        

Sebagai kanak-kanak yang membesar di Malaysia, kemungkinan besar telah kami mendengar rungutan mak, ibu saudara dan nenek kami mengenai usaha yang diperlukan untuk menyediakan rendang daging. Dengan masa memasak lebih kurang 3 hingga 4 jam untuk hidangan daging lembu lembut dan berperisa kompleks ini, tidak hairanlah mengapa masakan rendang daging hanya biasa muncul di majlis-majlis khas, seperti majlis perkahwinan dihidang bersama pulut kuning, atau semasa rumah terbuka Hari Raya.

Tiada keraguan bahawa ‘stigma’ kesusahan menyediakan rendang daging telah menyebabkan banyak dari antara kami menjauhkan diri daripada mencuba menyediakan hidangan ini, sama ada untuk majlis khas atau sebagai hidangan yang hanya akan dimakan sendiri, terutamanya bila anda di luar negara dan sedang rindui keluarga di rumah.

Tetapi, menyediakan rendang daging tidak sesusah anda fikirkan. Memang ia memerlukan banyak kesabaran dan masa, dan, jika anda tinggal di negara bukan Asia, mungkin lawatan ke kedai tertentu. Tetapi, jika anda mempunyai semua ini, serta mesin pengisar makanan, percayalah, anda bersedia untuk memasak rendang daging.

Bahan-bahan

beef rendang

  • 2-3kg daging lembu, batang pinang (tenderloin)
  • 285g bawang merah, dikupas
  • 130g bawang kecil, dikupas
  • 25g bawang putih, dikupas
  • 12g kunyit hidup
  • 40g halia tua
  • 33g lengkuas
  • 5g daun limau purut (kira-kira 3 daun, dikoyak sedikit)
  • 20g serai, akar sahaja
  • 115g gula Melaka
  • 105g cili boh
  • 12g serai, ditumbuk sedikit
  • 16g daun kunyit (kira-kira 1-2 daun)
  • 1kg santan
  • 90g kerisik
  • 2 sudu besar garam
Kaedah
  1. Potong daging lembu menjadi kiub besar kira-kira 3cm x 3cm.

beef rendang

  1. Kisarkan bawang merah, bawang kecil, bawang putih, akar kunyit, halia, lengkuas dan akar serai sehingga halus.

rendang

rendang

  1. Chiffonade daun kunyit.

rendang

  1. Dalam periuk besar yang berat, pasangkan api pada suhu tinggi dan terus tambahkan daging lembu, diikuti dengan campuran bawang, cili boh, separuh santan, garam, daun limau purut, serai dan gula Melaka. Kacau sehingga rata.

beef rendang

beef rendang

beef rendang

beef rendang

beef rendang

beef rendang
Kebanyakan bahan-bahan dimasukkan pada tahap ini
  1. Bila campuran sudah mendidih, reneh dengan api kecil sehingga ia mula menjadi kering. Teruskan kacauan semasa masakan tengah reneh.
beef rendang
Kecilkan api untuk mereneh masakan
  1. Tambahkan baki santan dan terus reneh dan kacau sehingga hampir kering.
  2. Tambah separuh daun kunyit dan kerisik.

beef rendang

beef rendang
Daun kunyit dan kerisik dimasukkan terakhir
  1. Terus kacau sehingga masakan menjadi betul-betul kering. Keseluruhan proses ini akan mengambil masa kira-kira tiga hingga empat jam, jadi bersabarlah.
beef rendang
Sangat kering
  1. Bila masakan rendang sudah kering, hidangkan rendang daging dan hiasi dengan baki daun kunyit. Hidang dengan pulut kuning, lemang, nasi impit, nasi, atau roti putih lembut.
Tips tambahan
  1. Jika anda bercadang untuk menyimpan rendang daging untuk hari yang lain, biarkan ia sejuk sepenuhnya (tanpa ditudung) semalaman sebelum menyimpannya di dalam bekas kedap udara. Rendang boleh disimpan untuk masa yang agak lama, jadi jika anda ingin memakannya tidak lama lagi, simpan di dalam peti sejuk. Jika tidak, bahagikan rendang anda ke dalam bekas berasingan dan bekukannya. Rendang beku boleh disimpan untuk beberapa bulan.
  2. Anda juga boleh membuat rendang dengan ayam. Daging keras yang kuat rasa dan baunya juga baik dibuat rendang sebab proses masakan lama akan melembutkan daging. Walaubagaimanapun, ia mungkin akan memerlukan masa masakan yang lebih lama.

 

 

Tidak begitu sukar, betul? Cubalah masak rendang daging untuk majlis istimewa anda yang akan datang atau bila anda mempunyai masa lapang yang boleh digunakan untuk memasak hidangan yang sentiasa lazat dan menyenangkan hati ini. Dan jangan lupa untuk tag kita di #butterkicap bila anda mencubanya!

 

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.