Resepi Lodeh: Sup Sayur Enak dan Lemak

lodehLodeh – panas, lazat, berkuah dan menenangkan hati

Lodeh, juga dikenali sebagai kuah atau sayur lodeh, adalah sup sayur menenangkan hati dan lemak rasanya yang berasal dari Jawa. Ia juga kerap dipanggil lontong, walaupun (dan ini mungkin mengelirukan sedikit) lontong juga merujuk kepada nasi impit, yang sering dihidangi dengan semangkuk sup yang lazat ini.

Sama ada anda memanggilnya lodeh atau lontong, hidangan ini hebat bila anda teringin makan sup yang panas, lazat dan enak. Ia juga adalah hidangan yang cukup popular pada musim Raya kerana ia agak mudah dimasak bila semua bahan-bahan sudah disediakan. Nikmatilah.

Bahan-bahan

lodeh

  • 200g udang, dikupas (kaki dan bahagian tajam dibuang) dan dibuang urat, kulit disimpan tepi
  • 200g pedal, dipotong nipis
  • 300g daging lembu berlemak, dicincang besar
  • 200g udang kering, direndam
  • 50g foo chok, direndam kemudian dipotong 3cm x 6cm besar
  • 250g taukwa
  • 360g tempe, dipotong kiub 2cm
  • 50g soh hoon, direndam
  • 16g daun kunyit (kira-kira 1 daun), diikat
  • 30g serai, akar sahaja
  • 17g kunyit
  • 25g lengkuas
  • 185g bawang kecil
  • 40g bawang putih, dihiris nipis
  • 220g kacang panjang, dikoyak 3cm panjang
  • 275g lobak merah (kira-kira 2 lobak merah), dipotong baton 3cm panjang
  • 40g cili hijau (kira-kira 2 cili besar), dihiris nipis
  • 250g kubis (kira-kira ½ kubis), dipotong keping 3cm x 3cm
  • 500g labu jambu (English gourd), dikupas dan dipotong kiub 2cm hingga 3cm besar
  • 1 kg santan
  • 1 liter stok daging lembu
  • 3 cawan minyak masak + tambahan
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula

Untuk hidangan 5-7 orang

Penyediaan
  1. Potong dan sediakan semua bahan-bahan di atas.
lodeh
Sediakan bahan-bahan anda
  1. Kisar separuh serai dengan bawang kecil hingga halus.
  2. Kisar baki serai, kunyit dan lengkuas hingga halus. Tambah sedikit air untuk membantu proses pengisaran jika diperlukan.
  3. Kisar udang kering sehingga halus.
  4. Dalam kuali, panaskan 2 cawan minyak masak. Bila minyak telah mencapai suhu 180°C hingga 200°C, goreng tempe sehingga perang keemasan. Setelah siap, alihkan tempe ke penapis dilapit dengan tuala dapur untuk menyerap minyak berlebihan.
  5. Goreng taukwa seperti di atas. Setelah minyak diserap, potong taukwa goreng secara kiub sebesar 2cm.
  6. Potong kulit udang menjadi kepingan kecil. Dengan api tinggi, panaskan kuali kecil dan masukkan kulit udang. Tuang minyak masak hingga ia hampir, tetapi tidak menutupi, kulit udang. Bila kulit udang mula goreng, biar ia goreng selama 5 minit untuk memperisa minyak. Tapis minyak ke dalam mangkuk berasingan. Buang kulit udang.
lodeh
Goreng kulit udang untuk memerisakan minyak
Kaedah
  1. Dalam periuk besar, panaskan 1 cawan minyak masak dan minyak kulit udang pada suhu api tinggi. Masukkan campuran bawang dan kunyit yang dikisar, bawang putih dan udang kering yang telah dikisar dan tumis sehingga wangi. Anda mahu campuran ini sedalam 2cm hingga 3cm dari pangkal periuk yang anda gunakan.
lodeh
Sedapnya bau tumisan minyak, bawang putih dan campuran dihiris!
  1. Masukkan daging dan pedal dan kacau sehingga daging masak.
lodeh
Masukkan daging lembu dan pedal
  1. Masukkan stok daging lembu dan daun kunyit. Masak sehingga mendidih. Buang daun kunyit.
  2. Masukkan lobak merah, tutup periuk dan masak selama 5 minit.
  3. Seterusnya, masukkan labu, tutup dan masak untuk 5 minit lagi.
  4. Masukkan kacang panjang, tutup periuk dan masak selama 5 minit.
  5. Kemudian, masukkan kubis, cili dan udang. Kacau.
lodeh
Sudah nampak macam sup!
  1. Tambah foo chok dan santan. Kacau sehingga sama rata dan masak sehingga mendidih.

lodeh

lodeh

lodeh

  1. Masukkan soh hoon, tempe dan tauhu. Kacau.

lodeh

lodeh

  1. Tambah garam dan gula dan masak sehingga sayur-sayuran telah masak.
lodeh
Nampak sedap!
Tips tambahan
  1. Hidang lodeh dengan nasi atau nasi impit. Lodeh juga sedap dimakan bersama serunding daging atau ayam, rendang daging dan kuah kacang, terutamanya pada Hari Raya.
  2. Jika ia susah untuk anda dapatkan santan segar, santan di dalam tin atau kotak juga boleh digunakan.

Jadi? Boleh tak? Ambil perhatian bahawa walaupun hidangan ini mengandungi banyak sayur-sayuran, ia bukan hidangan vegetarian. Jika anda mempunyai resipi lodeh vegetarian, kongsilah bersama kami kerana kami ingin mencubanya di Kitchen Lab. Dan jika anda memasak dan menyidang resipi lodeh kami, jangan lupa berkongsi gambar anda dengan hashtag #butterkicap. Kami ingin melihat hasil masakan anda!

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom giriş casibom bahsegel jojobet giriş HOLİGANBET jojobet Parents In College casibom giriş casibom giris