Resepi Brokoli, Cendawan & Fucuk oleh Sherson Lian

Resepi brokoli
Brokoli, cendawan & fucuk – hidangan bertuah Tahun Baru Cina!

Resepi brokoli, cendawan dan fucuk ini ialah hidangan bertuah untuk dinikmati semasa sambutan Tahun Baru Cina. Brokoli kelihatan seperti bunga-bungaan di pokok yang menandakan permulaan baru, sementara cendawan pula menandakan rezeki yang melimpah-ruah. Jadi, apa yang tidak kena lagi? Tambahan pula, saya suka menggunakan brokoli dan juga cendawan sebagai bahan dalam masakan saya. Baca dengan teliti resepi brokoli, cendawan dan fucuk saya dibawah:

 

Bahan-bahan

 

Sos

  • 100g cendawan kering, direndam dalam 400ml air semalaman sehingga lembut, kemudian buang tangkai dan simpan air rendaman untuk digunakan kemudian
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 15g halia, diracik helai
  • 20g bawang putih, dikupas kulit & dicincang
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar sos BBQ
  • tepung jagung untuk memekatkan kuah
  • 400ml air

 

Brokoli

  • 1 jambak brokoli, potong kepada kuntuman, rendam dalam air dengan 1 sudu kecil garam
  • 1 liter air
  • 2 sudu besar garam

 

Tambahan (Tidak Wajib)

  • Fucuk goreng

 

Kaedah

 

Sos

  1. Masukkan minyak ke dalam periuk renehan.
  2. Masukkan bawang putih cincang kemudian goreng hingga wangi.
  3. Seterusnya, masukkan halia.
  4. Masukkan air, sos tiram, kicap pekat, kicap, sos BBQ, minyak bijan. Biar mendidih.
  5. Masukkan cendawan ke dalam periuk.
  6. Masukkan air cendawan, kecilkan api dan biar menggelegak sehingga cendawan lembut sepenuhnya, kira-kira 25 hingga 30 minit.
  7. Keluarkan cendawan dari sos dan ketepikan.
  8. Biar sos terus mendidih agar terus memekat sehingga mencapai 1/3 isipadu sos.
  9. Akhir sekali, masukkan tepung jagung. Jumlah dan konsistensi kepekatan adalah bergantung kepada citarasa anda.

 

Brokoli

  1. Dalam periuk renehan, masukkan 1 liter air dan 2 sudu besar garam. Didihkan.
  2. Celur kuntum-kuntum brokoli di dalam air panas selama 2 hingga 3 minit, sehingga masak.
  3. Keluarkan brokoli dari air panas menggunakan penapis.
  4. Masukkan brokoli dan cendawan masak di atas pinggan lalu tuangkan sos.
  5. Tambah fucuk goreng jika anda mahu. Hidangkan panas-panas.

 


 

Lihatlah resepi Sherson Lian untuk Ikan Merah Masam Manis, atau baca temubual bersama beliau di sini. Jika anda lebih suka mencuba makanan beliau berbanding menyediakan di rumah, cubalah menu istimewa Tahun Baru Cina beliau di Hello by Kitchen Mafia di Happy Mansion, Petaling Jaya sepanjang Februari 2018. Hubungi mereka di Facebook atau 03 7932 1929 untuk maklumat lanjut.


 


print
Sherson Lian

Guest Chef

Chef Sherson is a celebrity chef, restaurateur, and a big believer in cooking with instinct. He hosts TV3's 5 Rencah, 5 Rasa and Asian Food Channel’s The Amazing Food Challenge: Fun in the Philippines and Family Kitchen with Sherson. Besides being a celebrity Chef, Sherson owns and runs two restaurants, Hello by Kitchen Mafia and Makhan by Kitchen Mafia.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.