Resepi Cutni Epal Datuk Chef Wan

Baru-baru ini, kami bersama Datuk Chef Wan di Giant Damansara Perdana untuk demo masakan beliau. Namun begitu, demo masakan ini bukanlah demo yang anda biasa lihat kerana bahan utama yang digunakan ialah epal.

Bagi yang jarang menggunakan buah-buahan dalam masakan mereka, inilah peluang untuk anda mencuba resepi berasaskan buah, tambah-tambah lagi apabila resepi tersebut merupakan ciptaan cef terkemuka negara, Datuk Chef Wan.

Kemanisan Epal Ambrosia

Epal Ambrosia dari New Zealand cukup sesuai digunakan dalam masakan, baik savori mahupun manis, Epal Ambrosia mempunyai rasa manis seperti madu, rangup dan mempunyai tekstur yang halus.

Oleh itu, memang tidak menghairankan apabila epal Ambrosia dapat digunakan dalam apa jua bentuk dalam masakan khususnya masakan Malaysia.

Dalam resepi ini, Datuk Chef Wan telah menyerlahkan rasa manis epal dalam bentuk cutni yang boleh dimakan dengan nasi, roti atau sebagai isi pastri. Teringin nak cuba? Gunakan resepi cutni epal Datuk Chef Wan di bawah!


Bahan-Bahan:

  • 5 biji Epal Ambrosia New Zealand, dipotong dadu
  • 3 sudu besar mentega
  • 1 biji bawang besar, dicincang halus
  • 6 ulas bawang putih, dicincang
  • 4 cm halia, dicincang
  • 2 batang kayu manis
  • 4 biji cengkih
  • 2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1 cawan kismis kuning, rendam dalam air panas
  • Segenggam daun ketumbar
  • 2 batang cili hijau, dihiris
  • 6 biji kurma, dibuang biji dan dicincang
  • ¼ cawan Cuka Sider
  • 1 cawan gula
  • Garam secukup rasa

Cara-Cara:

  1. Dalam sebuah periuk, cairkan mentega atas api sederhana besar dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia selama 3 minit.
  2. Masukkan kayu manis, cengkih, serbuk kunyit dan serbuk kari. Teruskan menumis selama 3 minit sebelum masukkan ketulan epal, daun ketumbar, cili hijau, kurma, cuka sider dan gula. Perasakan dengan garam dan biar mereneh selama 5 minit sebelum padamkan api.
  3. Biar cutni menyejuk sebelum menyimpannya dalam balang.

Amboi Ambrosia!

Bagaimana? Adakah anda berasa teruja untuk mencubanya? Jika ya, jangan lupa untuk dapatkan Epal Ambrosia ini di pelbagai cawangan GCH Retail Malaysia termasuk Pasar Raya Besar Giant, Cold Storage dan Jason’s Food Hall serta peruncit utama lain.

Jangan lupa untuk gunakan epal Ambrosia untuk resepi ini. Jika tidak, tak menjadilah cutni anda. Selamat mencuba!

print
Butterkicap Team
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More