Resepi Jelatah Mangga Udang Menjilat Jari

Kredit: Gambar Stok oleh most wanted/Shutterstock

Hari Raya Aidilfitri yang bakal kunjung tiba pasti membuatkan sesiapa sahaja kelam-kabut. Mestilah! Sambutan Hari Raya bukan setakat 1 Syawal sahaja, malah berlangsung hampir seminggu. Oleh itu, menu makanan yang anda ingin sediakan hendaklah pelbagai dan paling penting sedap.

Antara menu yang wajib ada untuk anda sediakan khususnya apabila tetamu datang ke rumah untuk beraya ialah nasi tomato ataupun nasi beriani dengan ayam masak merah. Wah, tulis pun sudah cukup untuk buat air liur meleleh!

Namun begitu, pasti anda sedar, meskipun nasi tomato dan ayam masak merah anda cukup sedap, cukup enak tapi, ada yang kurang.

Acar Jelatah Pelengkap Rasa

Oleh sebab itulah, kami mencadangkan anda untuk cuba satu lagi resepi yang dikongsi oleh Persatuan Kulinari Profesional Belia Malaysia ataupun YPCA yang kami pasti dapat mengisi kekurangan dalam hidangan anda itu.

Resepi Acar Jelatah yang dikongsi sedikit berbeza daripada resepi yang anda biasa sediakan. Dalam resepi ini, udang dan mangga muda ditambah untuk memberikan kemanisan dan kemasaman yang melengkapi rasa lemak nasi minyak serta gabungan rempah dalam ayam masak merah.

Kami jamin, para tetamu anda takkan berhenti makan selagi ada jelatah ini di meja makan anda!

Bahan-Bahan:

  • 200g (5 ekor) udang, dibuang kepala dan dicuci
  • 250g (1 biji) mangga muda, diparut
  • 150g (1 batang) lobak merah, diparut
  • 50g (2 batang) cili merah, dihiris nipis
  • 150g (1/4 biji) nenas, dipotong menjadi ketulan kecil
  • 150g (1 batang) timun, diparut
  • 100g (4 biji) bawang merah, dihiris bulat-bulat
  • 70g (1 sudu besar) gula
  • 100g (1 sudu besar) cuka
  • 1 sudu teh garam

Cara-Cara:

  1. Cuci dan bersihkan udang. Keluarkan kepala dan kulit lalu gunting sesungut. Perasa dengan 1/2 sudu teh garam dan 1/2 sudu teh lada hitam.
  2. Gaul rata dan perap selama 5 minit. Belah dua udang.
  3. Masukkan parutan mangga, lobak merah, cili merah dan timun ke dalam mangkuk. Masukk gula, garam dan cuka. Gaul rata.
  4. Masukkan ketulan udang yang dipotong dan siap.

Evolusi Rasa Hidangan Anda!

Hari Raya Aidilfitri kali ini akan menjadi hari yang cukup bermakna untuk anda kerana pada hari itulah anda berjaya menjadikan diri anda rebutan ahli keluarga dan saudara-mara anda.

Semuanya kerana resepi jelatah istimewa dari YPCA ini! Oleh itu, letakkan #butterkicap dan #youthculinaireprofessionalassociation apabila anda pos gambar masakan anda nanti. Kenalah tunjuk anda ada resepi daripada cef profesional, betul tak?

Oh ya, satu lagi perkara! Untuk jadikan pengalaman anda menikmati jelatah ini lebih baik, cubalah resepi nasi minyak dan ayam masak merah Butterkicap. Takkan menyesal cuba!

print
Youth Professional Culinaire Association

The Youth Profesional Culinaire Association (Youth PCA) is the youth arm of the Profesional Culinaire Association (PCA) and a proud member of the World Association of Chefs Societies (Worldchef). We are dedicated to grow and nurture the next generation of chefs in Malaysia by bringing together current and future culinarians to provide opportunities for learning and personal development.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom giriş casibom bahsegel jojobet giriş HOLİGANBET jojobet Parents In College casibom giriş casibom giris