Kek Cawan Teh Tarik: Resepi Kek Teh Malaysia dalam Cawan

Kek cawan teh tarik – cukup menggoda seperti yang asli

Kek dalam cawan sememangnya sangat popular sekarang dan ada sebab kek tersebut popular. Kek dalam cawan mudah untuk disediakan dan tidak memerlukan bahan yang banyak. Selain itu, saiz hidangan kek tersebut sesuai untuk seorang makan, khususnya apabila anda mahukan sesuatu berkek dan menyelerakan tanpa memberikan komitmen untuk membakar sebiji kek. Tambahan pula, kek ini cepat untuk disiapkan kerana kebanyakan resepi kek cawan memerlukan beberapa minit untuk menyediakan dan membakar kek, dari awal hingga akhir. Satu-satunya peralatan mewah yang anda perlukan ialah ketuhar mikro.

Mencari resepi kek dalam cawan yang sempurna, walau bagaimanapun, adalah satu isu lain. Ada yang terlalu kering, terlalu manis atau terlalu keras. Beberapa perisa pula terlalu mewah sehinggakan anda merasakan lebih baik anda menyediakan sebiji kek terus. Anda hanya perlu mendapatkan beberapa bahan yang anda sudah ada, sediakan dan bakar sehingga terhasilnya sesuatu yang menyelerakan. Adakah anda menuntut begitu banyak? Kami membalas dengan resepi kek cawan teh tarik Butterkicap.

Ya,  mata anda tidak menipu anda. Kami memang maksudkan kek cawan teh tarik. Kami tidak akan menggunakan teh mewah untuk resepi ini kerana jenis teh terbaik untuk resepi ini ialah teh yang murah dan mempunyai rasa yang kuat. Anda masih ingat kah hari-hari apabila ibu bapa atau datuk nenek kita akan menyediakan teh di dalam teko menggunakan sebongkah serbuk teh yang dimampatkan? Kami menggunakan teh yang sama kecuali sekarang, anda boleh mendapatkan uncang teh individu. Mana-mana rakyat Malaysia yang sukakan teh akan pasti menyimpan stok teh mereka di dalam almari di dapur. Jadi, bukalah pintu almari dan carilah bahan-bahan di bawah dan mula sediakan kek cawan teh tarik anda!

 

Bahan-bahan

  • 1 uncang teh
  • 2 sudu besar susu
  • 2 sudu besar tepung serbaguna
  • 1 ½ sudu besar gula kasar
  • ¼ sudu kecil serbuk penaik
  • 1/8 sudu kecil garam
  • ¾ sudu besar minyak sayuran dan minyak tambahan untuk mengris cawan
  • ¼ sudu kecil ekstrak vanila

 

Cara-cara

  1. Dalam cawan atau mangkuk ketuhar selamat, panaskan minyak di dalam ketuhar mikro pada suhu tinggi selama 30 saat.
  2. Masukkan 1 uncang teh ke dalam susu. Gunakan sudu untuk menekan uncang teh ke dalam susu sedalam yang boleh. Ketepikan dan biar teh meresap ke dalam susu.
Merendam uncang teh di dalam susu
  1. Dalam mangkuk berasingan, masukkan tepung, gula, serbuk penaik dan garam. Gunakan pemukul untuk kacau rata.
Bahan kering
  1. Keluarkan uncang teh dari susu tetapi jangan lupa untuk perah keluar cecair dari uncang teh sebanyak mana yang boleh. Kami mendapati adalah lebih mudah menekan uncang teh pada dinding cawan menggunakan belakang sudu. Buang uncang teh,
  2. Masukkan cecair teh susu ke dalam campuran bahan kering. Kacau menggunakan pemukul sehingga sebati.
  3. Seterusnya, masukkan minyak masak dan vanila ke dalam adunan dan kacau rata menggunakan pemukul.
  4. Masukkan beberapa titis minyak ke dalam cawan ketuhar selamat. Anda boleh menggunakan berus atau tisu dapur untuk menyapu minyak di bahagian dalaman cawan. Cara lain ialah menggunakan penyembur minyak masakan.
  5. Tuang adunan ke dalam cawan yang digris.
  6. Bakar dalam ketuhar mikro pada suhu tinggi selama 1 minit dan 30 saat.
  7. Biarkan sejuk sebelum menghidang.

 

Tip tambahan

  1. Pilihlah uncang teh yang mempunyai rasa yang paling kuat. Jika tiada, uncang teh yang biasa juga boleh digunakan. Teh O mempunyai rasa yang lebih ringan berbanding campuran teh tarik biasa. Jadi, kami tak mencadangkan anda menggunakan teh tersebut.
  2. Jangan gunakan paket teh tarik tiga-dalam-satu. Kami mencubanya tetapi rasa teh tidak cukup menonjol.
  3. Tiada teh Malaysia? Pilih teh hitam berperisa kuat seperti Darjeeling, Ceylon atau Earl Grey. Rasanya tidak sama tetapi itulah perisa yang paling dekat dengan rasa teh tarik yang anda boleh perolehi. Jangan gunakan teh buah atau perisa tambahan. Ingat, anda mahu menggunakan serbuk teh (daun teh yang dikisar) di dalam uncang teh anda dan bukannya daun teh kering. Jadi, pilihlah jenama yang lebih murah dan biarkan teh yang mahal untuk apabila nenek atau Putera William datang melawat anda.
  4. Minyak masak yang tidak mempunyai rasa yang kuat paling sesuai digunakan dalam resepi ini seperti minyak biji anggur, jagung atau bunga matahari. Gunakan minyak kelapa, bijan atau zaitun anda untuk resepi lain.
  5. Kek cawan ketuhar mikro akan mengeras dan menjadi liat dan kenyal apabila sudah sejuk. Pastikan anda makan kek sementara masih panas!
  6. Untuk rasa teh tarik yang lebih kaw, tuang sedikit susu pekat di atas kek sebelum makan. Kek teh tarik cawan juga sesuai dinikmati dengan aiskrim vanila. Memang sedap.

 

Kuat dengan aroma teh tarik dan mempunyai tekstur yang lembut dan gebu seperti apom, resepi mudah ini menghasilkan kek yang cukup menyelerakan. Resepi ini sesuai untuk menyediakan saiz hidangan untuk seorang makan atau apabila rakan atau saudara mara tiba-tiba datang ke rumah anda. Cubalah dan tunjukkan hasil kek cawan teh tarik anda dengan meletakkan hashtag #butterkicap pada gambar kek anda itu!


 


print
Butterkicap Team
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More