Resepi Kek Cawan Teh Tarik Cip Coklat untuk Seorang

Kek cawan teh tarik cip coklat – menggabungkan dua perisa terbaik

Semua orang sukakan biskut cip coklat. Jadi, kenapa tidak kita sediakan kek cawan cip coklat? Kami sudah menguji dan mengubah suai serta mendapatkan satu resepi kek cawan cip coklat yang lembap dan menyelerakan yang pasti dapat menghilangkan rasa mengidam anda, tetapi kami teringin ubahsuai resepi klasik antarabangsa ini menjadi resepi bercitarasa Malaysia. Sejujurnya, kami tidak perlu lihat jauh.

Resepi kek cawan teh tarik kami sudah cukup bagus, tetapi, apa kata jika kami menukar resepi tersebut menjadi resepi kek cawan teh tarik cip coklat pula? Apa yang diperlukan cumalah satu bahan lagi dan tiada masa tambahan untuk menyediakan resepi ini. Persoalan yang perlu dijawab sekarang adalah, adakah teh tarik dan coklat merupakan kombinasi yang baik? Jawapannya ialah, ya.

Secubit garam yang dimasukkan dalam resepi asal memberikan kek cawan tersebut perisa yang manis tetapi savori dan tambahan cip coklat hanya meningkatkan lagi kenikmatan rasa kek tersebut. Kek cawan teh tarik cip coklat ini sememangnya sesuatu yang wajib anda cuba.

 

Bahan-bahan

  • 1 uncang teh
  • 2 sudu besar susu
  • 2 sudu besar tepung serbaguna
  • 1 ½ sudu besar gula kasar
  • ¼ sudu kecil serbuk penaik
  • 1/8 sudu kecil garam
  • ¾ sudu besar minyak sayuran + minyak tambahan untuk mengris cawan
  • ¼ sudu kecil ekstrak vanila
  • 1 sudu besar cip coklat

 

Cara-cara

  1. Dalam cawan atau mangkuk selamat ketuhar, panaskan susu pada suhu tinggu selama 30 saat.
  2. Masukkan 1 uncang teh ke dalam susu, gunakan sudu untuk menekan uncang teh ke dalam susu. Ketepikan dan biar teh meresap ke dalam susu.
Uncang teh meresap di dalam susu
  1. Di dalam mangkuk berasingan, masukkan tepung, gula, serbuk penaik dan garam. Gunakan pemukul untuk menyatukan bahan-bahan sehingga sekata.
Bahan kering
  1. Keluarkan uncang teh dari susu, tetapi pertama sekali, jangan lupa untuk perah keluar sebanyak mana cecair yang boleh dari uncang tersebut. Kami mendapat cara paling mudah untuk keluarkan cecair adalah dengan menekan uncang teh pada dinding cawan menggunakan belakang sudu. Buang uncang teh.
  2. Masukkan teh-susu ke dalam campuran bahan kering. Kacau menggunakan pemukul telur sehingga sekata.
  3. Seterusnya, masukkan minyak masak dan vanilla ke dalam adunan. Kacau dengan pemukul sehingga rata.
  4. Masukkan beberapa titis minyak ke dalam cawan kecil yang ketuhar selamat. Anda boleh menggunakan berus atau tisu dapur untuk menyapu minyak di bahagian dalaman cawan. Secara alternatif, anda boleh menggunakan penyembur masakan.
  5. Tuang adunan ke dalam cawan yang digris.
  6. Tabur cip coklat di bahagian atas adunan. Jangan kacau kerana akan menyebabkan cip coklat mendap ke bawah.
  7. Bakar di dalam ketuhar mikro pada suhu panas selama 1 minit dan 30 saat.
  8. Biarkan kek menyejuk selama seminit sebelum menghidang.

 

Tip tambahan

  1. Pilihlah uncang teh yang mempunyai rasa yang paling kuat. Jika tiada, uncang teh yang biasa juga boleh digunakan. Teh O mempunyai rasa yang lebih ringan berbanding campuran teh tarik biasa. Jadi, kami tak mencadangkan anda menggunakan teh tersebut.
  2. Jangan gunakan paket teh tarik tiga-dalam-satu. Kami mencubanya tetapi rasa teh tidak cukup menonjol.
  3. Tiada teh Malaysia? Pilih teh hitam berperisa kuat seperti Darjeeling, Ceylon atau Earl Grey. Rasanya tidak sama tetapi itulah perisa yang paling dekat dengan rasa teh tarik yang anda boleh perolehi. Jangan gunakan teh buah atau perisa tambahan. Ingat, anda mahu menggunakan serbuk teh (daun teh yang dikisar) di dalam uncang teh anda dan bukannya daun teh kering. Jadi, pilihlah jenama yang lebih murah dan biarkan teh yang mahal untuk apabila nenek atau Putera William datang melawat anda.
  4. Minyak masak yang tidak mempunyai rasa yang kuat paling sesuai digunakan dalam resepi ini seperti minyak biji anggur, jagung atau bunga matahari. Gunakan minyak kelapa, bijan atau zaitun anda untuk resepi lain.
  5. Cip coklat biasa, separa manis atau hitam? Kesemuanya sesuai untuk resepi ini. Pilih cip coklat yang anda paling gemari!
  6. Jika anda mahu serakan cip coklat yang sekata di seluruh kek teh tarik cip coklat cawan, tuang separuh adunan ke dalam cawan dahulu. Kemudian, tabur cip coklat. Selepas itu, tuang baki adunan dan letakkan baki cip coklat di atas.
  7. Kek cawan ketuhar mikro akan mengeras dan menjadi liat dan kenyal apabila sudah sejuk. Pastikan anda makan kek sementara masih panas!
  8. Kek teh tarik cip coklat cawan sesuai dinikmati dengan aiskrim vanilla. Memang sedap.

 

Kaya, suam, lembut dan menyelesakan, kek cawan ini seolah-olah kek minum petang mewah di dalam cawan! Cubalah resepi kami dan tunjukkan hasil kek cawan teh tarik cip coklat anda dengan meletakkan hashtag #butterkicap pada gambar anda!


 


print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.