Cef Selebriti Ili Sulaiman dan Inspirasi Masakannya

Pasukan Butterkicap berada di dapur Dish by Ili/Root Cellar KL di Bangsar untuk bertemu dengan seorang wanita yang membawa pandangan dan nafas baru dalam bidang kulinari tempatan; Ili Sulaiman.

Mesra dan ramah berceloteh, Ili Sulaiman bukan sekadar seorang selebriti kulinari malah melihat dunia masakan sebagai sebuah landasan yang menjangkaui ruang dapur.

Sebelum bercerita dengan lebih lanjut lagi, ayuh kita mengenali siapakah Ili Sulaiman.

 

Mengenali Ili

Credit: dishbyili.thelocalsearches.com

Minat Ili dalam bidang kulinari merupakan sesuatu yang sudah lama dipupuk dalam diri beliau menerusi ibu bapa beliau sendiri.

Penglibatan mereka di dalam bidang perkhidmatan dan industri F&B selama 35 tahun telah mendorong Ili untuk bekerja di sebuah restoran makanan kelas tinggi, Mosimann di London setelah tamat pengajian.

Minat beliau dalam bidang kulinari betul-betul berkembang setelah bekerja di sana. Selama tiga tahun bersama Mosimann, mata beliau telah dibuka dan melihat bahawa dunia kulinari bukan sekadar duduk di belakang dapur tetapi berkenaan hospitaliti juga.

Setelah beberapa tahun selepas kepulangan beliau ke tanah air, Ili memulakan perniagaan penghantaran makanan beliau sendiri iaitu Dish by Ili yang berkonsepkan makanan rumah dalam tifin. Kejayaan Dish by Ili memarakkan lagi api kesungguhan dalam diri Ili untuk menabur bakti dalam dunia masakan.

 

Pandangan Kulinari dan Inspirasi Masakan Ili

Setiap cef dan tukang masak pasti mempunyai prinsip, pandangan mahupun inspirasi masing-masing. Begitu juga dengan Ili Sulaiman. Bagi beliau, prinsip, pandangan dan juga konsep masakan beliau terbentuk kerana seorang individu yang cukup penting bagi beliau.

“Nenek saya memang pandai memasak. Saya membesar dengan masakan beliau. Apabila saya ke London untuk belajar, masa itulah saya sedar bahawa sangat susah untuk masyarakat Malaysia yang tinggal di luar negara untuk dapatkan makanan rumah. Jadi, setiap kali saya pulang ke Malaysia, saya akan duduk dengan nenek saya dan belajar daripada beliau. Kini, nenek dah tiada tetapi saya berazam untuk teruskan legasi beliau dengan pengaruh saya ada sekarang.”

Oleh sebab itulah, Ili merasakan terdapat kepentingan untuk menjadikan makanan Malaysia sebagai relevan dengan peredaran masa iaitu ringkas, mudah dan cepat untuk disediakan oleh masyarakat Malaysia, baik di dalam atau di luar negara, yang menginginkan rasa masakan rumah.

Melihat Jamie Oliver sebagai inspirasi beliau, Ili berkata:

“Jamie Oliver merupakan seorang cef yang mengetahui tentang kepentingan menjadikan penyediaan makanan relevan dengan gaya hidup masyarakat zaman ini.

Rancangan masakan, buku Jamie Oliver sebenarnya menggalakkan orang ramai untuk mencari masa menyediakan masakan rumah, baik dalam 15 minit atau 30 minit, kerana tiada yang lebih berkhasiat daripada masakan rumah. Saya juga mahu membuat begitu kerana sudah tiba masa untuk jadikan masakan Malaysia global dan lebih ringkas sehingga dapat disediakan walau di mana-mana sahaja dengan bahan yang sedikit.”

Ternyata, pandangan Ili merupakan suatu yang cukup berinovasi dan membawa nafas baru dalam hala tuju perkembangan dunia kulinari tempatan.

 

ili sulaiman

Dari “Agak-Agak” ke “Dish by Ili”

Atas pandangan dan matlamat inilah, Ili bersama-sama dua orang rakan beliau, Basira Yeuseuff (Pengasas Root Cellar KL) dan Nizam untuk memulakan suatu inisiatif yang dipanggil sebagai “Agak-Agak”.

Apabila bertanya kepada beliau tentang pemilihan nama “Agak-Agak” itu, Ili berkata ringkas:

“Masyarakat Malaysia belajar memasak dengan konsep ‘agak-agak’. Kita tiada latihan ataupun ukuran yang rasmi untuk merekod resepi masakan kita seperti masyarakat di Barat. Oleh sebab itulah, ada kalanya apabila kita masak, rasa itu tak sama dengan apa yang kita rasa sebelum ini. Jadi, inisiatif ‘Agak-Agak’ dilihat sebagai selangkah ke hadapan dalam menetapkan pandangan kulinari saya sebagai satu jenama global untuk promosi masakan Malaysia.”

Selain itu, model perniagaan Agak-Agak tertumpu  pada kelestarian perniagaan menerusi saluran pendapatan termasuklah pembukaan restoran Agak-Agak yang menghidangkan makanan Malaysia dengan sentuhan moden, perkhidmatan konsultasi dan pembungkusan kodel perniagaan yang dapat memanfaatkan ahli masyarakat.

Hal ini adalah berbeza dengan konsep yang diketengahkan menerusi Dish by Ili.

“Pada mulanya, saya mulakan Dish by Ili kerana saya mendapat inspirasi daripada seorang rakan saya yang sakit dan mahu dapatkan keselesaan makanan Malaysia yang sering dihidangkan di rumah tetapi itu dahululah.

Kini, Dish by Ili tidak lagi membuatkan perkhidmatan penghantaran makanan dan tertumpu pada penganjuran bengkel, kelas masakan, demonstrasi masakan, katering untuk jamuan dan acara serta sesi perbincangan tentang dunia kulinari dan masakan.”

Pencapaian Kulinari Ili

Apabila mendengar tentang perjalanan kulinari beliau, kami sememangnya berasa kagum dengan pencapaian yang telah dicapai oleh Ili Sulaiman dalam jangka masa yang cukup pendek sebagai seorang cef selebriti.

Dengan rasa rendah diri, Ili hanya tersebut dan berkata, “Saya tidak menganggap diri saya sebagai seorang cef ataupun selebriti. Saya cuma seorang tukang masak. Saya tidak terima apa-apa latihan profesional kecualilah yang diperoleh daripada nenek saya. Perjalanan saya masih jauh lagi.”

Ili sulaiman
Ciptaan istimewa oleh Ili Sulaiman, roulade ayam rendang.

Meskipun begitu, dalam tempoh 4 tahun beliau berkecimpung secara serius dalam dunia masakan dan kulinari, beliau mempunyai resume kulinari yang cukup mengagumkan.

Bermula pada tahun 2011, beliau merupakan sebahagian daripada kumpulan katering yang menyediakan makanan untuk majlis perkahwinan diraja Putera William dan Katherine Middleton.

Setelah pulang ke tanah air dan mengasaskan Dish by Ili, beliau menyertai program mencari bakat “Food Hero Asia” di Saluran Makanan Asia (AFC) 2015 dan menang. Sejak itu, beliau mula muncul di kaca televisyen dengan rancangan masakan seperti “Diari Mangkuk Tingkat”, “By the Sea With Ili” dan “Inspired with Anna Olsen”.

Kalau itu tidak cukup mengagumkan lagi, kami pasti ada pelbagai projek yang beliau belum umumkan lagi yang pasti membuatkan resume beliau lebih hebat.

 

Rancangan Masa Hadapan Ili Sulaiman

Apabila bertanya tentang rancangan masa hadapan beliau, Ili menjawab dengan ketawa kecil, “Buat masa ini, ada terlalu banyak yang berlaku sehingga saya tidak dapat senaraikan tetapi berita terkini yang saya dapat kongsi ialah saya dipilih untuk menjadi duta produk peralatan dapur, Tefal. Pelbagai pengalaman baru saya tempa dengan jawatan baru saya ini.

Berkenaan pencapaian peribadi saya sendiri, saya sedang dalam proses menyiapkan buku masakan saya dan mungkin diterbit pada suku ketiga tahun ini. Pada masa yang sama, kami masih sibuk menetapkan laman web, siapkan kandungan laman web dan macam-macam lagi.

Berkenaan Agak-Agak pula, kami sedang menumpukan perhatian dalam penyediaan latihan dan perkhidmatan kerana kami terima banyak maklum balas yang positif daripada orang ramai tentang perkhidmatan Agak-Agak.

Saya, Nizam dan Basira, sama-sama sedang membangunkan satu program latihan perkhidmatan untuk pengusaha restoran ikuti. Semestinya kami berasa bangga dengan hal tersebut.

Program ini juga dilihat sebagai satu usaha kami untuk membantu syarikat sosial seperti peserta Picha Project dan Makanlah!.

Memang ada banyak perkara yang sedang berlaku buat masa ini dan saya tidak sabar untuk lihat perkembangan projek-projek ini nanti.”

 

 

Pertemuan kami bersama Ili berakhir dan berdasarkan sesi perbualan kami, satu perkara yang jelas tentang wanita bernama Ili Sulaiman ialah beliau sememangnya seorang perintis kulinari yang mempunyai visi dan misi yang cukup murni.

Kami di Butterkicap berharap Ili akan terus kuat mengejar cita-cita beliau dalam mengembangkan lagi ideologi beliau bahawa masakan bukan sekadar skil di dapur malah melibatkan aspek layanan, hospitaliti dan kemesraan.

Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang Ili dan juga usaha-usaha beliau buat masa ini, anda boleh mengunjungi laman web Dish by Ili atau hubungi pasukan Ili di  +6017 300 5066 atau dishbyili@gmail.com

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom giriş casibom bahsegel jojobet giriş HOLİGANBET jojobet Parents In College casibom giriş casibom giris