7 Resepi Lauk Kurma Yang Pasti Bangkit Selera

Lauk kurma merupakan salah satu hidangan yang seringkali dihidangkan dengan nasi minyak atau nasi tomato.

Namun begitu, nasi tersebut pasti selalu digandingkan dengan daging lembu atau ayam kurma sahaja. Tahukan anda bahawa lauk tersebut boleh digantikan dengan pelbagai jenis daging?

Kami di Butterkicap akan berkongsi dengan anda 7 resepi lauk kurma yang terdapat di Malaysia agar terdapat kepelbagaian serta kreativiti dalam menyediakan hidangan anda sama ada di hari biasa mahupun musim perayaan.

 

1. Ayam Masak Kurma

Kredit: resepicheff.blogspot.my

Antara lauk kurma yang sering didengari atau dibuat semasa kerja kahwin ataupun majlis yang menggunakan nasi minyak atau nasi tomato ialah ayam masak kurma. Ia menjadi pilihan ramai orang apabila mahu digandingkan dengan nasi tersebut.

Bahan-bahan:

  • 500g ekor ayam ayam segar, dipotong-potong.
  • 1 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum buah pelaga
  • 2 cawan santan pekat
  • 1/2 peket rempah kurma
  • 1 buah tomato (dibelah empat)
  • 1 biji kentang (dibelah empat)
  • 1 batang lobak merah (dipotong dadu besar)
  • 2 biji cili besar (hijau dan merah)
  • 2 biji bawang besar (dibelah empat)
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 4 sudu besar Garam
  • 4 sudu besar gula

Bahan Dikisar:

  • 5 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 1 cm halia

Langkah-langkah:

  1. Panaskan minyak.
  2. Masukkan rempah tiga serangkai iaitu, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
  3. Kemudian masukkan bahan kisar, kacau sehingga berbau harum dan kekuningan.
  4. Setelah itu, masukkan pula rempah kurma, dan kacau sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan potongan ayam yang sudah dibersihkan, kacau sebati dan biarkan ianya masak seketika.
  6. Setelah itu, masukkan kentang dan lobak merah serta sedikit air asam jawa.
  7. Kemudian masukkan santan, dan masaklah sehingga empuk.
  8. Biarkan mendidih sehingga masak, dan terakhir masukkan garam, bawang besar dan juga tomato serta cili besar tadi. Jika mengering, bolehlah tambah sedikit air dan biarkan ia mendidih kembali.
  9. Siap dan hidangkan dengan nasi pilihan anda.

2. Daging Lembu Masak Kurma

Kredit: Youtube.com

Lauk seterusnya yang sering dibuat oleh kebanyakkan rakyat Malaysia ialah daging masak kurma. Kami sangat mensyorkan anda membuat resepi ini dan memilih bahagian daging yang berlemak kerana bahagian lemak yang akan menambah perisa hidangan ini.

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging lembu (dipotong kecil seperti memasak rendang)
  • 4 cawan air
  • 300 gm santan pekat
  • 2 sudu besar garam
  • 2 batang cili hijau
  • 2 batang cili merah
  • 3 biji kentang (dibelah dua atau empat)
  • 3 biji tomato (dibelah dua)
  • 4 helai daun ketumbar
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 5 biji buah pelaga
  • Secukup minyak masak dan 1 sudu besar minyak sapi

Bahan Kisar:

  • 2 biji bawang besar (saiz besar)
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 6 sudu besar rempah kurma

Langkah-langkah:

  1. Panaskan minyak & m.sapi dalam periuk. Masukkan cengkih, pelaga, kayu manis bersama rempah kisar. Tumis sehingga rempahnya garing. Bubuh sedikit air jika perlu.
  2. Kemudian, masukkan pula daging bersama 3 cawan air dan masak hingga daging ½ empuk.
  3. Seterusnya, masukkan santan pekat, kentang, cili hijau, merah, lebihan air tadi dan bubuh garam.
  4. Masak lagi hingga daging empuk sepenuhnya. Masukkan pula tomato dan daun ketumbar .
  5. Kecilkan api dan biarkan selama lebih kurang 5 minit sebelum dimatikan api. Keadaan kuahnya mestilah agak pekat dan tidak cair.
  6. Pindahkan ke mangkuk hidang dan sangat sedap dimakan dengan roti.

3. Kurma Telur

Kredit: zulfadreamland.blogspot.my

Resepi lauk seterusnya ialah kurma telur. Anda pasti khuatir kerana kurma telur dimasukkan dalam senarai ini bukan? Hidangan ini dimasukkan ke dalam senarai ini kerana ia mudah dimasak dan sangat sedap digandingkan dengan kuah kurma.

Bahan-bahan:

  • 5 biji telur rebus (dikupas dan digoreng)
  • 2 biji ubi kentang (dikupas dan potong 4)
  • 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 cm halia (ditumbuk)
  • 3 sudu besar rempah kurma (campur air sedikit)
  • 2 cawan santan sederhana pekat
  • 2 biji cili hijau dibelah dua
  • 1 biji bawang besar (dibelah 6)
  • 1 keping asam gelugur
  • 3 sudu besar Garam
  • 3 sudu besar gula
  • Minyak

Bahan Tumis:

  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga

Langkah-langkah:

  1. Panaskan minyak masak dan tumiskan rempah tumisan sehingga wangi.
  2. Masukkan bahan tumbuk dan biarnya hingga wangi.
  3. Kemudian, masukkan pes kurma dan kacau rata hingga naik minyak.
  4. Selepas itu, masukkan santan, kentang, garam dan gula. Masak hingga kentang empuk sambil dikacau supaya santan tak membuak.
  5. Masukkan asam gelugur, telur rebus yang telah digoreng, bawang besar dan cili padi.
  6. Sambung Masaknya dan akhir sekali masukkan tomato.
  7. Selepas 10 minit (atau selepas kuah pekat), tutup api dan hidangkannya.

4. Ikan Tenggiri Masak Kurma

Kredit: aidahjune.blogspot.my

Kami pasti anda jarang dengar tentang ikan tenggiri masak kurma. Resepi ini agak unik kerana ia menggunakan bahan yang jarang digunakan dalam membuat lauk kurma iaitu ikan tenggiri. Cubalah resepi ini kepada peminat ikan tenggiri.

Bahan-bahan:

(Bahan * ditumbuk sekali)

  • 4 keping ikan tenggiri
  • 2 sudu besar rempah kurma
  • 2 Bawang kecil*
  • 1 halia*
  • 2 bawang putih*
  • 2 kuntum Bunga lawang
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil Sedikit halba
  • 1 sudu kecil biji sawi
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 1/2 cawan Santan pekat
  • 3 helai Daun limau purut
  • 2 cili hijau (potong serong)
  • 2 cili merah (potong serong)

Langkah-langkah:

  1. Tumiskan kesemua bahan sehingga kekuningan dan wangi.
  2. Kemudian, masukan sedikit air dan serbuk rempah kurma sehingga pecak minyak.
  3. Setelah pecah minyak masukkan santan, ikan, asam, cili-cili, daun limau dan garam.
  4. Masak dengan api perlahan sehingga semua ikan empuk.
  5. Tutup api dan hidangnya dengan nasi yang panas.

5. Udang Berempah Kurma

Kredit: orangeshowspeedway.net

Resepi seterusnya ialah Udang berempah kurma. Ini merupakan antara resepi yang amat kami minati kerana ia mengabungkan dua perkara yang kami sukai iaitu udang dan juga kuah kurma. Mahu rasanya? ikut sahaja resepi ini.

Bahan-bahan:

  • 8 ekor udang besar (kulit dikekalkan dan urat hitam dibuang)
  • 4 biji buah pelaga
  • 4 cm kulit kayu manis
  • 1 labu bawang besar (dipotong kiub kecil)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  • 5 tangkai cili kering (dipotong dan buang biji)
  • 2 sudu besar rempah kurma (dicampur dengan sedikit air)
  • 1/3 cawan susu sejat
  • Minyak untuk menumis

Langkah-langkah:

  1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bawang besar, bawang putih, buah pelaga dan kulit jayu manis sehingga bawang kelihatan kuning.
  2. Masukkan cili kering dan goreng sekejap.
  3. Kemudian masukkan rempah kurma dan masak sehingga minyak naik dan rempah kelihatan sedikit gelap.
  4. Masukkan susu sejat dan kacau sehingga sebati. Masak rempah sehingga hampir kering
  5. Masukkan udang dan garam secukup rasa. Kacau sehingga rata dan sambung masak selama 10 minit.
  6. Hidangkan.

6. Ketam Beriyani

Kredit: ririnbogor.blogspot.my

Hidangan seterusnya yang ingin kami berkongsi dengan anda ialah ketam masak kurma. Sebentar tadi anda telah diajar cara masak udang, sekarang kami menggunakan ketam.

Bahan-bahan:

  • 2 ekor Ketam Bunga (sederhana besar)
  • 5 ulas Bawang Merah
  • 4 ulas Bawang Putih
  • 1 inchi Halia
  • 1 inchi kulit kayu manis, sekuntun bunga lawang dan 2 biji buah pelaga
  • 1/2 cwn minyak masak
  • 1/4 cwn susu cair
  • 2 sudu besar rempah briyani
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • garam dan gula secukup rasa
  • 3 cawwn air
  • Cili merah (hiasan)

Langkah-langkah:

  1. Bersihkan ketam dan cuci sehingga bersih.
  2. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
  3. Masukkan bahan kisar bawang merah, bawang putih dan halia yang dicampur rempah briyani dan kurma
  4. Setelah rempah garing, masukkan air dan tunggu sehingga mendidih dan masukkan ketam
  5. Masukkan pula susu cair, kacau rata dan rasakan dgn garam dan gula.
  6. Setelah masak boleh diangkat dan dihias dgn cili merah

7. Itik Masak Kurma

Kredit: sayachefkecil.blogspot.my

Resepi terkahir bagi edisi resepi kurma kami ialah itik masak kurma. Kami tahu bahawa ada di antara pembaca kami yang gemari itik, maka dengan itu, kami akan berkongsi dengan anda cara memasak itik dengan kuah kurma.

Bahan-bahan:

  • 1 ekor itik muda (potong 8 bahagian)
  • 1/2 sudu  kecil garam
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • 5 sudu besar minyak
  • 6 biji bawang merah (Diiris nipis)
  • 1 batang serai (ditumbuk)
  • 2 biji buah pelaga
  • 5cm kayu manis
  • 250 ml santan pekat
  • 1 liter santan cair (ditambahkan air pada santan pekat)
  • 10 helai daun salam

Bahan Dikisar:

  • 10 biji lada merah
  • 3 sudu kecil kunyit (dicincang)
  • 1 sudu kecil halia (dicincang)
  • 2 sudu besar daun ketumbar.
  • 1 sudu kecil jintan manis.
  • 5 biji buah keras
  • 2 sudu kecil kas-kas
  • 4 ulas bawang putih
  • 8 biji bawang merah.

Langkah-langkah:

  1. Langkah pertama, lumurkan daging itik dengan garam dan asam Jawa, biarkan selama 10 minit dan letakknya di tepi dahulu.
  2. Panaskan kuali dan tumiskan bawang merah sehingga layu.
  3. Kemudian, masukkan bahan yang dikisar berserta dengan serai, pelaga dan kayu manis. Gaulkan hingga naik bau.
  4. Selepas itu, masukkan potongan itik dan gaul hingga itik mula lembut.
  5. Tuangkan santan cair dan masukkan daun salam. Biarkan ia didih hingga kuah tinggal setengah.
  6. Masukkan santan kental dan masak sampai daging itik lembut serta kuah naik minyak.
  7. Selepas minyak sudah naik, tutup api dan pindahkan lauk dalam magkuk.
  8. Makan dengan nasi yang baru masak.

 

 

Dengan resepi itik masak kurma, maka berakhirlah edisi kami yang mengentengahkan lauk yang menggunakan kurma. Kami tahu bahawa terdapat sesetengah lauk ini menggunakan cara serta bahan yang sama tetapi kami pasti ia sedap.

Kami sangat berharap agar anda boleh berkongsi dengan kami akan lauk  anda buat yang menggunakan kurma. Kongsikan bersama kami dengan #butterkicap. Selamat mencuba.

print
Y. Helmy
Y. Helmy

Yusof Helmy is a lover of all things rainbow; be it from rainbow cupcakes to rainbow bagels. He believes that in order to enjoy and love food, one must throw the weighting scale in the trash and eat those who say that you are on the fluffier side ( He practise cannibalism sometimes ). He is on the journey of finding his joie de vivre.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More