7 Resepi Kurma Unik yang Pasti Menggamit Selera

Kredit: Google Pictures

 

Kurma sememangnya satu buah yang cukup sinonim dengan waktu perayaan Islam seperti sambutan Ramadan. Namun begitu, kurma bukan sekadar buah yang dijamah apabila ingin membuka puasa sahaja. 

Dari aspek keagamaan, kurma mempunyai tempat yang istimewa dalam kalangan penganut Islam kerana kurma merupakan salah satu daripada makanan sunnah nabi yang disyorkan untuk dimasukkan dalam pemakanan. Kenapa? Bacalah di bawah.

 

Nilai Kesihatan Sebiji Kurma

Buah kurma mengandungi glukosa, iaitu sejenis gula yang telah diproses, menjadikan tubuh boleh terus menyerap khasiatnya secara serta-merta apabila dimakan dan memberikan tenagan berterusan untuk anda lakukan .

Selain itu, kurma juga kaya dengan kandungan serat yang tinggi yang membantu proses pelawasan dan mencegah barah usus. Di dalam sebiji kurma juga terdapat bermacam lagi kandungan berkhasiat seperti vitamin A dan C, zat besi, fosforus, potasium, sodium dan kalsium.

Lebih istimewa lagi, buah kurma juga merupakan buah yang tidak bermusim dan boleh didapati sepanjang masa. Terdapat dua jenis kurma yang utama iaitu segar atau yang telah dikeringkan. Di Malaysia, biasanya kurma kering yang paling mudah didapati.

 

Malas Nak Makan Kurmalah…

Saya pasti ada dalam kalangan anda yang tak begitu suka makan kurma begitu saja kerana tak begitu sukakan rasa kurma tersebut. Jadi, apa kata anda cuba resepi-resepi di bawah untuk jadikan kurma lebih menarik untuk dimakan.

1. Ais Krim Kurma Dan Madu

Kredit: Palestine Kitchen

Bahan-Bahan:

  • 1 tin susu pekat yang sejuk
  • 750ml krim putar
  • 1 sudu kecil serbuk vanila
  • ¼  sudu besar kayu manis
  • 225g kacang badam
  • 100g kacang pistacio
  • 150g kurma, dicincang
  • 60ml sirap kurma

 

Cara-Cara:

  1. Masukkan susu pekat, krim putar dan serbuk vanila dalam mangkuk pengadun. Pukul semua bahan dengan menggunakan mesin pengadun elektrik.
  2. Pukul sehingga pekat dan berkrim. Selepas itu, masukkan badam, pistacio dan kurma dalam adunan krim.
  3. Tuang separuh campuran adunan ke dalam bekas bersaiz 12cm x 23 cm yang dilapik.
  4. Titiskan sirap kurma di atas adunan krim tersebut dengan rata dan kacau sedikit.
  5. Tutup dulang tersebut dan simpan dalam peti beku. Bekukan selama sekurang-kurangnya 12 jam sehingga mengeras.
  6. Keluarkan dari peti beku dan biat selama 3 minit sebelum mula menghidang.
  7.  

 

2. Jem Kurma

Kredit: bestversionvegan.com

Bahan-Bahan:

  • 100g kurma, dibuang biji dan dicincang kasar
  • 250ml jus epal
  • 1 sudu ekstrak vanila
  • ¼  sudu besar kayu manis

Cara-Cara:

  1. Cincang kasar buah kurma dan masukkan ke dalam periuk besar.
  2. Masukkan 1 sudu teh ekstrak vanila, 250ml jus epal dan ¼ sudu teh kayu manis.
  3. Panaskan periuk atas api sederhana besar dan biar mendidih hingga masak selama 20 minit.
  4. Tuangkan jem panas ke dalam balang yang disteril.
  5. Cara untuk mensteril balang dan penutup adalah dengan mendidihkannya dalam air panas selama 10 minit.

3. Susu Kocak Kurma

Kredit: fooddoodles.com

Bahan-Bahan:

  • 12 biji kurma
  • 2 cawan susu
  • 1 senduk aiskrim vanila

Cara-Cara:

  1. Buang biji kurma dan hiris nipis.
  2. Masukkan kurma ke dalam mesin kisar dan tambahkan 1/2 cawan susu.
  3. Kisar bahan tersebut sehingga menjadi puri.
  4. Masukkan susu yang berlebihan dan aiskrim. Kisar sekali lagi sehingga menjadi susu kocak.
  5. Selepas itu, tuang ke dalam gelas tinggi dan hidangkannya.

4. Kek Badam Kurma

Bahan-Bahan:

  • 300g kurma, dibuang biji dan dicincang kasar
  • 350ml air
  • 3 sudu teh kopi segera
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 100g mentega
  • 220g tepung naik sendiri
  • 220g gula perang
  • 100 gram badam, dicincang kasar
  • 4 sudu besar air oren
  • 3 telur
  • 1 sudu teh garam

Cara-Cara:

  1. Panaskan ketuhar hingga 180 ° C . 
  2. Buang biji serta hiris kurma, masukkan dalam periuk yang berisi air kopi segera dan satu sudu besar air. Panaskan atas api sederhana besar.
  3. Apabila cecair sudah mendidih, angkat periuk dari api dan masukkan soda bikarbonat. Biarkan larut selama beberapa minit dan kacau dengan berhati-hati. Ketepikan.
  4. Rebus badam dicincang kasar, letakkan dalam mangkuk kecil dan tuangkan air jus oren. Biarkan terendam selama 15 minit.
  5. Dalam mangkuk besar, pukul krim dan gula sehingga ringan dan lembut.
  6. Masukkan tepung naik sendiri, telur (satu demi satu), kacau sehingga adunan menjadi berkrim. Masukkan campuran kurma dan badam yang dicincang dan air jus oren.
  7. Griskan dulang kek menggunakan mentega.
  8. Tuangkan ramuan ke dalam dulang kek dan bakar selama 40 minit, atau sehingga kek sudah masak. Gunakan lidi untuk mengetahui jika kek sudah masak.
  9. Biarkan sejuk selama 10 minit sebelum dihidangkan.

5. Kurma Khushaf

Kredit: Pinterest

Bahan-Bahan:

  • 12 aprikot kering
  • 6 keping mangga kering
  • 6 buah ara kering
  • 6 prun kering
  • 6 kurma
  • 1/4 cawan kranberi kering
  • 1/4 cawan kismis emas
  • 1/4 cawan kacang hazel, dipanggang
  • 1/4 cawan kelapa parut panggang
  • 1 cawan santan
  • 1/2 cawan jus mangga

Cara-Cara:

  1. Potong buah dan kacang menjadi ketulan kecil. Masukkan ke mangkuk besar. Masukkan kismis, kranberi dan kelapa parut panggang.
  2. Masukkan santan dan jus mangga ke dalam mangkuk.
  3. Sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya selama 30 minit. Buah dan kacang akan menyerap sebahagian besar daripada cecair. Sebelum menghidang, tambahkan 1/4 cawan jus atau santan lagi dalam setiap mangkuk hidangan jika kelihatan kering.

6. Bebola Kurma Kacang

Kredit: minimalistbaker.com

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan (10 biji) kurma, dibuang biji
  • 1/2 cawan kacang panggang tanpa garam
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara-Cara:

  1. Letakkan kurma dalam pemproses makanan. Kisar kurma tersebut sehingga menjadi pes.
  2. Kemudian, masukkan kacang dan garam. Sambung kisar sehingga kacang dicincang halus.
  3. Menggunakan tangan lembap, adunan diuli menjadi bebola kecil. Simpan dalam bekas kedap udara pada suhu bilik.

7. Agar-agar Kurma

Bahan-Bahan:

  • 3 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan buah kurma, dibuang biji dan dicincang kasar
  • 100g gula
  • 20g agar-agar kering
  • 1 sudu besar esen ros
  • 1 sudu teh pewarna

Cara-Cara:

  1. Rendam agar-agar kering selama 30 minit.
  2. Kemudian didihkan hingga agar-agar bersama air dan gula hingga larut sepenuhnya.
  3. Tapis dan tuang semula ke dalam periuk. Masukkan susu cair, esen ros, sedikit pewarna dan cincangan buah kurma lalu didihkan lagi dengan api yang kecil (sampai hampir mendidih).
  4. Kacau sebati dan tuang ke dalam acuan pilihan dan sejukkan.
  5. Sedia dihidangkan.

Sudut Baru Kurma

Saya pasti anda sudah tak sabar nak cuba resepi-resepi kurma yang anda tak pernah tengok atau cuba sebelum ini seperti resepi Kurma Kushaf , betul tak? Kalau anda ada resepi-resepi kurma yang lebih unik dan paling penting, menyelerakan, bolehlah berkongsi bersama kami dengan menghantar resepi kepada kami di Instagram, Facebook mahupun Twitter.

Apapun, selamat mencuba!

print
Y. Helmy

Yusof Helmy is a lover of all things rainbow; be it from rainbow cupcakes to rainbow bagels. He believes that in order to enjoy and love food, one must throw the weighting scale in the trash and eat those who say that you are on the fluffier side ( He practise cannibalism sometimes ). He is on the journey of finding his joie de vivre.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.