7 Kedai Makan yang Wajib Dicuba Sekitar Stesen MRT

Bagi penduduk kota, kesesakan tidak dapat dipisahkan untuk setiap hari di jalan raya. Jadi, usaha mengurangkan kesesakan itu telah dilaksanakan oleh kerajaan dengan pembinaan lebih banyak pengangkutan awam seperti monorail, komuter dan yang paling terkini ialah MRT (Mass Rapid Transit). MRT mula beroperasi sejak akhir tahun 2017 di laluan Sungai Buloh-Kajang.

Anda tidak lagi memikirkan soal kesesakan dan masalah dalam meletakkan kenderaan, anda cuma perlu berjalan dan menikmati permandangan bandar dengan berjalan di sekitarnya. Untuk mereka yang gemar berjalan dan mencari sesuatu yang menarik. Anda boleh cuba naik MRT dahulu dan buat ‘food hunting’ di semua stesen MRT yang ada.

Anda pasti tidak akan menyesal kerana terdapat banyak tarikan yang bakal anda terokai sepanjang stesen MRT. Antara makanan yang wajib dicuba sekitar stesen MRT termasuklah di sekitar MRT Kota Damansara, MRT Mutiara Damansara, MRT Pasar Seni, dan MRT Bukit Bintang, MRT Semantan, MRT Muzium Negara dan banyak lagi stesen MRT laluan Kajang-Sg.Buloh.

Di sini Butterkicap senaraikan makanan wajib dicuba sekitar stesen MRT, antaranya adalah seperti berikut:

Nasi Ayam Warisan KD, Stesen MRT Kota Damansara

stesen MRT

Nasi ayam Warisan KD merupakan sebuah gerai yang terletak di Seksyen 6, Kota Damansara. Lokasi yang dipilih amat sesuai dan menarik untuk menikmati keenakan tersendiri nasi ayam yang disediakan. Terdapat dua jenis sajian iaitu ayam kukus dan ayam goreng yang pasti membuatkan anda merasa terliur dan ingin datang mencubanya sendiri. Kalau dah pernah datang, anda akan mengulangi semula untuk datang ke gerai ini.

Selain daripada menyediakan sajian nasi ayam, gerai ini juga pelbagai jenis sajian ayam seperti ayam double, ayam special dan ayam biasa steam & roast. Bagi memudahkan pencarian anda, kami menyediakan alamat penuh bagi anda mencari lokasi yang lebih spesifik untuk Nasi Ayam Warisan KD ini.

Stesen MRT yang hampir dengan gerai ini ialah MRT Kota Damansara. Jadi, rancang perjalanan anda jika anda tidak mahu melepaskan peluang untuk mencuba sajian ini.

Laman web: https://www.facebook.com/pages/Nasi-Ayam-Warisan-Kd/

Harga: RM6.00-RM13.00

Waktu operasi: 10:00 AM-08:00 PM

Lokasi: 21, 17, Jalan Cecawi 6/19a, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.

Wing Stop, Stesen MRT Mutiara Damansara

stesen MRT
Kredit: pinterest.com/

Jika anda ingin merasai pelbagai jenis hidangan berasaskan kepak ayam, lokasi yang wajib anda tuju ialah MRT Mutiara Damansara, iaitu Wing Stop. Restoran Wing Stop ini merupakan restoran francais yang datang dari Amerika Syarikat dan pertama kali beroperasi di Malaysia. Sajian kepak ayam di sini terdiri dari 10 variasi rasa yang berbeza dan kepelbagaian ini pasti akan membuatkan anda teringin hendak mencuba semua perisa yang ada.

Antara sajian kepak yang disediakan ialah Lemon Pepper, Classic Buffalo, Oriental Sweet Soy, Atomic, Sambal Pedas, Louisiana Rub, Mango Habanero, Garlic Permesan, Balinese Spice dan Hickory Smoked Barbeque. Selain daripada kepak ayam, terdapat pelbagai jenis makanan segera disajikan disini, termasuklah burger, Tenders, Paha ayam dan Ricebox serta Onion Ring.

Kesemua sajian yang disediakan pasti akan membuatkan anda terliur dan tak senang duduk untuk mencuba setiap sajian yang ada. Apa lagi, jumlah serbu Wing Stop di The Curve, Mutiara Damansara sekarang juga!

Bagi anda yang menaiki kemudahan MRT, anda hanya perlu berhenti di MRT Mutiara Damansara dan berjalan sedikit menuju ke The Curve untuk menikmati kelazatan segala jenis kepak ayam yang disediakan di sini. Menu yang anda wajib cuba disini ialah Kepak ayam Classic & ‘hand-breaded’ berperisa Lousiana Rub, Balinese Spice, Hickory Smoked Barbeque, Garlic Parmesan dan onion ring.

Telefon: +603 7731 3393

Laman web: wingstop.my

Waktu operasi: 11:00 AM-10:00 PM (Isnin-Khamis)

                            11:00 AM-11:00 PM (Jumaat & Sabtu)

                            11:00 AM-10:30 PM (Ahad)

Lokasi: Lot G51, The Street, The Curve, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor.

Meatball IKEA, Stesen MRT Mutiara Damansara

stesen MRT
Kredit: igomakan.com/

Bagi mereka yang gemar mencari hiasan rumah dan alatan kelengkapan rumah, pastinya akan menuju ke IKEA. Ia menjual produk perabot, hiasan rumah dan segala jenis perkakas. Dan tidak dikecuali juga, IKEA memang terkenal dengan makanan yang pelbagai. Sajian yang sering menarik kehadiran pengunjung untuk datang mencuba makanan disitu ialah sajian Meatball.

Sesiapa sahaja yang berkunjung di IKEA pasti akan tercari-cari Meatball dahulu dan bukannya makanan lain. Ketulan dagingnya yang banyak dan mengenyangkan pasti membuatkan anda berpuas hati dengan harga yang ditawarkan. Sajian ini sangat terkenal dan sememangnya menjadi tumpuan orang ramai yang hadir ke IKEA.

Untuk memudahkan perjalanan anda ke sini, anda boleh menaiki MRT dan turun di station MRT Mutiara Damansara. Ia akan lebih memudahkan anda dalam pergerakan tanpa memikirkan soal tempat letak kereta, kesesakan lalu lintas dan sebagainya. Jika anda ingin pergi ke IKEA Cheras, anda boleh mengambil MRT dan turun di station MRT Cochrane.

Menu yang wajib dicuba di IKEA semestinya Meatball, dan pelbagai jenis pastry yang ada seperti karipap dan Croissant, kepak ayam goreng, aneka pasta dan variasi manisan terdapat di sini.

Kiranya harga yang ditetapkan adalah berpatutan dan berbaloi untuk anda mencuba sendiri kerana saiznya juga agak berpadanan dengan harga yang ditawarkan. Apa kata anda pergi sekarang untuk mencuba sentiasa keenakan sajian di IKEA dan merasai sendiri nikmatnya makan sambil membeli belah barangan kelengkapan rumah.

Telefon: +603 7952 7575

Laman web: ikea.com.my

Harga: Bagi harga untuk setiap menu seperti berikut; Meatball (RM12/10 biji), kepak ayam goreng (RM12), pasta bersama bebola daging (RM10.40), aneka kek (RM6.30-RM7.90).

Waktu operasi: 09:30 AM-10:00 PM (Isnin-Khamis)

                            09:30 AM-11:00 PM (Jumaat-Ahad)

Lokasi: 2, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor.

Sate Kajang Hj. Samuri, Stesen MRT Muzium Negara

stesen MRT
Kredit: satekajang.com.my/

Untuk penggemar tegar sate, ini adalah berita baik untuk anda dan anda pasti tidak perlu risau lagi bagaimana untuk rasai sendiri kelazatan Sate Kajang Hj Samuri. Anda hanya perlu menaiki pengangkutan awam bagi melancarkan perjalanan dan mudah untuk anda sampai ke tempat ini. Jika anda di stesen MRT Muzium Negara, anda hanya perlu mengambil masa tidak lebih dari 1 jam untuk sampai ke MRT Stadium Kajang.

Gerai Sate Kajang Hj Samuri terletak berhadapan dengan stesen tersebut. Anda tidak perlu menapak lebih jauh untuk merasai sendiri kenikmatan Sate Hj Samuri yang sememangnya terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia tidak mengira lapisan masyarakat pasti tidak akan melepaskan peluang untuk merasai sajian sate ini.

Terdapat pelbagai kemudahan disediakan disini, antaranya kemudahan escalator bagi memudahkan pergerakan kanak-kanak dan warga emas untuk sampai ke tempat disekitar MRT. Bolehlah bawa ahli keluarga anda untuk sama-sama menaiki MRT dan menuju ke MRT Stadium Kajang untuk makan Sate Kajang Hj Samuri di sini.

Menu yang ada ialah Aneka sate, Sajian Ala carte dan pelbagai jenis minuman sejuk dan panas. Menu wajib cuba di Sate Kajang Hj Samuri ialah Sate ayam, sate daging, sate perut, sate hati dan pedal, sate ikan, sate kambing dan sate arnab. Semua menu ini bermula pada harga yang berpatutan dan mampu cuba oleh semua orang.

Telefon: +603 8737 1853

Laman web: satekajang.com.my

Harga: Harga bermula rm0.98-rm2.20 bagi sate, semua jenis minuman bermula pada harga RM1.90-RM19 dan bagi hidangan ala carte adalah bermula pada harga RM 4.80- RM6.30.

Waktu operasi: 10:30 AM-12:30 AM (Isnin-Khamis)

                             04:00 PM-01:00 AM (Jumaat)

                             10:30 AM-01:00 AM (Sabtu & Ahad)

Lokasi: Jalan Hishammuddin, Bandar Kajang, 43000 Kajang, Selangor.

Damascus in Shawarma & Juices, Stesen MRT Bukit Bintang

stesen MRT
Kredit: tripadvisor.com.my/

Untuk anda yang menggemari hidangan dan sajian dari Timur Tengah, lokasi yang patut anda tuju ialah MRT Bukit Bintang. Di sekitar Bukit Bintang sendiri merupakan syurga dan lubuk bagi semua pelancong dari Arab dan pelbagai negara berkunjung dan bersiar-siar. Apa kata anda pun jangan lepaskan peluang ini untuk mencuba hidangan yang dibawa khas dari negara lain seperti negara Timur Tengah seperti sajian yang terdapat di restoran Damascus in Shawarma & Juice.

Sajian utama di restoran ini semestinya Shawarma dipanggang segar dan lebih menarik anda melihat sendiri prosesnya dilakukan oleh tukang masak. Ia sangat menyelerakan dan disediakan dengan daging yang sangat segar. Untuk pengetahuan anda, restoran ini berhampiran dengan pusat membeli belah Lot 10 dan Pavillion. Sambil anda cuci mata dengan barangan di situ, apa kata anda isi perut dengan menjamu masakan Arab dahulu.

Daripada stesen MRT, anda hanya perlu menapak sedikit keluar melalui pintu C dan anda akan dapat melihat restoran Damascus in Shawarma & Juice berada dalam deretan kedai-kedai disebelah kanan.

Jenis hidangan disediakan sudah tentu sajian Timur Tengah dan menu yang anda wajib cuba adalah Shawarma ayam, Shawarma Daging dan aneka minuman jus buah-buahan segar. Jum ke Bukit Bintang jika anda penggemar tegar makanan arab!

Telefon: +6018 277 4890

Laman web: damascusin.business.site

Harga: Bermula pada RM5.00

Waktu operasi: 11:00 AM-4:00 AM

Lokasi: AirAsia–Bukit Bintang Stesen Monorail Bukit Bintang, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur.

D’Chucor Kak Linda, Stesen MRT Sri Raya

stesen MRT
Kredit: zomato.com/

Gerai ini sering dikunjung pelanggan yang datang dari Cheras dan sekitar dengannya. Apa yang menarik tentang gerai ini ialah mereka menyajikan variasi cucur yang berbeza dengan harga yang murah. Selain daripada cucur, mereka juga menjual pelbagai sajian orang melayu nasi ambeng, soto, nasi lemak dan lain-lain menu menarik.

Semua pelanggan yang hadir telah membuktikan yang cucur yang dijual digerai ini antara cucur sedap pernah mereka cuba. Yang lebih menarik lagi mengenai cucur disini, ia akan disediakan segar dan hanya akan digoreng apabila diminta oleh pelanggan. Jadi, anda boleh menikmati cucur ini dalam keadaan panas-panas lagi. Sangat sedap kan..

Jadi, tak rugi la kalau anda hendak mencubanya. Cucur yang sering mendapat sambutan hangat daripada pelanggan ialah cucur udang, cucur bawang dan cucur pisang. Untuk sampai ke gerai ini dengan menaiki MRT, ia sangatlah mudah dengan anda hanya perlu turun di MRT Sri Raya dan ambil jejantas di laluan sebelah kanan dan berjalan sedikit untuk menapak ke gerai ini.

Ia adalah berhampiran dengan Flat Taman Kota Cheras, Batu 9. Gerai D’chucor Kak Linda adalah beralamat Medan Selera Taman Sri Jaya, Cheras Selangor. Hidangan yang wajib dicuba adalah Aneka cucur, kuih muih, Nasi Ambeng, Nasi Lemak, Lontong, Mi Goreng, Rojak, Mi Sup, Mi Kari, Soto, Laksa.

Senang cerita anda perlu cuba semua jenis sajian yang disedikan terutama sekali Cucur udang, cucur bawang, cucur pisang, Nasi Ambeng, ABC, Laksa, Lontong. Fuhh… mesti anda jenuh nak habiskan semuanya sekali kan.. nama pun ‘food hunting’ kan… Apa salahnya anda mencuba apa yang ada disitu, nak jimat lagi ajak keluarga atau rakan-rakan anda untuk sama-sama mencuba makanan di gerai ini.

Telefon: +6012 524 2614

Facebook: https://www.facebook.com/D-Chucor-Kak-Linda-Gve-

Harga: RM0.30-RM6.00

Waktu Operasi: 7:00 AM-7:00 PM

Lokasi: Jalan Kota Cheras Utama, Kajang, 43200 Malaysia.

 

Payung Cafe, Stesen MRT Pasar Seni

stesen MRT
Kredit: facebook.com/Payung-Cafe

Apa yang anda wajib cuba di gerai Payung Café ini ialah pelbagai sajian tempatan dengan rasa yang sangat menyelerakan. Ia terletak berhampiran dengan MRT Pasar Seni. Gerai ini sangat popular dalam kalangan pengunjung yang bekerja berhampiran dengan Pasar Seni dan juga mereka yang sekitar Kuala Lumpur juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba menu masakan yang disedikan di Payung Café.

Anda boleh cuba sendiri masakan pelbagai jenis sup dan nasi berlauk. Gerai ini beralamat di Payung Café, Jalan Tugu, Kuala Lumpur dan berhampiran dengan City Parking. Anda juga boleh menikmati aneka jenis kuah muih di waktu pagi dan ada juga dijual aneka kerepek. Harganya juga adalah berbaloi mengikut kemampuan anda dan tidak rugi mencuba.

Waktu tengah hari pula, anda boleh memilih aneka lauk yang ada dengan harga yang bersesuaian dengan portion lauk yang diambil. Apa kata anda serbu sendiri di gerai Payung Café ini untuk merasai kelazatan dan keenakan segala sajian yang disediakan.

Facebook: https://www.facebook.com/pages/Payung-Cafe-Jalan-Tugu/

Lokasi: Kuala Lumpur City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Dengan wujudnya pengangkutan awam seperti stesen MRT, ia akan memudahkan dan melancarkan perjalanan anda untuk mencari kenikmatan berada di ibu kota. Senarai di atas adalah sebahagian makanan yang boleh anda cuba bila menaiki MRT dan melalui kawasan tersebut.

Apa kata anda ajak keluarga untuk turut serta dalam usaha mencari makanan yang best dan syok sekitar KL dengan hanya menaiki MRT!

Ia sangat berbaloi dan menjimatkan anda dari segi perbelanjaan perjalanan di mana anda tak perlu memikirkan tentang bayaran tol dan parkir kenderaan anda. Anda juga terlepas dari kesesakan lalu lintas yang tidak pernah tamat di ibu Kota.

Jika anda ada cadangan yang lebih menarik mengenai makanan yang wajib dicuba sekitar stesen MRT. Anda boleh kongsikan bersama Butterkicap, cadangan anda sangatlah dialu-alukan.

print
Sakinah Ahmad
Sakinah Ahmad

Everyday we start a day with positive minds and ends it in peaceful. Just be yourself and treat people good if we want people treat us well. Just love yourself and care the others and also love fooooooddddddd! Chill yo! ;)

Do good, eat good! Get 18 special heritage recipes at only US$1.99. 50% of all proceeds goes to Food Aid Foundation.

Sign up for Ramadhan x Food Aid Foundation

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More