Dodo Dim Sum & Bowls Ada Untuk Semua

Dalam kalangan anak-anak muda, apakah dua makanan yang paling mereka minati? Macam-macam jawapan pasti bermain dalam fikiran anda tapi, adakah ‘dimsum’ dan ‘boat noodle’ ada dalam senarai anda itu?

Jika ya, 100 markah untuk anda!


Artikel ini bukanlah untuk membuatkan anda menjawab trivia tentang makanan kegemaran milenial mahupun saya bercadang untuk membuat soal selidik.

Apa yang saya nak anda bayangkan sekarang ialah satu tempat yang menjual kedua-dua makanan ini. Adakah anda berasa teruja apabila memikirkannya? Adakah anda mahu mengunjungi restoran yang menawarkan kedua-dua hidangan ini?

Jika jawapan anda ya dan ya, berita baik untuk anda! Dodo Dim Sum & Bowls, Subang Parade tempat wajib untuk anda kunjungi.

 

Tarikan Dodo Dim Sum & Bowls

Sejujurnya, apabila melangkah masuk ke dalam restoran tersebut, Dodo Dim Sum & Bowls kelihatan seperti restoran biasa tetapi setelah menyelak menu yang diberi, ternyata restoran ini sedia untuk memenuhi segala kehendak dan keinginan anda.

Tiada lagi pertelingkahan dalam memilih sama ada nak makan boat noodle ataupun dimsum selepas ini!

 

Halal dan Sedap

Meskipun ada variasi, dua perkara yang paling penting ialah status halal dan sedap ataupun tidak makanan yang disediakan, betul tak?

Di sini, anda tidak perlu khuatir kerana Dodo DIm Sum & Bowls mempunyai sijil halal dan setiap bahan yang disumber datang dari pengeluar yang mempunyai status halal. Bolehlah bawa ibu bapa, saudara mara yang tidak pernah cuba dimsum mahupun boat noodle ke sini.

Berkenaan kesedapan makanan yang disediakan. Sejujurnya, ada sajian yang saya tidak berminat untuk makan buat kali kedua. Mungkin tidak kena dengan citarasa saya. Namun begitu, tak perlulah kita fokus pada yang negatif.

Di bawah merupakan antara makanan wajib cuba apabila ke sana:

1. Lo Mai Kai

Kalau anda makan dimsum, tidak lengkaplah pengalaman dimsum anda tanpa hidangan lo mai kai ini. Sajian Lo Mai Kai ataupun Lo Mai Gai ini merupakan nasi pulut yang dikukus bersama ayam dan cendawan. Di Dodo Dim Sum & Bowls rasa ayam dan cendawan cukup terserlah dalam hidangan pulut ini dan tidak begitu berat sehinggakan membuat anda terasa jelak atau terlalu kenyang.

 

2. Kaki Ayam

Kalau anda tidak pernah cuba kaki ayam sebelum ini, saya pasti hidangan kaki ayam mampu mengubah pandangan anda selepas ini. Disalut dengan sos lekit masam manis, hidangan kaki ayam ini memang cukup menyelerakan apabila dimakan panas-panas. Jadi, jangan tunggu terlalu lama, ambil gambar dan sebagainya. Nanti tak sedap.

 

3. Kek Lobak Putih Goreng

Dalam banyak-banyak hidangan yang saya cuba di Dodo Dim Sum & Bowls, hidangan kek lobak putih goreng ini ialah hidangan kegemaran saya. Menggunakan stail berbeza daripada kelazimannya, hidangan ini disediakan ala char kuey teow dan ternyata, membawa kelainan yang cukup dialu-alukan. Memang tak berhenti menyuap saya!

 

4. Nam Tok & Khao Soi

Bagi kategori boat noodle pula, hanya dua perisa sup yang berjaya menarik minat saya untuk makan iaitu Nam Tok (sup lembu) dan Khao Soi (Sup Bersantan). Sejujurnya, saya bukanlah peminat boat noodle tetapi kedua-dua perisa sup tersebut mempunyai rasa yang ringan dan halus; sesuatu yang kontra dengan perisa dimsum dan hidangan lain yang bergoreng.

Khao Soi – Patut dicuba!

 

Berbuka Bersama Dodo

Dodo Dim Sum & Bowls sesuai untuk dikunjungi pada bila-bila masa tetapi saya syorkan untuk anda mempertimbangkan restoran ini sebagai lokasi berbuka anda dek kerana pilihan makanan pelbagai yang ditawarkan. Tidak perlu bergaduh, tidak perlu memilih kerana Dodo Dim Sum & Bowls ada untuk semua!

Buat tempahan sekarang:-

A: LG10 G2, Jalan Kemajuan Subang, Ss16, 47500 Subang Jaya, Selangor
M: +603-5631 1171
W:http://dodo.my/
FB: https://www.facebook.com/dododimsumbowls
IG: dododimsumbowls
print
Azrene Jasmine

A true blue Penangite, Azrene Jasmine favourite thing to do is, well, eating. Though currently in a love/hate relationship with the weighing scale, she truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.