Maniskan Mulut dengan Resepi Pai Betik Ini

Kredit: Alia Shahnaz

 

“Pai Betik adalah resepi terhebat Mak kerana Mak menangi satu pertandingan yang diadakan untuk mempromosikan pelancaran 2 produk…Carilah apa produknya :)”

~ Sehari Di Dapur Ibu: Resepi & Nostalgia

Jemputlah rakan-rakan untuk minum teh dan lihatlah ekspresi di wajah mereka apabila mencuba pai betik ini. Tiada yang lebih menggambarkan citarasa Malaysia dengan buah betik!

 

Bahan-Bahan

Inti

  • 2.5 lbs betik masak yang dikupas kulit dan dipotong dadu
  • Pastri untuk pan 9 inci
  • 1 cawan gula
  • 4 oz NESTLE KRIM PEKAT TULEN
  • ½ cawan Nestle Ideal
  • Susu sejat
  • 3 buju telur
  • 3 sudu teh mentega dicairkan
  • 1 sudu teh jus lemon
  • 1/2 sudu teh esen oren
  • Secubit garam

 

Hias Atas (Topping)*

1 sudu besar gula dicampur dengan 1 sudu teh kulit oren atau lemon.

 

Pastri

  • 4 oz tepung gandum
  • 2 oz tepung naik sendiri
  • 2 oz Serbuk Kastard Crosse & Blackwell
  • Air sejuk (Untuk bancuhan)
  •  2 oz mentega
  • 2 oz marjerin

 

Inginkan pastri rapuh?

Kami cadangkan anda guna 8 oz tepung (225 grams) untuk 3.5 oz (100g) mentega dan secubit garam.

 

Cara-Cara

Inti

  1. Cuci betik dan belah dua.
  2. Buang biji dan serat. Potong dalam bentuk jalur sepanjang 1 inci.
  3. Letakkan jalur betik ke dalam periuk. Letakkan periuk di atas api (jangan masukkan air) dan masak serta kacau menggunakan sudu kayu selama 30 hingga 35 minit atau masak sehingga memekat menjadi puri.
  4. Angkat periuk.
  5. Sejukkan periuk sedikit. Lenyekkan inti dengan garfu.
  6. Puri yang dihasilkan mestilah sebanyak 1.5 cawan.

 

Pastri

  1. Tapis bahan kering ke dalam sebuah besen, Gentel dengan marjerin dan mentega sehingga kelihatan seperti serbuk roti.
  2. Masukkan air untuk dapatkan doh kental.
  3. Canai pastri di atas papan yang ditepung.
  4. Letakkan pastri yang dicanai di dalam pan 9 inci yang digris.
  5. Kemaskan tepian pastri.
  6. Beruskan bahagian bawah kes pastri yang kosong dengan telur putih (gunakan telur putih daripada salah satu telur yang digunakan)
  7. Biarkan selama 15 minit.
  8. Pukul telur dengan pemukul putar.
  9. Pukul betik dan gula.
  10. Keluarkan pemukul. Kacau bahan lain kecuali campuran oren bergula.
  11. Masukkan ke dalam pan pastri.
  12. Tabur campuran oren di atas.
  13. Bakar selama 30 hingga 35 minit dalam ketuhar sederhana panas atau sehingga kerak menjadi perang dan kastard mengeras.

 

*Bahagian atas tidak bertukar perang
 **Pindahkan ke redai kek selama 2 hingga 3 jam sebelum hidang. 

 

 

 

print
Salwah Abdul Shukor

Salwah was raised with love, good food and lively conversations at her Mother's Table in a Malay-Indonesian-Eurasian-Portugese household constantly hosting guests eager to sample her mother's cooking and her grandmother's recipes. Before she started legal practice, her food adventure was a cake delivery start-up with a good friend which survived with only 2 product lines, moist chocolate cake and lemon cheesecake and a core value that the business must be a Butter-Only zone. She remains an avid baker and tries her best to continue her mother's table legacy.  She believes Malaysians are blessed with the best palate and her passion for good food is infectious, often inspiring everyone at Butterkicap to try as many food experiences as possible.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.