Masakan Johor Menyelerakan D’Cengkih

Credit: Foursquare via Abd Razak S.

Masakan Johor yang unik dan betul-betul tradisional merupakan salah satu variasi makanan tradisional di negeri-negeri lain di Malaysia. Setiap negeri di Malaysia mempunyai keunikannya sendiri terutama sekali dalam aspek citarasa makanan. Hal ini demikian kerana negeri-negeri yang berlainan mempunyai cara masakan dan bahan asas yang digunakan dalam setiap hidangan. Salah satu daerah yang mempunyai keunikan dan citarasa yang disukai ramai ialah Johor. Kepada sesiapa yang teringin merasai masakan Johor di tengah tengah bandaraya Kuala Lumpur, anda boleh kunjungi Restoran D’Cengkih yang bertempat di Taman Tun Dr Ismail.

Credit: Foursquare via Asri N
Credit: Foursquare via Gina S

Restoran D’Cengkih menyediakan pelbagai hidangan terutama sekali hidangan Johor termasuk Nasi Ambeng, Laksa Johor dan Mee Rebus Johor. Selain hidangan Johor, hidangan lauk pauk yang pelbagai seperti asam pedas dan sayur sayuran juga ditawarkan pada waktu tengahari. Hidangan nasi yang disediakan bersama lauk pauk ini pasti akan membangkitkan selera anda dan memberikan tenaga bagi meneruskan aktiviti harian yang padat. Di samping itu, restoran ini menyediakan pelbagai jenis pemanis mulut terutama sekali kuih muih Melayu yang boleh di dapati dalam pelbagai warna dan rasa.

Credit: tripadvisor.com.my

Selain hidangan yang pelbagai, harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan. Ruang makan di restoran ini sangat selesa dan sesuai bagi pelanggan untuk merehatkan minda selain daripada berkomunikasi di antara satu sama lain.

Restoran ini juga menyediakan khidmat catering bagi sesiapa yang ingin menganjurkan majlis/kenduri. Restoran D’Cengkih pastinya salah satu restoran yang patut dikunjungi untuk merasai pelbagai rasa daripada hidangan yang berlainan.

A: Jalan Tun Mohd Fuad, Taman Tun Dr Ismail,Kuala Lumpur
M: dcengkih_09@hotmail.com

FB: D’Cengkih
T: +60 12-499 9908 @ +6017-392 2616
print
Ili Sakinah

Ili Sakinah loves to lepak at mamak and definitely go with teh anytime, anywhere!

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.