Elak Drama Sinetron di Pagi Raya dengan Makanan Ini

Elak drama sinetron di pagi Raya dengan makanan di bawah kerana raya dan drama berpisah tiada!

Kredit: youtube.com

Selamat Hari Raya Aidilfitri kami ucapkan kepada seluruh pembaca Butterkicap yang beragama islam. Sudah tentunya anda semua tidak sabar untuk makan juadah yang telah dibuat khas untuk Hari Raya. Makanan seperti ketupat, lontong, sambal kacang dan lemang sudah tentunya menjadi ranjutan rakyat Malaysia yang megemari makanan.

Selain daripada pulang ke kampung untuk menjamu makanan yang menjadi ranjutan hati, anda semestinya tidak sabar untuk berjumpa dengan ibu bapa serta kaum kerabat anda untuk berbual, melepak dan juga untuk meminta maaf ( jangan lupa salam Aidilfitri wahai pembaca). Selain itu, terdapatnya juga di antara kita yang pulang ke rumah bagi melihat sama ada awek jiran kita dah berpunya ataupun masih lagi single. 

Walau apa jua sebab anda pulang ke kampung halaman, terdapat satu perkara yang akan ditempuhi oleh semua rakyat Malaysia; iaitu drama – drama yang bakal berlangsung dihadapan mata anda sama ada antara mak long dengan pak ngah ataupun sesama sepupu anda sendiri. Ketahuilah bahawa kami akan menyenaraikan makanan-makanan yang boleh anda hidang bagi membendung drama sinetron yang bakal berlaku terutamanya pada pagi Hari Raya yang hening.

 

1. Sediakan makanan yang berasaskan telur

Kredit: netsenger.com

Terdapat banyak kegunaan telur. Ianya bukan sahaja penuh dengan protein malahan kolin. Kolin merupakan nutrien dalam telur yang mempunyai maanfat luar biasa terhadap kesejahteraan mental kerana mampu mengoptimumkan fungsi sel membran yang akan meningkatkan mood anda serta mampu mengubah emosi negatif yang terdapat pada diri anda.

Antara makanan pagi raya yang mengandungi telur ialah seperti telur rebus. Jikalau telur rebus tidak berasa buat anda, maka makanlah telur rebus bersama lontong pada pagi raya.

 

2. Minum dan makan juadah yang mengandungi teh hijau

Kredit: shopback.my

Tahu tak makanan apa yang boleh menenangkan jiwa dan sesuai untuk elak drama sinetron berlaku di pagi raya nanti? Jawapannya; teh hijaulah! Teh hijau merupakan salah satu bahan sudah semestinya berada dalam senarai bagi mengelakkan drama pagi raya. Teh hijau mempunyai pelbagai kandungan yang menarik dan di antara kandungan tersebut dapat mengawal tahap darah glukosa. Selain itu, ianya juga mempunyai L-Theanince yang merupakan asid amino yang memberi kesan menengkan dan mampu menenangkan orang yang mengambilnya. Pengambilan bahan-bahan yang mempunyai kandungan teh hijau mampu mengelakkan drama sinetron pada awal pagi raya.

Antara makanan pagi raya yang mengandungi teh hijau ialah seperti kuih raya teh hijau kerana sejak kebelakangan ini, rakyat Malaysia menyukai perisa teh hijau atau dikenali sebagai matcha. Kegilaan terhadap teh hijau sudah meningkat dan sudah pastinya anda akan melihat kuih raya yang berwarna hijau pada setiap rumah yang anda kunjungi.

 

3. Makan makanan yang mengandungi elemen coklat

Kredit: breadebutter.wordpress.com

Kepada mereka yang menyukai coklat, sudah pasti anda sudah tahu bahawa coklat akan meningkatkan mood anda. Kebanyakkan penyelidikan yang telah dibuat mendapati bahawa coklat mempunyai antioksidan yang mampu meningkatkan hormon gembira anda serta mengurangakn tekanan. Saya mencadangkan agar anda membeli serta menyimpan pelbagai jenis kuih yang berasaskan coklat. Selain itu, tahukah anda, coklat baik untuk jantung anda? Sekarang, anda ada lebih banyak sebab untuk makan coklat setiap hari!

Antara makanan yang mengandungi coklat ialah kuih raya berasakan coklat seperti kuih Almond London. Kalau nak elak drama sinetron makcik-makcik yang bergosip nanti, hidang saja kuih-kuih bercoklat pada mereka dan juga diri anda. Harap-harap berhentilah sekejap bergosip kerana sibuk mengunyah.

 

4. Makanan dan minuman berasaskan buah-buahan serta sayur-sayuran

lodeh
Butterkicap/lontong

Kalau anda masih tak dapat nak elak drama sinetron raya daripada berlaku, gunakan buah-buahan pula. Ya, buah-buahan boleh membuatkan anda lebih gembira! Buah-buahan dan sayur-sayuran boleh meningkatkan mood anda. Buah-buah dan sayur-sayuran merupakan salah satu bahan yang mudah dicari dan murah. Maka sediakan stok buah-buahan dan sayuran yang banyak bagi mengelakkan drama sinetron pada awal pagi.

Antara contoh makanan yang mengandungi buah-buahan dan sayuran ialah seperti lontong serta air jus.

 

5. Minumlah air teh “0” kamomil

Kredit: merdeka.com

Pada mereka yang menyukai teh ‘o’ pilihlah air teh ‘o’ yang berperisa kamomil kerana ianya mampu menghilangkan stres serta menenangkan diri anda daripada drama yang berlaku. Teh yang berperisa kamomil mengandungi apigenin dan luteolin.

Maka banyaklah minum air teh kamomil dan elakkan daripada minum minuman berkafein kerana ianya hanya akan meningkatkan tekanan darah anda. Jika tak berkesan, penyelesaian makanan anda boleh didapati di laman ini.

 

Jika anda mahu tahu khasiat makanan-makanan di atas dengan lebih lanjut dan bagaimana makanan tersebut boleh membuat anda daripada sedih menjadi gembira, bolehlah baca di sini.

Dan itulah merupakan senarai contoh makanan yang boleh dihidangkan pada pagi raya bagi mengelakkan bermasam muka antara satu dengan yang lain. Saya berharap agar pembaca mempunyai Hari Raya Aidilfitri yang mulia dan janganlah bermasam muka, baharu lepas salam minta maaf kan?

 

Selamat Hari Raya Aidlfitri. Maaf Zahir dan Batin!

 

 


Artikel Lain: 

Ayat Pancing Raya untuk Hari Lebaran Ini

Resepi Ekspres untuk Tetamu yang Tidak Diduga di Aidilfitri

Hari Raya Cookies: The Millennial’s Favourite 

print
Y. Helmy

Yusof Helmy is a lover of all things rainbow; be it from rainbow cupcakes to rainbow bagels. He believes that in order to enjoy and love food, one must throw the weighting scale in the trash and eat those who say that you are on the fluffier side ( He practise cannibalism sometimes ). He is on the journey of finding his joie de vivre.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.