Jelatah – manis, masa, segar dan pedas
Jelatah biasanya dihidang bersamping nasi beriyani atau nasi tomato. Acar timun-nenas ini mudah dibuat dan hanya memerlukan beberapa bahan-bahan. Tidak seperti jeruk biasa, jelatah tidak perlu disimpan berjam-jam atau semalaman dan sedap dimakan serta-merta. Walaubagaimanapun, ia boleh disimpan untuk beberapa hari jika perlu. Dengan rasanya yang segar dan rangup, jelatah boleh dimakan dengan pelbagai cara hidangan nasi.
Bahan-bahan
- 1 timun
- 500g nenas
- 2 bawang merah
- 1 cili merah
- 1 cili hijau
- 2 sudu besar gula
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil lada
- 1 limau
- 1 sudu besar cuka putih
![](https://www.butterkicap.com/wp-content/uploads/2017/04/butterkicap-jelatah-02742017-1-1024x768.jpg)
Kaedah
Buang kulit timun dahulu dan kemudian bahagi dua secara panjang. Potong dengan nipis.
![](https://www.butterkicap.com/wp-content/uploads/2017/04/butterkicap-jelatah-02742017-4-1024x768.jpg)
Jika menggunakan satu biji nenas, potongkan lapan segmen dan keluarkan teras. Potong nipis.
Potong nipis kedua-dua cili. Jika anda mahu jelatah yang lebih pedas, jangan buang biji cili.
Kopek dan potong bawang dibelah dua. Potong bawang dengan nipis juga.
![](https://www.butterkicap.com/wp-content/uploads/2017/04/butterkicap-jelatah-02742017-17-1024x768.jpg)
Letakkan timun, nenas, bawang dan cili ke dalam mangkuk besar. Tambahkan gula, garam, lada, cuka dan perahkan limau ke dalam campuran.
![](https://www.butterkicap.com/wp-content/uploads/2017/04/butterkicap-jelatah-02742017-19-1024x768.jpg)
Campurkan semua bahan-bahan. Letak di dalam peti sejuk jika anda ingin menghidangkannya kemudian.
![](https://www.butterkicap.com/wp-content/uploads/2017/04/butterkicap-jelatah-02742017-31-1024x768.jpg)
Selain resepi mudah dan lazat, bahan-bahan jelatah agak biasa dan boleh didapati di merata-rata di dunia. Jadi, walaupun anda tinggal di luar negara, senang sahaja untuk anda menyiapkan sedikit jelatah untuk kenangkan rasa seakan di rumah.
Tips tambahan
- Gunakan mandolin untuk potongan yang nipis dan sama rata. Jangan potong terlalu cepat sebab kegunaan mandolin tanpa hati-hati senang mengakibatkan jari terluka. Mandolin pemproses makanan juga boleh diguna sebagai alternatif lebih mudah dan cepat.
- Jika anda tidak tahu bagaimana mengeluarkan kepahitan timun, ini caranya: potong kedua-dua hujung timun (sebanyak 1 hingga 2 cm). Gosok bahagian terdedah timun utama dengan bahagian terdedah timun yang telah dipotong sehingga anda melihat buih putih muncul. Terus gosok dua bahagian timun sehingga tiada buih lebih muncul.
- Kami gunakan cuka putih beras, tetapi apa-apa cuka putih semulajadi boleh digunakan.