Cara Mensterilkan Balang Anda dalam 20 Minit Sahaja

Balang amat berguna kepada semua orang kerana ia bukan sahaja tempat untuk menyimpan bahan makanan seperti kayu manis, pelaga dan sebagainya, ia juga merupakan tempat untuk menyimpan bahan-bahan cecair seperti jem.

Namun begitu sebelum anda menyimpan bahan makanan tersebut dalam balang itu, anda harus cucinya terlebih dahulu. Kenapa harus cucinya?

Balang terdapat banyak kuman dan kuman ini boleh menjangkitkan anda serta membawa kesan yang buruk terhadap kesihatan anda. Maka jauhkan kuman tersebut!

Langkah yang akan kami kongsikan bersama anda akan menunjukkan cara yang betul serta berkesan bagi membersihkan balang daripada pencemaran.

Di samping itu, balang yang bersih serta bebas kuman  akan memanjangkan perasa sos, jam dan sambal yang dibuat anda.

Tanpa melengahkan masa lagi, kami akan menunjukkan cara untuk mensterilkan balang anda yang hanya mengambil masa 20 minit sahaja namun ia mempunyai kesan yang berpanjangan.

Bahan yang diperlukan:

  • Balang
  • Periuk besar
  • Air
Credit: Vegetablegardner.com

Langkah-langkah

  1. Letakkan balang yang kosong dalam periuk besar
  2. Rendamkan balang tersebut dalam air
  3. Didihkan air tersebut pada suhu yang tinggi.
  4. Biarkannya mendidih selama 15 minit.
  5. Tutup api.
  6. Gunakan penyepit untuk biarkan balang kering. Isikan balang anda sementara ia masih suam. Jika anda belum bersedia untuk isinya, biarkannya dalam air panas tersebut. Ianya masih disteril hingga 1 jam dalam air panas.

 

Nota: Jangan didih penutup balang tersebut. Masukkan jar selepas anda menutup api tersebut dan balang tersebut sudah habis mendidih.

Maka itulah cara mensterilkan balang anda dalam masa 20 minit sahaja. Balang yang disterilkan bukan sahaja boleh digunakan untuk memasuki bahan makanan sahaja seperti jem, sambal dan sos malahan ia turut boleh digunakan untuk memuatkan bahan-bahan makanan kering seperti cili kering, bunga lawang dan sebagainya.

Selain daripada tempat untuk memuatkan bahan makanan anda, ia juga akan melambatkan proses luput bahan tersebut.

Di samping itu, balang yang dibersihkan juga boleh membantu anda menghilangkan bau yang kurang menyenangkan serta bahan yang anda simpan tidak mempunyai bau bahan lain.

Kami ingin anda meniktiberatkan hal ini kerana ia sangat penting buat kesihatan anda dan keluarga anda.

print
Yasmin Hasan

Guest Baker

Being a former news anchor, student of architecture and self-professed beauty addict, Yasmin Hasan prefers her cakes sky high and pretty as a picture. She first fell in love with cakes due to pregnancy cravings and has never recovered. From baking for her family to now having her own home cake business called SugarLou, named after her daughter who started it all; every cake she creates is made from scratch, with only the best ingredients and always a healthy serving of love.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.