7 Ramuan Masakan Yang Berkesan Untuk Bersihkan Dapur

Pembersihan dapur yang berkesan bukanlah hanya yang berjenama dan mahal yang diperbuat daripada bahan kimia untuk menghapuskan kotoran degil yang melekat pada barangan dapur anda. Sebenarnya banyak ramuan masakan yang boleh digunakan untuk membersihkan dapur yang sama berkesan dengan produk cucian berkimia.

Sebagaimana orang zaman dahulu kala, membersihkan dapur dengan ramuan masakan yang memang sedia ada di dapur memang lebih banyak faedahnya – menjimatkan wang, senang di cari dan bebas dari bahan kimia.

Kami di Butterkicap senaraikan di bawah 7 jenis ramuan masakan yang sangat berguna untuk bantu anda membersihkan dapur sampai berkilat:

 

1. Soda Bikarbonat

7 Ramuan Bersih Dapur

Soda bikarbonat bukan sahaja ramuan masakan utama dalam penyediaan roti, biskut mahupun pastri, tetapi bahan ini juga boleh digunakan sebagai bahan pembersihan yang berkesan. Khususnya, ia sangat berkesan untuk menghilang kesan karat pada barangan dapur yang diperbuat daripada besi.

Selain itu, soda bikarbonat juga dapat menghilangkan kesan kopi dan teh pada cawan juga. Tapi berhati-hati, kerana soda bikarbonat tidak boleh diguna pakai untuk membersihkan barangan dapur yang diperbuat daripada aluminium kerana sifat soda bikarbonat yang akan menghakis lapisan oksida pada barangan tersebut.

Untuk mengubahsuai soda bikarbonat untuk menjadi bahan pencuci yang berkesan, anda hanya perlu campur sedikit sahaja dengan air sejuk.

 

2. Perahan Lemon

7 Ramuan Bersih Dapur

Lemon bukan sahaja ramuan masakan universal yang sedap dijadikan air, perisa makanan mahupun pewangi malah boleh dijadikan satu ramuan pembersihan yang berkesan dengan sesudu jus sahaja! Dengan satu sudu jus lemon yang dicampur dalam sebaldi air, dah mampu membersihkan kaunter kabinet dapur anda bersih dan bebas kerak yang terlekat pada kabinet.

Di samping itu, jus lemon juga memberi bau wangi pada kaunter tersebut dan memberi kilauan yang bukan semua jenama pembersih kimia dapat beri kepada anda. Selain itu, jus lemon tersebut dapat menghalang pertumbuhan kulat di tepi sinki dan juga kawasan dapur yang sedikit berair atau basah.

Dengan campuran soda bikarbonat, cuka, jus lemon dan sedikit air, kerak dalam ketuhar anda dapat dihapuskan dengan mudah!

 

3. Cuka

7 Ramuan Bersih Dapur

Seperti lemon, cuka juga merupakan ramuan pembersihan yang berkesan kerana cuka bersifat keasidan dan seperti lemon, mampu mengeluarkan kesan degil seperti gris dan sisa sabun. Cuka berkesan dalam membersihkan kotoran berminyak terutama sekali berdekatan kawasan penunu dan celah-celah dapur masak yang sukar untuk anda cuci dengan air dan sabun.

Larutkan cuka dalam sedikit air, masukkan ke dalam botol penyembur dan sembur di tempat berminyak dan gosok sehingga bersih. Jika kekotoran sangat degil, gunakan cuka yang tidak dicampur air untuk kesan pembersihan yang lebih berkesan.

Selain itu, cuka boleh ditambah dengan ramuan pembersihan lain seperti jus lemon dan soda bikarbonat untuk membersihkan alat-alat dapur yang lain. Sebagai contoh, cuka dicampur jus lemon dapat mencuci alat memasak yang tahan karat, diperbuat daripada kaca dan plastik, khususnya kesan minyak yang tertinggal selepas anda cuci dengan sabun,

 

4. Beras

7 Ramuan Bersih Dapur

Beras mempunyai sifat penyerapan lembapan yang bagus. Beras boleh digunakan dalam penyimpanan bahan masakan seperti sayur-sayuran untuk memastikan sayur-sayuran kekal segar di samping menyerap bau-bau kurang menyenangkan di dalam peti sejuk.

Selain itu, bagi ibu-ibu yang mempunyai anak yang masih menyusu, mencuci botol susu agak merenyahkan anda kerana berus panjang yang anda guna tak semestinya dapat mencuci sepenuhnya dasar botol susu anak anda. Dengan sedikit beras, air suam, dan dua sudu cuka, anda dapat bersihkan dasar botol anak anda sambil menghilangkan bau susu masam yang ada.

 

5. Garam

7 Ramuan Bersih Dapur

Apabila memasak, anda tidak dapat lari daripada tumpahan minyak atau percikan bahan masakan yang menghiasi dinding dan lantai dapur anda. Selalunya anda akan bersihkan kesan-kesan tersebut selepas anda masak (atau beberapa hari selepas itu, jika anda malas) Malangnya, kesan tersebut sukar untuk ditanggal dan dibersihkan.

Sebaiknya, selepas anda masak, tabur sedikit garam halus dan tepung jagung di tempat terkena percikan minyak. Kedua-dua bahan ini merupakan ejen penyerapan minyak yang berkesan. Setelah minyak diserap,  barulah anda bilas dengan air bersih.

 

6. Minyak Zaitun

7 Ramuan Bersih Dapur

Anda mempunyai meja atau kaunter dapur diperbuat daripada marmar atau batu yang berkilat? Anda pasti sedar bahawa setelah beberapa lama, kulat dan sisa sabun akan membuatkan batu tersebut pudar dan menggelikan. Minyak zaitun dapat menjadi bahan penggilap anda setelah anda bersihkan kotoran menggunakan cuka dan jus lemon.

Selain itu, minyak zaitun boleh membantu dalam mengeluarkan kerak pada kuali besi. sapu minyak zaitu dan garam kasar di kawasan berkerak. Biar untuk seketika dan cuci dengan air panas.

 

7. Tepung Jagung

7 Ramuan Bersih Dapur

Seperti yang dinyatakan di atas, tepung jagung merupakan ejen penyerapan minyak yang berkesan seperti garam. Tepung jagung boleh diguna pakai untuk mengeluarkan kesan minyak sepertimana yang diterangkan sebelum ini. Tepung jagung juga boleh mengembalikan kilat kepada alat memasak yang diperbuat daripada besi.

 

Jadi itulah 7 ramuan masakan yang bukan sahaja membuatkan masakan anda enak malah membersihkan ruang dapur anda dengan berkesan juga. Daripada membazir wang membeli produk yang tidak tentu memberikan kesan pembersihan yang anda inginkan, lebih baik anda menggunakan lebihan barangan dapur yang disenaraikan di atas. Ternyata, proses pembersihan barangan dapur anda lebih mudah dan cepat!

 


Artikel Lain:

Dapur Berkerak? Tak Perlu Risau Kalau Ada Tip Ini

Kitar Semula Makanan Dengan 5 Cara Kreatif Ini

9 Sayuran Yang Anda Tidak Perlu Beli Sepanjang Hayat

print
Azrene Jasmine

A true blue Penangite, Azrene Jasmine favourite thing to do is, well, eating. Though currently in a love/hate relationship with the weighing scale, she truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.