Di Mana Pisang Goreng Paling Masyuk di KL?

Siapa tahu di mana kita boleh dapatkan pisang goreng paling masyuk di bandaraya Kuala Lumpur ini?

Jawapannya, tiada sesiapapun tahu. Jadi, apa yang kita boleh lakukan sekarang adalah membuat pengembaraan mencari pisang goreng paling masyuk ini berdasarkan senarai gerai pisang goreng di bawah.

 

 

SS2 Pisang Goreng

Kredit: ewepaikleong.blogspot.my

Pisang goreng memang sedap dimakan sebagai pencuci mulut selepas makan satu hidangan berat. Jadi, kalau kebetulan anda berada di Nasi Kandar Pelita di SS2, jangan lupa untuk singgah di pokok besar, betul-betul di hadapan restoran nasi kandar tersebut dan membeli beberapa pisang goreng panas di situ.

Gerai pisang goreng tersebut sudah menjalankan perniagaan di sana sejak 34 tahun yang lalu lagi! Jika anda tidak pernah sedar tentang kewujudan gerai pisang goreng tersebut, jangan lupa singgah petang ini. Kalau barisan beratur terlalu panjang, bolehlah ke cawangan pisang goreng ini di One Utama.

A: Jalan SS2/64, Petaling Jaya 47300, Selangor
W: http://www.ss2gorengpisang.com/
T: +6010-225 6070
E: info@ss2gorengpisang.com
Peta:

Din Pisang Goreng Cheese

Kredit: bm.cari.com.my

Tahukah anda apakah makanan terbaik untuk dinikmati di kala waktu hujan?

Semestinya pisang goreng panas dan gebu yang dihiasi keju parut dan limpahan susu pekat manis serta taburan gula perang yang banyak! Fuh…memang pisang goreng paling mahsyuk.

Di Din Pisang Goreng Cheese, Danau Kota anda dapat menikmati hidangan pisang goreng istimewa ini. Menurut Encik Din, pemilik gerai pisang goreng ini, beliau menjual pisang goreng sebanyak 140kg setiap hari kerana hidangan pisang goreng yang khas ini ini. Memang ternyatalah, anda perlu ke Din Pisang Goreng Cheese untuk merasai sendiri salah satu hidangan pisang goreng paling masyuk di Kuala Lumpur ini.

A: Jalan 2a/6, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur
Peta:

Gorpis, Persiaran Mahogani

Kredit: makantruck.com

Jika anda kebetulan berada di tepi padang kecil di Kota Damansara, pastikan anda meninjau kawasan sekeliling dan mencari gerai berkanopi kecil di situ. Di sana, anda diberi pilihan untuk membeli pisang goreng dan pisang goreng ini bukan pisang goreng biasa-biasa sahaja.

Anda boleh mendapatkan pisang goreng pelbagai perisa seperti keju, keju-coklat, keju-strawberi, keju-coklat putih, keju-kayu manis, keju-bluberi dan macam-macam lagi. Kalau disenaraikan tak cukup satu artikel sahaja. Senang cakap, anda pergi terus ke Persiaran Mahogani dan lihat sendiri pilihan perisa yang pelbagai di gerai Gorpis.

A: Padang Kota Damansara, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
T: +6018-225 8257
W: https://www.facebook.com/thegorpis/
Peta:

O&S Pisang Goreng, Taman Paramount

Kredit: onattycan.blogspot.my

Taman Paramount terkenal dengan gerai-gerai yang menjual makanan makanan Pulau Pinang seperti Asam Laksa, Chee Cheong Fun belacan, Char Kway Teow dan Mee Udang. Memang rambang mata dibuatnya. Jika anda tak dapat buat keputusan untuk makan apabila berada di sana, makan sahaja pisang goreng yang dijual di situ.

Pisang goreng yang dijual bukanlah pisang goreng berperisa dan lemak tetapi pisang goreng klasik yang gebu di dalam dan rangup di luar.

A: Jalan 20/14, Taman Paramount, 46300 Petaling Jaya, Selangor
Peta:

Brickfields Pisang Goreng, Jalan Thambipillay

Kredit: burpple.com

Selalunya, kalau orang pergi ke Brickfields, jauh sekali nak dia nak fikir tentang mencari pisang goreng. Brickfields terkenal dengan snek India yang enak dan manis. Takkanlah nak cari pisang goreng?

Sebenarnya, di hadapan Kedai Kopi One Sentral, bertentangan dengan YMCA, terdapat sebuah gerai kecil yang menjual pisang goreng yang paling terkenal di Kuala Lumpur. Selama 30 tahun, gerai tersebut menjadi pilihan penduduk sekitar untuk mendapatkan hidangan Pisang Raja goreng mereka yang sedap. Jadi, jika anda pertama kali ke sini, jangan lupa untuk singgah sebentar dan mengunyah pisang goreng di sini.

A: 21 & 19, Jalan Thambipillay, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur
T: +6012-617 2511
Peta:

Wondermama, Avenue K

Kredit: wondermama.my

Kalau anda rasa Brickfields terlalu jauh, jangan risau! Ada satu lagi restoran pisang goreng paling masyuk yang anda boleh dapati di Avenue K, Klang dan juga Bangsar iaitu di Wondermama. Wondermama ialah restoran yang menghidangkan makanan antarabangsa dan juga tempatan.

Di Wondermama, anda perlu cuba hidangan My pisang de goreng mereka yang disertakan bersama-sama aiskrim, sos karamel dan cebisan gula-gula marshmallow serta ditabur dengan biji bijan. Bagi peminat pisang goreng klasik, anda mungkin rasa jelak dengan hidangan ini tetapi bagi yang sukakan kelainan, inilah hidangan pisang goreng yang anda patut cuba.

A: Lot G-6, Avenue K, No. 156, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
T: +6018-209 9006
Peta:

Banana Paradise, Wangsa Maju

Kredit: denai.my

Gerai pisang goreng paling masyuk di Kuala Lumpur yang seterusnya adalah perniagaan keluarga yang sudah beroperasi selama 15 tahun di Wangsa Maju. Perniagaan pisang goreng mereka ini cukup terkenal dengan hidangan pisang goreng berperisa keju. Mereka terus menjadi kegilaan orang Kuala Lumpur kerana keluarga tersebut memastikan kualiti pisang goreng mereka kekal terjaga sehingga kini.

Tak percaya? Cubalah sendiri!

A: Jalan 3/27A, Wangsa Maju, 53300, Wangsa Maju, Kuala Lumpur
T: +6011-11240115
Peta:

The Pisang Cheese, Jalan SS5A/9

Kredit: sayabloggerbaru2012.blogspot.my

Gerai seterusnya terletak berdekatan dengan  Restoran Jamal Mohammed di Kelana Jaya bukan gerai yang tipikal ekrana mempunyai dinding konkrit dan dapur yang teratur. Gerai ini menjual pisang goreng berperisa yang terdiri seperti perisa coklat, karamel, kayu manis dan kopi.

Apa yang menarik tentang gerai ini adalah gerai ini menawarkan perkhidmatan penghantaran ke rumah. Jadi, kalau malas, bolehlah buat panggilan telefon dan nikmati pisang goreng panas-panas tanpa keluar pun.

A: Restoran Jamal Mohamed Jalan SS 5a/9 Petaling Jaya Selangor
T: +6013-398 6461
FB: https://www.facebook.com/ThePisangCheeseSJ/
IG: https://www.instagram.com/thepisangcheese/
Peta:

Imbi Kuih Bakul, Jalan Melati

Kredit: tailim.blogspot.my

Butiran terakhir dalam senarai gerai pisang goreng paling masyuk kali ini terletak di dalam kedai Kopitiam Mei Sin. Orang selalunya datang ke sini untuk dapatkan kuih bakul, ubi keledek dan bebola bijan. Tetapi, hidangan yang paling enak dan selalunya habis dijual ialah pisang goreng mereka. Sekali makan, memang nak lagi!

A: 14, 16, 17, 18, Medan Imbi, Imbi, 50250 Kuala Lumpur
Peta:


 

Rasanya, kami sudah menjawab persoalan pisang goreng paling masyuk ini. Sekarang, anda pula kena main peranan dan cubalah. Jangan lupa untuk hashtag #butterkicap apabila berkunjung ke tempat-tempat ini dan beritahulah kalau pisang goreng mereka masyuk ataupun tidak.

print
Azrene Jasmine

A true blue Penangite, Azrene Jasmine favourite thing to do is, well, eating. Though currently in a love/hate relationship with the weighing scale, she truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.