7 Gerai Nasi Kukus Paling Sedap di Lembah Klang

Hidangan nasi kukus merupakan antara hidangan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan lapisan umur. Gabungan rasa antara nasi putih yang telah dikukus bersama gulai menjadikan ia satu hidangan berat yang sentiasa dicari-cari oleh sesiapa sahaja. Dikatakan jika ia berasal daripada Pantai Timur Malaysia, ia lebih enak dan disajikan dengan pelbagai jenis gulai yang anda boleh nikmati sendiri.

Senarai di bawah merupakan antara tempat menjual nasi kukus paling sedap sekitar Kuala Lumpur yang boleh anda kunjungi untuk mendapatkan nasi kukus terbaik. Anda boleh pergi sendiri bersama dengan ahli keluarga untuk sama-sama mencuba nasi kukus di tempat-tempat yang telah kami senaraikan ini.

 

Ilham Nasi Kukus

Kredit: tailim.blogspot.my

Sajian nasi kukus di Ilham Nasi Kukus ini merupakan resepi warisan turun temurun pengusaha tersebut daripada keluarganya dan merupakan makanan tradisi yang berasal dari negeri Kelantan. Menarik untuk dicuba kan? Bagi anda yang berada berdekatan dengan Mutiara Damansara, apa kata anda pergi sendiri untuk merasai kelazatan nasi kukus di Ilham Nasi Kukus ini. Dengan harga yang berpatutan, anda pasti akan berpuas hati dengan nasi kukus yang dijual itu.

Apa yang menarik mengenai nasi kukus tersebut, ia merupakan hidangan nasi kukus yang disajikan bersama 3 jenis kuah berbeza (gulai ikan, gulai darat dan kuah kerutup daging), ayam goreng berempah, buah nenas dan ikan bilis. Dengan gabungan gulai dan sambal belacan yang sangat padu akan membuatkan anda akan berulang-kali berkunjung ke sini.

Kedai Ilham Nasi Kukus adalah antara kedai terbaik sekitar KL yang patut anda serbu dan rasai sendiri hidangan yang berasal dari Pantai Timur ini. Kedai ini sentiasa padat dengan pengunjung terutama pada jam 7pm dan ke atas pasti anda perlu menunggu untuk mendapatkan nasi kukus. Apa tunggu lagi? Jumlah serbu Ilham Nasi Kukus sekarang!

 

H: bermula pada harga RM6.00
O: Setiap hari (11:30 AM-10:00 PM)
T: +6013 966 2525
W: http://www.facebook.com/Ilham-Nasi-Kukus-Mutiara-Damansara
A: Jalan PJU 7/16, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Nasi Kukus Farni

Kredit: harumankasehvee.blogspot.m

Untuk mendapatkan makanan yang jual digerai-gerai di kawasan kaki lima adalah sesuatu yang mencabar. Ini kerana, anda perlu beratur panjang dan menunggu giliran bagi membelinya. Kebiasaannya, permintaan nasi kukus di gerai-gerai kecil ini adalah tinggi dan kunjungan pelanggan yang tidak pernah putus. Gabungan nasi kukus bersama gulai, sambal belacan hirisan timun yang ditambah pula dengan ayam goreng berempah panas-panas.

Ia lagi menaikkan kelazatan nasi kukus tersebut, rasa inilah yang buatkan sesiapa sahaja tidak sabar untuk mencubanya. Ayam goreng yang dsajikan merupakan ayam goreng berempah yang terdiri daripada ayam biasa, ayam kampung dan ayam dara. Menu set bagi nasi kukus biasa bermula pada harga hanya RM5.00 sebungkus dan ia akan berbeza mengikut saiz ayam yang dipinta oleh pelanggan.

Nasi Kukus Farni terletak berhampiran dengan Plaza Damansara dan bertentangan dengan bank CIMB. Jangan risau, gerai ini dibuka setiap hari kecuali ahad sahaja mereka tidak beroperasi. Untukpengetahuan anda, gerai ini telah bertapak di sini sejak tahun 2007 dan bagi sesiapa yang ingin mendapatkan perkhidmataan katering, mereka juga menyediakan perkihidmatan tersebut. Untuk menghubungi pengusaha dan membuat tempahan bagi sebarang majlis, anda boleh hubungi talian yang kami sediakan dibawah ini.

H: RM5.00
O: Isnin-Sabtu (11:30 AM- 2:00 PM)
T: +6012 710 2206 (Farid)/ +6012 223 2206 (Nani)
A: Jalan Setia Murni, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kak Ani Nasi Kukus Ayam Berempah

Kredit: facebook.com/KakAniNasiKukusAyamBerempah

Dengan harga yang berbaloi dan rasa yang sangat menyelerakan membuatkan banyak pelanggan sering berkunjung ke Kak Ani Nasi Kukus. Kelazatan nasi kukus yang disajikan dikatakan antara yang terbaik di ibu kota. Mereka juga menyediakan pelbagai hidangan lain yang menarik pelanggan untuk tetap datang ke situ.

Perkhidmatan penghantaran makanan dan katering juga disediakan oleh Kak Ani Nasi Kukus bagi mereka yang tinggal disekitar dengan kedai ini. Bagi anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan Kak Ani Nasi Kukus, anda boleh melayari laman sosialnya atau terus menghubungi talian yang disediakan.

H: RM6.00
O: Isnin-Sabtu (9:00 AM-5:00 PM)
W: www.facebook.com/KakAniNasiKukusAyamBerempah/
T: +6011 1631 3615
A: Taman Angsana Hilir, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur.

Astana Damansara Nasi Kukus

Kredit: Foursquare.com

Apa yang menarik mengenai Astana Damansara Nasi Kukus ini, mereka menyajikan gulai yang pekat dan sangat sedap serta ayam yang digoreng hanya ada pelanggan memesannya. Ia akan mengekalkan kelazatan nasi ini dan anda akan berpuas hati dengan kehangatan ayam dan rasa gulai yang padu ditambah pula dengan campuran sayur-sayuran atau ulam-ulaman segar bersama nasi kukus.

Walaupun gerai ini agak tersorok, tetapi anda boleh merujuk kepada papan tanda yang telah disediakan berhampiran dengan kedai ini. Jika anda berkunjung ke gerai ini, anda perlu bersabar menunggu pesanan anda siap kerana mereka hanya akan menggoreng ayam ketika anda memesan bagi memastikan ayam masih panas dan kekal enak ketika anda menjamunya.

Tahap kesabaran anda tidak akan tergugat malahan anda akan berpuas hati untuk menikmati nasi kukus panas-panas bersama ayam goreng berempah yang masih hangat. Selamat mencuba!

H: RM6.00-RM8.00
O: Isnin-Sabtu (11:00 AM-5:00 PM)
T: +6013 778 5318
W: astananasikukus.com/ www.facebook.com/astananasikukus/
A: Jalan Bukit Lanjan 6, Kampung Bukit Lanjan, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Nasi Kukus Daun Pisang

Kredit: adrianktw.blogspot.my

Nasi Kukus Daun Pisang yang terletak di Bandar Permaisuri ini sering dikunjungi ramai pelanggan setiap waktu kerana kedai makan ini dibuka 24 jam setiap hari. Apa yang menariknya disini, mereka menggunakan perkhidmatan ‘layan diri’ dan dengan itu anda boleh memilih sendiri ayam goreng dengan saiz yang anda suka. Saiz ayam yang disediakan juga tidak mengecewakan dan semuanya besar-besar dan isi yang padat.

Di sini juga ada menyajikan pelbagai jenis makanan dan hidangan mengikut citarasa orang Malaysia. Harga yang ditawarkan juga berpatutan dan berbaloi dengan saiz sajian yang disediakan kepada anda. Anda akan berpuas hati dengan perkhidmatan dan juga makanan yang dijual di kedai ini. Ini terutama bagi penggemar nasi kukus dan nasi kak wok juga ada dijual disini dengan harga hanya RM5.00 sahaja.

Untuk anda yang berada di sekitar Kuala Lumpur terutama berdekatan dengan Bandar Sri Permaisuri, apa kata anda cuba serbu di sini jika anda tercari-cari nasi kukus yang terbaik dan enak mengikut citarasa anda.

H: Pelbagai jenis sajian nasi harga bermula RM5.00 dan ke atas
O: Setiap hari (24 jam)
T: +6011 3277 7737
A: 56, Jalan Danau Lumayan 1, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Nasi Kukus Ayam Dara Utara

Kredit: zuldean08.blogspot.my

Gerai ini terletak dalam kawasan medan penjaja ditengah ibu kota dan menyajikan nasi kukus dari utara Malaysia. Sajian yang disediakan sangat berpuas hati dan anda tidak akan kesal untuk mencubanya. Kawasan gerainya dan anda akan berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan. Gabungan rasa antara gulai dan nasi kukus yang disajikan akan membuatkan anda sangat berpuas hati dengan hidangan ini.

Ramai pelanggan yang pernah berkunjung ke sini menyifatkan gerai ini wajib dikunjungi dan harganya sangat berpatutan dan sangat berbaloi jika anda ingin mencuba nasi kukus ini. Nasi Kukus Ayam Dara Utara ini juga antara nasi kukus yang terbaik dan sangat disaran oleh pelangan untuk anda datang dan mencubanya sendiri.

H: RM 5.50
O: Isnin-Sabtu (10:00 AM-4:00 PM)
T: +6013 211 6584
A: Jalan 8/23a, Medan Makmur, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

D’Naim Nasi Kukus

Kredit: Twitter.com

Kedai ini terletak berhampiran dengan stesen KTM Pantai dalam, kira-kira 200 meter. Gerai ini menyajikan hidangan nasi kukus yang enak dan sangat menyelerakan. Gerai ini juga dibuka setiap hari bagi memastikan penduduk sekitar Kuala Lumpur tidak melepaskan peluang untuk menikmati nasi kukus walaupun dihujung minggu terutama sekali bersama keluarga.

Lokasi yang dipilih amat menarik minat pelanggan untuk berkunjung walaupun mereka terpaksa menunggu dan beratur panjang bagi mendapatkan nasi kukus. Waktu kemuncak dan waktu paling sibuk untuk D’Naim Nasi Kukus adalah pada waktu malam. Ini kerana, pada waktu tersebut adalah waktu pelanggan memenuhi kedai tersebut dna waktu yang padat untuk pelayan di kedai tersebut untuk menyediakan sajian yang diminta oleh pelanggan.

Pelanggan sangat berpuas hati dengan keselesaan dan perkhidmatan yang baik daripada pengurusan kedai D’Naim Nasi Kukus ini. Hampir setiap hari, pengusaha mampu menjual sebanyak lebih kurang 400 bungkus nasi kukus. Harga yang dikenakan bagi setiap bungkus nasi kukus biasa hanya berharga RM5.50 sahaja dan ia boleh dikatakan masih relevan mengikut saiz ayam yang diberikan serta anda diberi kebebasan untuk memilih sendiri ayam goreng yang anda mahukan.

Kombinasi antara nasi kukus bersama gulai kerutup dan ayam goreng berempah serta sedikit sambal belacan pasti akan memukau anda untuk sentiasa mendapatkan nasi kukus ini. Bagi penggemar masakan dari negeri Kelantan, anda bolehlah berkunjung ke gerai D’Naim Nasi Kukus ini.

Lokasinya yang agak strategik amat memudahkan pencarian anda jika anda pergi ke Pantai Dalam dan setiap masa pasti akan dipenuhi dengan pelanggan yang bukan sahaja duduk berdekatan Pantai Dalam bahkan juga mereka yang berada di sekitar Kuala Lumpur.

H: RM5.50
O: Setiap hari (06:30 AM- 12:00 AM) 
T: +6012 945 4440
A: Jalan Pantai Dalam, Taman Pantai Indah, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

<iframe src=”https://www.google.com/maps/embed?pb=!1m17!1m11!1m3!1d3!2d101.66946542862038!3d3.0938942645610994!2m2!1f0!2f90!3m2!1i1024!2i768!4f75!3m3!1m2!1s0x31cc4a3635e803a1%3A0xd3854340faadf73d!2sD&#39;+Naim+Nasi+Kukus!5e0!3m2!1sen!2smy!4v1524113953973″ width=”400″ height=”300″ frameborder=”0″ style=”border:0″ allowfullscreen></iframe>

 

Rasa nasi kukus yang padu akan membuatkan anda teringat-ingat dan sentiasa terliur untuk menikmatinya. Bagi mereka yang menggemari hidangan yang pedas dan berempah, hidangan ini sangat sesuai dan mengikut citarasa rakyat Malaysia.

Penggemar masakan berlauk pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati hidangan nasi kukus ini. Sajian ini juga menjadi lebih menarik jika ayam yang digunakan juga berbeza jenis sama ada ayam biasa atau pun ayam kampung serta ayam dara. Ia sangat menyelerakan bukan?

Apa lagi, jika anda ada cadangan tempat yang lebih menarik untuk mencari nasi kukus paling sedap dan berhampiran dengan anda, anda boleh cadangkan kepada kami. Selamat mencuba nasi kukus!

print
Sakinah Ahmad

Everyday we start a day with positive minds and ends it in peaceful. Just be yourself and treat people good if we want people treat us well. Just love yourself and care the others and also love fooooooddddddd! Chill yo! ;)

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.