25 Roti Kedai Mamak Anda Boleh Cuba

“Anne, roti satu.”

Itulah merupakan salah satu ungkapan yang acapkali diujarkan oleh pengujung ke kedai mamak. Tahukah anda selain roti biasa yang anda pesan, terdapat pelbagai jenis roti lain yang boleh anda pesan dan rasa?

Teruskan membaca dan ketahui 25 jenis roti yang terdapat di kedai mamak selain roti yang seringkali di pesan oleh anda.

 

1. Roti Kosong

Kredit: bp.blogspot.com

Roti pertama yang berada dalam senarai semua orang ialah roti kosong. Roti ini boleh diibaratkan sebagai roti “starter pack” kepada mereka yang baru sahaja mencuba roti di kedai mamak dan tidak tahu mahu makan roti apa atau ketandusan idea roti yang mahu dimakan.

 

 2. Roti Telur

Kredit: christopheryap.net

Roti telur merupakan roti jika anda mahukan sarapan pagi anda penuh dengan protin. Telur yang dipecahkan dalam roti dan kuah kari yang sedap pasti akan mengenyangkan anda sehingga tengah hari.

 

3. Roti Prata

Kredit: archanaskitchen.com

Roti Prata sama seperti roti roti kosong namun yang membezakan mereka ialah bentuk roti tersebut dan juga tahap garing roti tersebut. Roti prata seharusnya garing dan lauk kari yang dicicah harus pekat agar hari anda dipenuhi dengan kegembiraan.

 

4. Roti Bom

Kredit: serembanmyexpress.com

Jenis roti yang keempat ialah roti bom. Roti boom merupakan salah satu roti yang sangat sedap dan manis. Roti bom sama seperti Roti prata dari segi bentuk iaitu berbentuk lingkaran. Satu gigitan roti bom pasti “meletup”.

 

5. Roti Tampal

Kredit: Flikr.com

Peminat telur, roti seterusnya yang terdapat di kedai mamak ialah roti tampal. Roti tampal berbeza dengan roti telur kerana proses roti tampal ialah dengan masak telur diatas loyang dan hanya “tampal” roti diatas telur sahaja.

Roti ini sesuai kepada mereka yang suka akan telur yang masih cair dibahagian tengahnya.

6. Roti Sardin

Kredit: kvindou.blogspot.com

Roti sardin merupakan salah satu jenis roti yang terdapagt di kedai mamak. Cara membuat roti sardin adalah sama seperti membuat roti telur tetapi gantikan telur tersebut dengan sardin yang dihancurkan.

Roti sardin yang dibuat dengan betul sangat sedap dan tidak hanyir. Di samping itu, roti ini lembab daripada sos yang dicampurkan sekali daripada tin sardin.

 

7. Roti Tisu

Kredit: pinterest.com

Selain daripada enam roti diatas, roti yang sering kali dipesan di kedai mamak ialah roti tisu. Roti tisu ini sangat garing dan ia selalunya sangat besar dan tinggi. Roti tisu yang sedap ialah apabila ianya garing dan manis.

Kedai Nasi Kandar Kayu di penang mempunyai salah satu tempat yang membuat roti tisu yang sedap. Roti tisu mereka sangat sedap dan garing serta manis.

 

8. Roti Bawang

Kredit: chryshijing.blogspot.com

Roti bawang turut merupakan salah satu roti yang sering kali dipesan oleh kebanyakkan masyarakat. Kemanisan asli daripada bawang menyebabkan roti bawang ini sering kali dipesan orang.

Roti ini sangat sedap dimakan dengan kuah kari yang pekat dan agak pedas kerana kesimbangan manis yang digandingkan dengan kuah kari pasti sesuatu yang anda harus cuba.

 

9. Roti Pisang

Kredit: NY Chow Report

Roti lain yang pelik namun dijual oleh kedai mamak ialah roti pisang. Apabila kita bercakap mengenai roti pisang, kita tidak bermaksudkan roti kek pisang. Roti pisang di kedai mamak ialah apabila mereka meletekkan hirisan pisang dalam roti tersebut.

Pisang yang melembut daripada haba api akan serap ke dalam roti tersebut dan menghasilkan bukan sahaja roti yang garing namun roti yang enak.

 

10. Roti Keju

Kredit: afiqhalid.com

Roti keju ialah roti lain yang terdapat di kedai mamak. Roti keju yang sering dibuat oleh kebanyakkan kedai mamak pasti akan meranjut hati ramai orang. Roti keju punyai rasa masin serta garing yang pasti membuat peminat keju gembira.

 

11. Roti Milo

Kredit: lely_ali

Kami pasti anda pernah mendengar air milo, ais krim milo tetapi roti milo? Roti milo merupakan salah satu jenis roti yang digilai ramai. Serbuk milo yang ditaburkan dengan banyak membuatkan pengalaman makan roti milo merupakan satu pengalaman yang indah.

Taburan milo yang manis serta roti yang garing pasti akan mngujakan individu yang merasainya.

 

12. Roti Susu

Kredit: windowonphuket.com

Peminat benda-benda manis pasti akan suka roti susu. Roti susu ini bukanlah dimakan dengan susu cair tetapi dengan susu pekat yang penuh berkrim. Jenis roti yang sering kali digunakan bagi roti ini ialah roti prata dimana kemudian mereka akan menjiruskan dengan susu tersebut.

Ini sangat sesuai kepada mereka yang suka akan kemanisan dalam makanan hidup mereka. Namun ingat, bilaslah dengan air suam agar tekak anda tidak kering.

 

13. Roti Planta

Kredit: bp.blogspot.com

Roti planta ini tidak harusnya dikelirukan dengan roti prata kerana namanya yang agak sama. Roti planta ini menggunakan planta atau mentega dalam pembuatan roti ini.

Roti boom yang garing dibuat terlebih dahulu dan kemudian ia disapukan atau kadangkala dilumurkan dengan planta agar roti boom ini menjadi lebih garing dan mempunyai rasa yang manis.

14. Roti Nan

Kredit: terjahmakan.com

Roti lain yang ingin kami ketengahkan ialah roti nan. Roti nan ini dibuat dalam belanga yang disediakan khas bagi membuatnya. Roti nan sangat popular diantara masyarakat Malaysia kerana ia mengenyangkan dan tidak terlalu manis seperti roti canai yang lain.

Enak dimakan dengan ayam tandori atau dengan kuah pudinanya.

 

15. Roti Canai Meriah

Kredit: twimg.com

Roti canai meriah ini adalah merupakan salah satu inovatif yang difikirkan oleh pembuat roti. Seperti yang kita tahu bahawa warna memainkan peranan yang penting dalam menaikkan semangat kita terhadap makanan.

Roti canai meriah ialah roti canai biasa namun dengan sedikit perisa mengikut warna. Warna hijau ialah pandan. Roti canai ini pasti akan menarik perhatian ramai orang terhadap warnanya yang menarik dan rasanya yang unik.

 

16. Roti Canai Telur Goyang

Kredit: imgur.com

 

Roti canai telur goyang ialah roti canai yang telah dicarikkan dengan campuran telur separuh masak. Roti ini kemudian dicampurkan dengan kuah kari atau dhal yang panas dan sedap dengan sambal tumis yang menyengat.

Mereka yang mahukan roti dan telur yang berempah, roti ini adalah untuk anda.

17. Roti Banjir

Kredit: pinimg.com

Roti banjir adalah sama seperti roti canai telur goyang tetapi tanpa telur tersebut. Roti banjir melihatkan kuah kari yang “dibanjirkan” ke atas roti tersebut. Roti ini pasti menarik perhatian ramai kerana aroma kari yang semerbak.

18. Roti Hawaii

Kredit: blogspot.com

Roti hawaii merupakan salah satu jenis roti unik yang terdapat di kedai mamak. Roti hawaii  akan mencampurkan roti, sosej, nenas dan telur. Apabila siap dibakar, roti ini kemudian di letakkan mayonis di atasnya.

Hidangan ini amat sesuai bagi mereka yang mahu sesuatu yang berat dan mengenyangkan.

19. Roti Jepun

Kredit: blogspot.com

Roti lain yang ingin kami ketengahkan ialah roti jepun. Roti jepun ini mengandungi telur, marjerin, keju dan susu. Campuran bahan-bahan ini pasti membangkitkan selera anda terhadap roti ini.

20. Roti Maggi

Kredit: dayre.me

Roti maggi merupakan roti lain yang boleh dikatakan sebagai roti unik yang terdapat di kedai mamak. Seperti yang kita tahu, mamak pandai membuat maggie goreng dan apabila ianya digandingkan dengan roti canai, ia bertambah sedap.

Walaupun hidangan ini agak berat, kami pasti akan suka akan rasanya yang berempah serta teksturnya yang garing.

21. Roti Fujima

Kredit: instagram.com

Roti lain yang ingin kami ketengahkan ialah roti fujima. Nama yang pelik padan dengan rasa serta bahan yang digunakan untuk membuat roti fujima ini.

Roti fujima diperbuat daripada jagung dan kemudian diletekkan ais krim vanila di atasnya. Mereka yang gemari sesuatu yang panas dan sejuk, roti fujima ini untuk anda.

22. Roti Jagung

Kredit: Instagram.com

Roti jagung sama seperti roti telur dan roti sardin. Cara membuatnya ialah dengan menebar roti terlebih dahulu dan kemudian dengan meletekkan jagung dalam roti tersebut dan membakarnya.

Roti jagung ini adalah untuk mereka yang gemari manis serta kegaringan daripada kulit roti tersebut.

23. Roti Ayam

Kredit: blogspot.com

Terdapat 2 cara membuat roti ayam. Pertama ialah dengan meletakkan ayam masak merah di atas roti prata dan kemudian dicampurkan dengan kuah dhal yang masih panas.

Cara yang kedua ialah dengan mencarik ayam serta mencampurkannya dengan telur lalu masaknya di atas loyang yang panas. Cara pembuatan roti ayam berbeza mengikut gerai mamak yang anda kunjungi.

 

24. Roti Canai John

Kredit: kavege.com.mc

Roti berikutnya ialah roti john. Roti john mungkin pernah dilihat oleh anda di pasar malam pada hunjung minggu. Berbeza dengan roti john, roti john canai tidak memakai roti panjang namun menggunakan roti prata sahaja.

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat roti john adalah sama dan ia ditambahkan dengan sos cili dan mayonis bagi membangkitkan selera anda.

 

25. Roti Canai Nachos

Kredit: isterihasriakhmal.blogspot.com

Bagi mereka yang mahukan keranggupan nachos, kami minta maaf terlebih dahulu kerana keranggupan tersebut tidak akan dapat.

Roti canai nachos menggunakan bahan-bahan bagi membuat nachos. Roti akan dihiasi dengan keju mozzarella dan sayur yang berbagai warna. Ini amat sesuai kepada peminat sayur.

Namun ingat bahawa roti canai nachos ini mengandungi potongan ayam atau daging yang penuh berempah. Mereka yang ingin rasakan ala-ala nachos boleh mencuba roti canai nachos.

 

Mana Satu Pilihan Anda

Maka itulah 25 jenis roti yang terdapat di kedai Mamak. Walau bagaimanapun, bukan semua roti di atas boleh didapati di satu tempat. Kadang kali anda harus “mamak-hopping” bagi mendapatkan rasa roti di atas.

Jika anda tahu roti canai lain yang terdapat di pasaran dan di kedai mamak, kongsikan bersama kami di #butterkicap

Selama menjamu selera.

print
Y. Helmy

Yusof Helmy is a lover of all things rainbow; be it from rainbow cupcakes to rainbow bagels. He believes that in order to enjoy and love food, one must throw the weighting scale in the trash and eat those who say that you are on the fluffier side ( He practise cannibalism sometimes ). He is on the journey of finding his joie de vivre.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.