Nikmati Seafood Hotpot Halal di Grand Imperial

Bagi individu yang tinggal di luar Malaysia, mereka mungkin tidak dapat memahami bagaimana sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama boleh hidup dengan aman dan damai. Rahsia pada keutuhan hubungan sesama rakyat Malaysia ini adalah toleransi, rasa hormat dan semestinya makanan.

Ya, makanan. Anda mungkin berasa agak ragu-ragu dengan dakwaan ini tetapi itulah kebenarannya.

Toleransi dengan makanan

Grand Imperial Seafood Hotpot & BBQ

Pada zaman dahulu, makanan merupakan satu-satunya cara untuk jiran tetangga berbeza agama dan kaum beramah-mesra dan berkenalan. Di sinilah, amalan toleransi ini ditonjolkan apabila terdapat beberapa bahan yang tidak dapat dimakan oleh penganut agama lain seperti daging lembu ataupun daging khinzir tidak disertakan dalam hidangan yang ingin dikongsi.

Jangan risau! Amalan ini masih lagi diamalkan di Malaysia, malah telah bergerak selangkah kebih maju dengan wujudnya lambakan restoran-restoran yang dibuka untuk seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira kaum mahupun agama dan salah satu daripada restoran tersebut ialah Grand Imperial Seafood Hotpot & BBQ.

 

Grand Imperial: Menyatukan keluarga dengan makanan Halal

Bagi penganut agama Islam yang sudah lama mengidam untuk menikmati masakan Cina yang halal, anda mempunyai satu lokasi baru untuk dicuba! Terletak di pusat beli belah Pavillion, Bukit Bintang, Grand Imperial Seafood Hotpot and BBQ kelihatan seperti restoran Cina yang tipikal tetapi tiada yang biasa tentang makanan yang dihidangkan di sana.

Restoran ini merupakan sebahagian daripada Grand Imperial Group. Sejak tahun 2008 lagi, kumpulan syarikat ini merupakan syarikat terunggul dalam industri makanan dan minuman tempatan. Hal ini demikian kerana mereka mementingkan para pelanggan mereka mendapat pengalaman makanan yang intim, sedap dan semestinya penuh dengan perisa.

Perkara ini semestinya dapat dicapai dengan barisan cef yang berpengalaman, berpengetahuan dan semestinya cukup kreatif dalam menyediakan makanan yang ditawarkan khususnya hidangan istimewa mereka, sup renehan atau hotpot.

 

Asal-usul sebenar hotpot

Makanan berasaskan hotpot ataupun steambot merupakan sesuatu yang tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia, khususnya ketika mengunjungi Tanah Tinggi Cameron. Sup panas dan angin sejuk, memang cukup menyelesakan!

Bermula pada zaman Dinasti Jin di China, amalan masakan hotpot ini begitu ringkas dan menyelerakan sehingga tersebar secara meluas hingga ke selatan China pada zaman pemerintahan Dinasti Song. Hidangan ini menjadi hidangan pilihan masyarakat di seluruh China ketika itu kerana kos bahan yang murah serta sesuai untuk dinikmati pada musim sejuk.

Bagi yang tidak pernah mencuba atau tidak tahu tentang masakan steambot ini, hotpot merupakan sup renehan Cina yang digunakan sebagai asas untuk memasak pelbagai jenis bahan seperti sayur-sayuran, hirisan daging, makanan laut, cendawan, tauhu dan telur.  Bahan-bahan ini lazimnya akan dicelur di dalam sup renehan tersebut sebelum dimakan dengan sos cicahan istimewa.

Memang kecur air liur apabila membaca penerangan tersebut!

 

Bahan segar, makanan sedap

Grand Imperial Seafood Hotpot & BBQ

Grand Imperial Seafood Hotpot & BBQ

Ramai yang menganggap bahawa masakan ini sedap kerana sos atau bahan yang dicelur. Sebenarnya, rahsia bagi kesedapan masakan ini bergantung pada sup yang disediakan. Di Grand Imperial, mereka sangat mementingkan tiga aspek dalam penyediaan sup renehan tersebut iaitu kualiti, kesegaran dan semestinya rasa.

Master Chef Chew di restoran tersebut menerangkan kepentingan ketiga-tiga aspek ini dalam penyediaan sup renehan di Grand Imperial.

Menyediakan sup renehan yang betul-betul sedap perlu mengambil masa yang lama. Itulah yang menyerlahkan lagi rasa sup tersebut. Bagaimana pula untuk pastikan rasa sup tersebut betul-betul menyerlah? Bahan yang digunakan semestinya berkualiti dan segar.

Hasilnya? Sup yang wangi, manis dan cukup menyelerakan.

Tiada keraguan, dijamin selamat

Grand Imperial Seafood Hotpot & BBQ

Tidak dinafikan lagi bahawa satu-satunya cara untuk sebuah restoran dapat menarik perhatian pelanggan untuk berkunjung berulang-kali adalah apabila makanan yang disajikan adalah menyelerakan. Di Malaysia, terdapat satu lagi faktor yang memainkan peranan penting dalam mempengaruhi keputusan pelanggan.

Sebagai sebuah negara yang mempunyai penduduk majoriti beragama Islam, setiap restoran perlu berusaha dengan lebih lagi untuk meyakinkan pelanggan beragama Islam untuk terus berkunjung ke restoran mereka dengan mendapatkan sijil halal. Sijil ini bukan sahaja menunjukkan bahawa sebuah restoran itu menghidangkan makanan halal malah mempunyai prosedur penyediaan makanan yang bersih dan rapi.

Grand Imperial merupakan antara sejumlah kecil restoran masakan Cina yang berjaya mendapatkan pengesahan JAKIM untuk kualiti bahan-bahan yang digunakan. Jadi, tiada keraguan lagi jika anda ingin membawa ahli keluarga atau rakan taulan anda yang beragama Islam (bagi yang bukan beragama Islam) menikmati hidangan hotpot ini.

Sejujurnya, pada pendapat kami di Butterkicap, Grand Imperial Seafood Hotpot & BBQ benar-benar memegang pada prinsip perpaduan yang menyatukan seluruh rakyat Malaysia. Mereka berazam untuk menjadi lokasi makanan yang boleh dikunjungi dan dinikmati oleh semua tanpa mengira kaum ataupun agama. Syabas kepada mereka atas usaha ini!

Bukan sekadar seafood hotpot biasa

Walaupun Grand Imperial mengetengahkan hotpot sebagai sajian utama mereka tetapi ada banyak lagi hidangan lain yang anda boleh dapatkan di sana antaranya mee tarik, dim sum, pencuci mulut tradisional masyarakat Cina dan banyak lagi.

 

Tip Hotpot

Jika anda bercadang untuk mengadakan majlis keluarga mahupun jamuan makan syarikat, anda boleh mempertimbangkan untuk mengadakan majlis anda itu di Grand Imperial Seafood Hotpot & BBQ Pavillion KL.  Sebelum itu,  anda haruslah tahu beberapa tip penting untuk menikmati hotpot oleh Chef Chew.

Tip #1Pilih sup asas yang tidak begitu kaya
Pilih sup yang jernih atau tidak begitu kaya seperti sup cendawan atau tauhu kobis. Di, Grand Imperial, sup asas untuk hotpot adalah berasaskan ayam tetapi jangan risau, kandungan sodium di dalam sup tersebut adalah sangat rendah.

 

Tip #2Pilih daging bukan lemak
Pilih bahagian isi atau daging yang kurang lemak dan elakkan memilih organ dalaman. Di Grand Imperial, semua bahan celuran dipastikan sihat dan tidak begitu berlemak agar dapat dinikmati tanpa kerisauan.

 

Tip #3Kurangkan karbohidrat
Kurangkan pengambilan nasi atau mee apabila makan hotpot. Anda akan berasa sangat kenyang makan semua bahan-bahan hotpot di Grand Imperial yang cukup banyak dan pelbagai.

Grand Imperial Seafood Hotpot & BBQ

Tip #4 – Masukkan lebih banyak sayur-sayuran

Masukkan sayur-sayuran yang banyak seperti lobak merah, bayam, cendawan, lada benggala, kobis bunga dan macam-macam lagi untuk sihatkan lagi sup hotpot anda.

 

Tip #5 – Pilih sos yang tidak begitu pedas

Kalau tak nak perut anda sakit nanti, pilihlah sos yang menggunakan bahan segar seperti cili segar yang dimasukkan dalam sos campuran kicap dan bawang putih kisar. Di Grand Imperial, mereka menawarkan pelbagai jenis sos untuk pelbagai selera yang berbeza.

 

Tip #6Kurangkan pengambilan makanan proses
Makanan proses seperti bebola ikan, bebola sotong dan sebagainya kaya dengan pengawet seperti sodium nitrit dan lemak tepu. Namun begitu, di Grand Imperial, semua bahan ini disediakan menggunakan bahan segar dan sifar bahan pengawet.

 

Tip #7 –  Hati-hati dengan paras nitrit di dalam sup hotpot
Jangan ulang didih sup lebih dari 90 minit. Jika tidak, paras nitrit sup akan meningkat tetapi di Grand Imperial, pelayan mereka akan sentiasa memastikan kualiti sup yang anda makan itu tidak terjejas.

 

Tip #8 –  Makan perlahan-lahan
Jangan gopoh-gopoh dan nikmatilah hidangan hotpot yang halal, bersih, sihat dan selamat di Grand Imperial Seafood Hotpot & BBQ.

 

Mahu ke sana?

A: Lot 9-105.00 Pavilion Elite Shopping Mall 165, Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
M: +603-2110 5557

Peta:

print
Azrene Jasmine

A true blue Penangite, Azrene Jasmine favourite thing to do is, well, eating. Though currently in a love/hate relationship with the weighing scale, she truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.